Kisah dan Tauladan..

on 28 Januari 2011


Cerita untuk kita renung dan insafi..

oleh Ariffin Yusoff 


Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah 

yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru 

beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. 

Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang 

lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya 

bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih 

bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar 

dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.


Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan 

kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali 

kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih

juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan 

janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya 

menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa 

sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan 

saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih 

tetap lambat. 


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah 

mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.

Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. 

Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang 

berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang 

mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang 

anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu.
Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju 

dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas 

memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah 

berlari ke arah sekolah.


Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak

itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. Maafkan cikgu. Tadi 

cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang 

berlari memberikan kamu baju tadi?Dia terkejut dan wajahnya berubah. 

Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu 

saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu. Jawabnya.. 

Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul

kamu? Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, 

jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul 

serahkan saja punggung kamu. Sambil menahan airmata yang mula

berguguran saya memeluk anak itu, Maafkan cikgu, Kejadian itu cukup

menginsafkan saya. 


Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang 

guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 

berikut ; 


i. Solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain

vii. membantu orang susah 



pic dari Doa  LordUbay"



# Maaf,entri kopi dan paste dari yas lagi...sebenarnya yas sendiri cukup tersentuh bila membaca cerita macam ni. Benar atau tidak,wallahualam...Anggaplah ianya sebagai panduan hidup dan penyuluh diri
"Ya Allah ya tuhanku,hidupkan lah aku dalam iman,matikan lah aku dalam iman serta masukkan aku ke syurga bersama2 iman dan janganlah engkau pesongkan imanku ini....sesungguhnya aku ini hanya hambamu yang lemah.."


Senarai koleksi doa: 1. Jabatan Mufti Selangor
                                    2. FRIM.gov
                                    3. DoaHarian
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved