Tolonglah adik ini....

on 15 Januari 2011





Diambil dari forum. Carigold dan tranungkite



"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik hairuman dengan anda semua.Untuk makluman anda adik hairuman merupakan anak yatim piatu.Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi .Hairuman merupakan anak keempat daripa 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.

Kini hanya kakak hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iatu dengan menolong suaminya menjual air buah.Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. 



Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa mwmungut kelapa sawit. adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan.


Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik hairuman..


walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik hairuman.Marilah sama-sama kita membantu adik hairuman setakat terdaya.Disini saya sertakan bukti mengenai adik hairuman.



Disini saya sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 0183807867 -Maryuni Bt Miskon

No Akaun :162030632448 Maybank

Alamat: no 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor










# Pic dan kenyataan ini aku ambil dari facebook (Cik Lin), sebarang pertanyaan silalah hubungi nombor yang tertera diatas. Sebenarnya aku agak ngeri dgn kecederaan yg sebegini..tapi aku gagahkan juga dengan niat untuk membantu. Jika ada rakan2 ingin memanjangkan perkara ini,silakan tiada halangan dari aku.


Updated: 23/01/2011 (Utusan)



Hairuman sudah mampu bercakap

KLANG 23 Jan. - Mangsa renjatan elektrik, Muhamad Hairuman Miskon kini sudah mampu bercakap dan dilihat mesra melayan setiap tetamu yang melawatnya di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
Ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini, pemuda itu sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya.
"Saya amat terharu dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan serta semangat untuk saya meneruskan kehidupan selepas ini," katanya.
Renjatan elektrik itu menyebabkan kedua-dua tangan Hairuman terpaksa dipotong apabila doktor yang merawatnya mendapati anggota tersebut tidak boleh diselamatkan lagi.
Doktor juga akan memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelak kesan jangkitan yang boleh memudaratkan anggota badan lain.
Hairuman melecur teruk di seluruh badannya selepas terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengait kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat.
Beberapa pihak mula tampil menghulurkan bantuan kepada pemuda itu sejak berita tentang penderitaannya disiarkan oleh media.
Sementara itu, Hairuman yang pertama kali bercakap kepada media sejak berita mengenai penderitaannya disiarkan berkata, pada mulanya dia bimbang keadaan kesihatannya akan menyusahkan ahli keluarganya yang lain.
"Sejak saya masuk hospital, abang saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga saya dan apa yang kami bimbangkan adalah mengenai kos rawatan hospital dan juga rawatan susulan yang lain," jelasnya yang merupakan anak yatim piatu.
Tambahnya, dia tidak sabar untuk menyertai kursus vokasional yang dijanjikan oleh Kelab Putera 1Malaysia apabila sembuh kelak.
"Diharapkan apabila sembuh kelak, saya boleh menyara keluarga termasuk kakak saya yang mengalami masalah kesihatan (lembam)," kata anak kesembilan daripada 10 beradik itu.


updated: 31 Jan 2011 (kosmo)



Kaki kiri Hairuman dipotong




KUALA LUMPUR - Kaki kiri mangsa renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon telah dipotong dalam satu pembedahan lebih tujuh jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.
Dia yang memasuki dewan bedah HKL tepat pukul 9.30 pagi itu terpaksa menjalani pemotongan kaki tersebut atas faktor perubatan.
Menurut kakaknya, Maryuni Miskon (gambar), 32, pembedahan yang dijalankan memakan masa lebih daripada tujuh jam.
"Setelah kaki Hairuman dipotong, pembedahan plastik pula dilakukan bagi menutup bahagian luka di kaki kanan dengan kulit yang masih elok.
"Faktor itu menyebabkan pembedahan yang dilakukan mengambil masa yang lama dan sepanjang pembedahan kami sekeluarga sentiasa berdebar-debar," katanya ketika dihubungi semalam.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved