As salam semua sahabat. Sambungan kisah sampai di Tawau tempohhari. Agak sibuk sikit minggu ni sampaikan masa aku nak berblog pun terabai. Maaf kepada semua kengkawan...
Okeh, kita sambung cerita hari tu. Malam tu, sesampai je kami di rumah Hendra, kami disambut oleh ahli keluarga beliau yang lain. Nenek,adik dia, adik ipar dia....semua ada. Meriah jugak arrr. Sejenis makanan seperti keropok (tak salah aku dari ubi kayu yang diletak sira nibung kelapa) menjadi santapan ringan. Air pulak dari honeydew yang dicampur hirisan buah dan biji selasih. Memang lain dari yang pernah dijumpai di semenanjung. Bagi aku laaa....tak tau la kalau korang pernah minum kat semenanjung.
Selepas tu kami dijemput oleh keluarga Hendra untuk makan malam. Huiyooooo..."seafood" looooo.....Ketam,udang, kerang, ikan merah dan ikan kering rangup menjadi santapan kami. Aku makan slow2 je..hehehe gua jaga reputasi beb...tak macam Bongek ngan Kayu...laju jerr, tak semongah betoi. Hendra lagi laa...2 x speed dari kami....maklum la, gamaknya dah lama tak makan hasil air tangan ibu, tau2 habis......hehehe
Pas makan, semua lepak kat luar, ambik angin sambil nyembang2 kosong. Teh "o" dengan pencuci mulut buah tembikai dihidangkan oleh ibu Hendra....pehhh penuh woo perut nih. Perut dah buntat...so pe lagi...masa tuk melelapkan mata la plak.
Rumah Hendra di Kg Pasir Putih, Tawau. |
Planning hari ni nak pegi ke Sampoerna. Buat lawatan ringkas kat floating. Sebelum tu Hendra dah plan nak minum pagi di kedai yang selalu ayah dia melepak. Ayah Hendra merupakan pemandu teksi di Tawau. So, sesapa yang nak menggunakan khidmat beliau masa turun di Tawau boleh inform kat aku...hehehe iklan jap no. Aku memang tabik habis kat Pak Cik Rudin....sempoi, ramah dan tak lokek bercerita bila aku ngan geng2 bertanya bermacam2 soalan kat beliau. Terima kasih bebanyak pak cik...
Masa untuk bergerak.... |
Di pekan Tawau...
Rupa2nya kedai tu ialah kedai cina. Tapi memang halal laa. Kat dalam tu penuh dengan geng2 Pak Cik Rudin. Geng teksi Tawu... Meriah gak laa. Antara sarapan pagi yang special kat sini roti panggang, pau goreng dan cakoi. Nasik lemak or roti canai x do ko? Hehehe...ada, tapi susah sikit laa, Cuma aku jadi "kureng" sikit sebab semuanya mende2 yang manisss huhuhuhu...Masa order air.."Nescafe satu....." Opsss...Hendra menyampuk "Nescafe nai satu" Mende lak nai-nai nih....dalam hati aku, rupa2nya nai tu tuk nescafe yang ditambah susu. Ping plak tuk ais. Tak salah aku bahasa tu dlm bahasa cina kott.....
kat bawah ni ada gambar2 makanan tu. ...jom layanzzzz......
Mak Hendra menikmati mee goreng yang dicampur dengan tauhu (kt dlmnya ade cam begedel) |
cakoi yang ber"inti"kan kaya... |
Roti panggang...kat dalamnya ber"inti"kan kacang |
Yang ni roti benggali kut...ada jem kaya gak kat dalamnya.... |
Hrmmphh.....dia buat dahhhhh....... |
Bersambung lagiii...hehehe..