MalBaTT di SomaLia.. dari kisah seorang sniper!!

on 27 Januari 2011


MalBaTT di SomaLia.. dari kisah seorang sniper!!


Ini ada satu lagi peristiwa tentera kita yang terkorban di Somalia. Rata-rata forumers tak pernah bercerita tentang dua anggota tentera kita yang terkorban. Mereka adalah Alahyarham Ssgt Azman dan mendiang  Lkpl Ganie.  Konvoi mereka diserang hendap pada 18 July 1994. 
Detik-detik cerita adalah begini.

Pada 17/7/94 jam selepas isyak, Ssjn Azman baru beli camera dari PX  tentera asing lalu memanggil kami semua untuk bergambar. Selesai bergambar beliau berkata esok nak berjalan jauh. Berjalan jauh itu bermaksud ada misi sulit untuk mengambil source di RV 
dan terus ke airport dan selesai hantar source ke RV berlainan. 

Tim kami pada masa itu bertugas bi bahagian U2 iaitu Unit Risik dan keselamatan UNOSOM. Selesai bergambar Sjn Zaidi ada mengajak saya untuk ikut sekali konvoi mereka kalau mahu. 

Saya terpaksa menolak kerana pada hari kejadian Tim sniper deploy ke hide kami di K4 berdekatan pasar Bakara. Jadi yang pergi pada esok harinya adalah PWII Mohamad, Ssjn Azman,Sjn Zaidi, Kpl Ahmad, Lkpl Ganie dan ada berberapa lagi anggota yang saya tak ingat nama mereka.

Pada jam 0400hrs tim saya bergerak ke kawasan hide kami saya ambil kedudukan di atas kilang sabun empat tingkat. Saya dan spotter saya Hasmizi Lonjong pun buat pemerhatian terperinci dan kasar. ROE sasaran kami adalah Militia yang membawa RPG, senjata peluru berantai dan pengendali Teknikal (4X4 yang ada mounted HMG).

Dari pagi hingga petang tak ada rezeki. Pada petang itu ada NGO dapat memintas channel freq radio saya dan memberitahu ada tentera asing diserang hendap dan ada 2 kia termasuk wia. Kesemua mereka ditahan oleh Militia. Bila dia sebut tentera asing saya tak endahkan. Selang 20 minit saluran radio saya menjadi sibuk, kesemua panggilan dari markas Malbatt.

Mereka memberi arahan untuk standby untuk pergi bertempur di pasar Bakara. Saya tanya pasal apa dan mereka beritahu konvoi kita kena ambush. Tersentak saya kerana berita yang saya terima dari NGO tu kawan saya. 

Apa yang saya diberitahu kita punya Gen. Aboo Samah sudah warning Gen. Farah Aidid kalau tak bagi tentera kita yang cedera dan yang mati bakara market akan hancur sekali lagi. Tempohnya pukul 2359hrs. 

Lebihkurang jam 2330hrs saya diarahkan turun ke RV untuk pergi ke kawasandimana anggota tentera kita yang kena ambush akan di serah. Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya bahawa di Markas Malbatt satu battalion kita tengah standby untuk bertempur. 

Tempat serahan dari RV tak jauh, ada militia tunggu dengan senjata AK47 mengarahkan kami ikut mereka dengan senjata ditinggalkan Sampai lighter Zippo saya pun disuruh tinggal. Katanya senjata boleh membakar. Apabila sampai ke lokasi, saya tengok ada 2 mayat diatas tilam nipis dan yang cedera hanya dirawat dengan balutan kain lusuh sahaja. Ketua Militia Kol. Abdullahi meminta maaf dan mengatakan bukan kumpulan beliau punya angkara. Kami seramai sepuluh anggota pun mengangkat mayat dan yang cedera ke markas UN di KM4. 

Sesampai di sana saya pun memeriksa anggota yang tercedera yang parah iaitu Sjn. Zaidi. Dua biji peluru AK47 menembusi ponggong beliau. Saya dan anggota Medic Kpl ??? pun cuba tengok bahagian depan badan Sjn Zaidi peluru tak tembus dan darah memancut keluar. Anggota medic pun apa lagi cucuk morhpin. Selang berberapa minit Sjn Zaidi menangis terisak-isak lalu saya bertanya mengapa sjn? Dalam khayal beliau beritahu "diorang tembak Ganie hidup-hidup!!". 

Dia orang kepung Ganie minta serah senjata tapi Ganie melawan dan yang dibelakang terus tembak pointblank dari arah belakang kepala 3 das dan bersepai muka Ganie. Yang cedera ada seorang tentera Italy yang ikut konvoi berkenaan. Selesai saya beri bantuan pada yang cedera saya pun pergi ke mayat Ssjn Azman dan saya tengok tangan nya ada kesan tembakan. 

Saya pun terpikir tak kan luka tangan boleh mati.  Saya terus tanggalkan helmet kevlar beliau barulah saya tengok kesan lubang peluru di atas dahi beliau. Rupanya sniper somali tembak tepat. 

Tembakan pertama kena tangan, ubah tenangan bull dahi. Saya pun keluar sekejap untuk ambil angin. Sedang saya berdiri ada seorang budak India (Nama tak ingat) junior banyak dari saya memeluk saya sambil menangis terisak-isak sambil berkata "Bang diorang dah bunuh kawan kita". 

Apabila anggota lain melihat gelagat Budak India ni ramai yang menangis. Dimasa yang sama saya lihat Kapt. Rizan (sekarang Kol) pergi belakang bangunan dan menangis. saya pun memujuk dia dengan mengatakan dah ajal mereka. 

Pada kesokan harinya kami bergerak balik ke Markas. Pada hari untuk menghantar Jenazah pulang ke Malaysia satu perbarisan terdiri dari semua tentera yang bertugas di Somalia diadakan. Apabila Keranda Diusung naik Kapalterbang saya tengok barisan kontijen Malbatt bergerak-gerak, mengapa? 

Rupanya sambil salute mereka menangis. Dihati saya pun berdetik, bagi kaum wanita yang menjadi tentera pernah berkata 'apa yang lelaki boleh buat kami pun boleh buat'. Mustahil, kami ni yang hardcore pun menangis apatah lagi mereka kaum hawa. 

Kejadian tersebut terjadi kerana kesilapan tentera kita kerana didalam pelajaran apabila kita pergi dengan route yang dah dikenalpasti apabila pulang mesti laluan yang lain. Tetapi kerana dah ajal, pada hari kejadian mereka pulang ikut jalan yang sama.

Ok lah saya pun dah nak ke KL ni ada kerja mungkin dilain masa saya cerita pertempuran di Wilayah Afgooye pula. 

P.S Semasa saya mengungkap kembali peristiwa ini saya menangis terkenangkan kawan yang terkorban.




Sniper Malaysia di Somalia

* Kisah ini diambil dari Forum PanggilanPertiwi . Kredit/setinggi2 terima kasih saya kepada sniper gunung yang sudi mencoretkan secebis pengalaman beliau semasa bertugas di Somalia. Rasa terharu dan bangga dengan pengorbanan yang dilakukan mereka.
Semoga menjadi tauladan kepada generasi sekarang dan akan datang.....
Ranking: 5

Comments (27)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hehehehe kejadian di Somalia...berganda ganda hebatnya dari kejadian Lahad Datu.....saya berada di sana ;) ;)
Pak cik saya pun ada menceritakan kisah 2 tentera malaysia mati ditembak.

hampir 90% sama cuma ada penambahan sikit..

kematian ganie agak tragik..tembakan pertama mengenai tangan dan hampir putus. dia cuba melawan tetapi
tidak dapat menarik pistolnya disebabkan tangannya sudah cedera. militan itu pun mengambil pistol lpkpl ganie dan menyuruhnya 'mengucap' tetapi lpkpl bukannya orang muslim. selepas itu ganie ditembak dikepala dari point blank range menggunakan pistolnya sendiri.
1 reply · active 639 weeks ago
Satu info baru ni...terima kasih saudara
saifuldaullah's avatar

saifuldaullah · 694 weeks ago

salam....sya saifuldaullah azman...ank kepada ssgt.azman tahir tu....b0leh saya thu spa yg creat bl0g nie?sya nak thu sgt kish sebenar ayah saya ni...time die pergi thun 1994 tu sya baru 4 thun.jdi smpi skng sy x ad kesempatan nak dgr citer tntng ayah sampai lah sya jumpe bl0g nie.
4 replies · active 665 weeks ago
syaiful amir.'s avatar

syaiful amir. · 693 weeks ago

sebagai seorang saudara, saya ucapkan takziah, saya bangga saudara tabah menghadapi dugaan hidup. saya juga anak seorang tentera. assalamualaikom.
Terima kasih kerana komen saudara disini...sgb org awam mmg patut hargai jasa2 dan pengorbanan anggota tentera...
saifuldaullah...kat blog KKK[komando kodai kopi] nanti akan ado cerita pasal arwah ayah kamu...harap tunggu entri terbaru dr beliau yerr.....sy ada tanya pasal arwah kamu kpd beliau dan mmg beliau mengenali arwah...boleh baca disini dlu tgg pertanyaan sy itu... .http://excdo.blogspot.com/2012/06/ado-berani-nak-bori-pgb.html
Salam kembali adik Saifuldaullah...
Pertama sekali abg nak ucap takziah diatas kematian ayah saiful...
Terima kasih abg ucapkan sbb terjumpa blog ni..sebenarnya kisah ni abg petik dari satu forum yang dipanggil Forum Panggilan Pertiwi...pencerita kisah ni adalah (nama samaran) Sniper Gunung...skg abg tak aktif lagi kat forum sana...mungkin adik boleh reg dulu kemudian bole tanya kat otai2 yang ada disana...insyaallah diaorang sedia membantu.
terima kasih kerana memberi kredit kepada panggilan pertiwi...banyak lagi kisah menarik berkaitan perjuangan anggota tentera kita di dalam dan luar negara..sila layari laman web/forum kami di alamat yang terbaru iaitu :
www.panggilanpertiwi.my

semoga mendapat sokongan daripada anda semua..
My recent post totttis, jangofett replied to the topic Re: Koleksi Allahyarham Rejabhad a.k.a Pak Jab in the forums.
1 reply · active 682 weeks ago
Terima kasih tuan admin PP....dulu aku juga salah seorang member kat PP, tp sejak bz ni payah sikit nak melawat kesana...entah aktif lg tak akaun aku...- yastro
ambil masa juga nak faham cerita ini ditambah dengan nama pangkat dan jenis senjata yang dinyatakan.

somalia ni sama dengan tempat black hawk down tu lah kan? masa tengok cerita omputih tu, takde langsung orang Malaysia. tapi ada terbaca juga yang sebenarnya tentera Malaysia ada tolong time tu.
My recent post Tutorial Meletakkan Bloglist Blogspot Pada WordPress
1 reply · active 727 weeks ago
Tak pe bro...Yup Somalia adalah negara dimana tentera kita terlibat didlm misi PBB, Bakara Market adalah tempat dimana askar kita menyelamatkan US Marine...sehingga terkorbannya seorang anggota tentera kita iaitu Kpl Mat Aznan...
john makam 's avatar

john makam · 732 weeks ago

boleh tak saudara beri saya email sniper gunung itu pada saya adalah salah seorang yang berada didalam gambar sniper itu barisan hadapan sebelah kiri (1080492 lcpl john makam)
2 replies · active less than 1 minute ago
email tuan telah saya panjangkan kpd sniper gunung di PP. Semoga ukhwah tuan berpanjangan. Terima kasih.
Terima kasih john makam kerana dtg ke blog saya, gembira kerana didlm gambar tsb saudara adalah salah seorang darinya... Tahniah dr saya...kalau saudara nak email sniper gunung tu rasanya saudara boleh check di Panggilan Pertiwi...kalau saudara sibuk...nanti saya cuba usahakan/ tanyakan kepada beliau.
hollowgram's avatar

hollowgram · 739 weeks ago

satu kisah yg menarik..

dah berapa lama bro berkhidmat dlm militari ni?
1 reply · active 739 weeks ago
saya org awam je bro...cuma agak berminat dgn military nih..so bila minat byk la yg kita boleh dapat..Insyaallah.

Thanks hollowgram.
sedih. semoga Allah meltakkan r=oh mereka ditempat yg terbaik :)
1 reply · active 739 weeks ago
Insyaallah...
sedih gak baca oh..T_T
1 reply · active 739 weeks ago
Lumrah dunia..hidup pasti mati...cuma mati yg bagaimana kita sendiri pun tak tahu...semoga mati kita masih didalam iman...insyaallah.
sedih gak ceta nih...
mmg ceta nih boleh dijadikan tauladan.....
1 reply · active 739 weeks ago
Insyaallah...
wow.
hardcore2 depa pun menangis kan...
1 reply · active 739 weeks ago
Yup...manusia...sekuat mana latihan pun...pasti tersentuh jika kehilangan org yang rapat...
memang susah kalau orang yang kita kenali tu dah tak ada.
1 reply · active less than 1 minute ago
yup...terutama yg terdekat dgn kita...

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved