Bot nelayan Vietnam di Malaysia?

on 01 April 2011

Sampai bila kita harus terus membiarkan nelayan asing ini berpesta di lubuk kita yang kaya dengan hasil lautan. Patutkah kita hanya membiarkan dengan memandang tanpa mengambil sebarang tindakkan? Gua rasa dah 2 kali isu nelayan asing berleluasa di lautan kita ini gua post.


Pukat tunda..satu teknik yang akan memusnahkan kebanyakkan spesis ikan dan juga batu karang. Segala benda akan masuk kedalam pukat tanpa mengira besar ataupun kecil spesis ikan tersebut. Bagi yang jenis dasar pula, ianya mampu memusnahkan batu karang dan kita sedia maklum batu karang memerlukan masa yang panjang untuk pulih.


"Ramalan saintis bahawa tamadun manusia bakal kehilangan sumber perikanan menjelang tahun 2048 menjadi tepat sekiranya masyarakat antarabangsa gagal bersatu mengharamkan penggunaan pukat tunda yang disahkan punca kepupusan hidupan laut serata dunia.

Para saintis pernah mengeluarkan amaran tegas betapa penggunaan berleluasa pukat tunda penyebab utama kerosakan habitat ikan dan ekosistem laut.

Terumbu karang utama dunia yang dihuni ribuan spesies ikan didapati makin mengecil manakala rekaan makin canggih alat pukat tunda yang digunakan nelayan negara maju mempercepat sisa terumbu karang sama ada di Lautan Pasifik, Atlantik dan Lautan Hindi terdedah kepada ancaman nelayan antarabangsa berkenaan".



Contoh penggunaan pukat tunda

Contoh pukat tunda dasar


Bot pukat tunda Vietnam?

Okeh, base information dari awak~awak, mereka berpendapat yang bot pukat tunda ni adalah dari bot Vietnam. Pehh...jauh tuu...ape kat sana dah tak de ikan ker? Patutnye kat sana lagi banyak ikan, sebab setahu gua pemancing dari Malaysia pun pergi sampai ke Vietnam.
Jadi kat sini gua rasa agak hairan jugak ler...kenapa yekk?

Satu lagi, setahu gua kat Malaysia tak ada pukat tunda (DIHARAMKAN)...kenapa perkara macam ni boleh berlaku? Adakah ada sesuatu disebaliknya? Sebelum ni, terjumpa dengan geng2 Siam...kali ni dengan geng Vietnam pulak...Jahanam lerrr negara kita nih....

Diharap pihak APPM kita terus memantau akitiviti bot dari negara jiran. Teruskan kecemerlangan anda demi rakyat Malaysia tercinta. Gua cuma berharap satu jer, jangan le sampai aktiviti ni berleluasa disebabkan adanya Jerung Perkasa.

Kes2 nelayan asing ditahan [klik sini]

Ranking: 5

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
jauh juga mereka tu belayar
perlu tambahkan kawalan ni, bro
My recent post Pantun Negeri Sarawak
1 reply · active 728 weeks ago
Memang jauh gak bro...kapai APMM lom cukup lagi kot....
apmm kena tambah aset lagi.. rasanya sanagt tidak mencukupi apa yg ada pada masa ini..

anyway, check this out: http://kisahberuang.com/2011/04/02/top-commentato...
My recent post Angry Birds Rio is Here
1 reply · active 728 weeks ago
Setuju...dah banyak kali pegi kat belah sana, tak penah nampak sebijik pun APMM...kalau kat Selat Melaka, selalu gak...
ishk..nampak gayanya kerajaan m'sia kena wat sumthing..skali kalo dpt hasil dr pukat tunda..bukan sket2..byk tu..

nelayan kita pun diharamkan..tp org luar plak berani2 kan..grrrr....

My recent post Tanda-tanda lelaki merajuk
3 replies · active 728 weeks ago
Mmg banyak....dah ada yg kene tangkap baik dr siam ataupun Vietnam...tp still mcm tu jugak...
hurm..susah gak..kiranya dorang ni jenis yg x mkan saman ni...

mkn ikan je kot :p
My recent post Tanda-tanda lelaki merajuk
Hehe...tu yg ikan habih kene bedal ngan derang tu...
tuh arr suka-suki je masuk sempadan nangkap ikan....wat sakit ati je kan kan
My recent post Ubah Sikit Jer
1 reply · active 728 weeks ago
Mmg sakit ati arr...ikan habis kene kaut sbb depa tu laa...
Saudara Yastro,

Kaki pancing mesti ariff maklumat seperti ini ya....
Satu maklumat yang baik untuk dikongsi bersama orang yang tidak kaki memancing ikan.
1 reply · active less than 1 minute ago
Cuma sekadar berkongsi je Pak Mail...sapelah kita nak menjerit2 kat sini, sedangkan isu yg dok kuar kat tv3 pun boleh dipusing2...hmmm.

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved