Nur kata Baitulmal tak bantu,Baitumal kata ada....

on 12 Ogos 2011



BANTU... Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.

PUJUKAN GEREJA
SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu. 


Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.


Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.
“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi. “Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak. 


“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam. 
Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.  


Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika. “Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja.
Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini. 


“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.  


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pujukangereja/Article/ 

NUR TIADA PILIHAN
Harian Metro Ahad : 7 Ogos 2011 
SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga. 
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir. 


“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam. 


Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah. 
“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70. 


“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu. 
Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya. “Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya. 
Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain. 


“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak. “Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya. 


Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu. “Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya. 


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nurtiadapilihan/Article/index_html



Berikut respons dari laman web Pusat Zakat Negeri Sembilan berikutan laporan akhbar Berita Minggu dan Harian Metro 7 Ogos 2011 bertajuk “PUJUKAN GEREJA” dan “NUR TIADA PILIHAN” dimana seorang wanita Melayu iaitu Puan Nur dari Ampangan, Seremban mendakwa sebagai ibu tunggal gagal mendapat bantuan berterusan Baitulmal lalu dibantu oleh pihak gereja.

*********
PENJELASAN ISU LAPORAN AKHBAR ‘PUJUKAN GEREJA'       
Adalah dimaklumkan merujuk kepada isu laporan akhbar bertajuk “PUJUKAN GEREJA” di Berita Mingguan bertarikh 7 Ogos 2011, Ahad. Pihak kami ingin menjelaskan beliau yang dimaksudkan dalam laporan akhbar itu ialah sebagai ‘Pn Nur’, setelah semakan di buat beliau dan keluarga masih disenaraikan sebagai penerima bantuan zakat Baitulmal secara berkala dan turut menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan bermula pada Januari 2011 sehingga kini. 


Mengikut rekod, beliau  telah menerima bantuan zakat sebanyak 22 kali semenjak 22 November 2006 dan kali terakhir pada 13 hb Julai 2011, dengan pelbagai bentuk bantuan yang diterima seperti  bantuan persekolahan anak, bil-bil utiliti dan bantuan makanan. 


‘Pn Nur’ juga bukan berstatus ibu tunggal seperti dilaporkan akhbar tersebut tetapi masih bersuami dan suami beliau mempunyai pekerjaan berstatus jawatan tetap di sektor kerajaan. 
Sehubungan dengan itu masyarakat di minta mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan isu ini agar tidak berlaku penerimaaan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan. 

Sumber : http://www.zakatns.com.my/v3/arkib/agihan/29-agihan-2011/198-penjelasan-isu-laporan-akhbar-pujukan-gereja
Ranking: 5

Comments (7)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hamba tuhan yg sedih's avatar

hamba tuhan yg sedih · 611 weeks ago

cerita begini tak boleh dipercayai...adakah patt suami lalai??cerita ini sebenarnya untuk menjatuhkan sestengah pihak...hati2 mainan dunia..jngn terkena tipu daya....
Sepatutnya kalau kes suami lalai bg nafkah Pn Nur tak boleh salahkan Baitulmal..Bawaklah ke Mahkamah Syariah ker..Jabatan Agama ker..Ini dah jelas yang Pn Nur tu pown xtau tempat nak mengadu..Pegawai Baitulmal kalau dia datang nak mintak bantuan boleh jer tanya problem dia then suruh dia rujuk pada jabatan agama..Cara Pn Nur bercakap seolah2 dia nak salahkan Baitulmal dan tidak mahu suaminya disalahkan.hurm..manusia2..
aku x menyokong memana, dan aku rasa kali ni baitumal betul, yang menjadi masalah adalah suami yg tidak bertanggungjawab, selagi masih ada suami dan suami sihat, adalah kewajiban terletak pada suami, kalau baitumal terus bagi bantuan makan suami akan terus lalai dlm kewajiban, maka suami patut dipanggail untuk diberi didikan
My recent post Software Al-Quran
mana satu yang betul nie ekk (garu kepala)
My recent post Dah Pencen
jadi, siapa yang berkata benar ni?
My recent post Datuk Lee Ke Separuh Akhir Kejohanan Dunia 2011
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip Pemeriksaan servis kereta

Isu mengkristiankan orang Islam dan sembunyi sembunyi menjalankan dakwah kristian “gerakan bawah” kini kembali semula setelah beberapa

siri yang lalu kelihatan sudah saperti di lupakan.

Sebelum ini kita di kejutkan dengan gerakan dakwah kristian yang mencari ‘ahli’ baru melalui berita atau kabar dari sumber yang kurang jelas kerana tidak disertakan dengan bukti untuk memudahkan ianya di percayai.

Kini mereka semakin berani dengan menonjolkan diri di khalayak ramai melalui nama nama pertubuhan NGO malahan berani mendedahkan dengan menguna gereja sendiri untuk menjalankan dakwah mereka kepada orang Islam.

Isunya ialah mengapa pada orang Islam? mengapa tidak pada agama selainnya saperti Hindu mahupun Buddish?
My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
loh siasat je la beui ke tak dia terima... setiap resit mesti ada tandatangan, kan?
My recent post nak sangat kongsi nama Allah

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved