Anak2 aku pun suka gak minuman ni....selama ni aku diam jerr bila isu ni timbul. Bila MFK dah bagi keputusan....kirenya lega jugak laa.....hehehe
Ini siaran akhbar kosmo hari ni...
Minuman malta Barbican bukan arak
AIR minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican kini boleh diminum umat Islam.
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.Kosmo! sebelum ini melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.
APAN 106p · 713 weeks ago
My recent post Kes Saman Pemuda India Terhadap AXE
nuriz · 714 weeks ago
My recent post Hangat: Pelakon Laila Manja Dicekik dan Ditumbuk
azli.afzainizam · 714 weeks ago
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته http://firestartingautomobil.blogspot.com/ http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip bersihkan lining roof kereta
EEEMMM mmg dulu kecohhhh sikit... sekarang dah pasti... harap isu ini reda.... mencari yang halal itu wajib
DuluLainSekarangLain · 714 weeks ago
papabear · 714 weeks ago
My recent post FIFA World Cup 2014 Qualifiers: Singapore vs Malaysia
PakMail · 714 weeks ago
tehr · 714 weeks ago
mungkin aku tak perasan kerana memang kurang gemar minuman dalam botol
My recent post Anugerah Lelaki Contoh
Bie · 714 weeks ago
naimulfirdaus 86p · 714 weeks ago
My recent post betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?