Keputusan Peperiksaan STPM Diumumkan Isnin 18 Mac 2013

on 13 Mac 2013


Keputusan Peperiksaan STPM Diumumkan Isnin 18 Mac 2013

Keputusan Peperiksaan STPM Diumumkan Isnin 18 Mac 2013 | Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di jangka akan diumumkan Isnin depan iaitu pada 18 Mac 2013.

Menurut satu kenyataan dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang telah dikeluarkan pada hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Para calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di alamat seperti dibawah (sila klik laman tersebut) mulai 12 tengah hari, pada hari yang sama.



Analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada jam 12 tengah hari untuk semua sidang media, iaitu pada hari yang sama di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang,Batu Caves, Selangor.

Sementara itu, kepada calon yang telah menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini.

Sebelum ini, pada tahun 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada jumlah itu, 47,708 adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.



Sumber asal - BERNAMA



Keputusan Peperiksaan STPM Diumumkan Isnin 18 Mac 2013
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved