Moto GP 2011

on 25 Januari 2011

 Lame gak dah tak up date tentang moto memoto nih...rase lama tul tak dapat tgk "live racing"...tp yg halal yerr...bukan yang "haram" tu....
Sukan ni antara sukan yang aku minati dari dulu sampai sekarang.  
Memang tak buleh lupa,sampaikan bila ada 'live" kat tv jer... org umah dah faham. Time tu tv aku yang punya..tok sah dok gatai nak tuka channel...hahaha


Bermula dari zaman kegilaan aku terhadap motor yang membuatkan sukan ini aku tak boleh lupakan. Dari zaman merempit sehingga sekarang "kapchai" buruk, aku masih setia dengan sukan ini. Mungkin faktor kelajuan,keghairahan semasa bertarung terutama ketika aksi potong memotong di selekoh yang menjadikan aku sangat teruja.


Aku adalah peminat setia kepada team Yamaha. Walaupun aku juga berminat ngan Rossi,tapi bila dia dah berpaling kepada pasukan "kampung" dia,aku boleh kata hai..hai..bye..bye lahh...he3!!!


Rossi pasti akan merindui M1 dia nih...
Jentera yg bakal digunakan Rossi dan Hayden

So tahun ni aku rasa jentera2 MotoGp yang akan berperang hebat ialah dari team Ducati,Honda dan juga Yamaha. Honda dengan 3 orang rider Stoner,Pedrosa dan A.Dovizioso seakan memberi peringatan yang mereka akan merampas kembali gelaran World. 
Ducati pula pada aku hanya berharap kpd Rossi manakala si Hayden punya perfomance lak turun naik. Yamaha pasti bergantung harap kepada Lorenzo disamping tenaga bantuan yang terbaik dari US iaitu Ben Spies (bekas juara Superbike). 
Yamaha juga meletakkan team pengacau iaitu Colin Edward (US) dan Carl Crutchlow (Superbike). Biasanya dok dalam 2nd row jerr....tp Curl tu boleh tahan gak power dia..so tunggu je laa...


Curl Crutchlow

 Team2 lain pada aku pasti akan kurang menyengat seperti team Suzuki (sorang je rider),Aspar,Lcr,Cardion,Pramac dan San Carlo. Cuma aku bersimpati dengan team dari Kawa yang hanya masuk beberapa musim jer..Tak larat nak layan kat motoGp kot..


Satu lagi tumpuan, ialah pada pelumba negara iaitu Zulfahmi. Tahun lepas beliau hanya mampu mengutip sebanyak 4 mata sahaja dan berkedudukan di no 24 dari 28 pelumba yang tersenarai dicarta motoGp. Harap2 dia boleh memperbaiki prestasi pada tahun ni.


AirAsia-Sic-Ajo



 Berbanding dengan Zulfahmi, pelumba negara jiran Ratthapark Wilairot, berjaya mencapai kedudukan lebih baik di Moto2 dengan kedudukan ke 22 berbanding 40 pelumba yang tersenarai. Respek gak ler dgn pencapaian mamat nih.

Bila la agaknyer aku boleh tengok pelumba kita  bersaing kat kedudukan podium. 
Yang ada ni pun rasanya/silap2 tak lama gak kot. Tengok masa Yuzy dulu pun dah tau dah, time tu sponsor lagi besor dari yang ada ni. Tu pun tak leh pegi kemana pun...huhuhu...
Takat jaguh kampung lagi la gamoknye kita nih...hehehe tu pun kat cup prix, masuk kat Asian Road Racing.....hancussss....

Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved