As salam semua....belum terlambat lagi rasanya aku nak ucapkan tahniah buat pasukan Boon Siew Honda dan juga team mereka. Begitu juga dengan pelumba mereka iaitu Azlan dan Emir.Kenapa???
Meh baca kat bawah nih.....
PELUMBA SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Emir Firdaus Hasan mencipta kejutan apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi kategori 4 jam Perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance Road Race ‘Coca Cola Zero’ kali ke-34 di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun semalam.
Penunggang pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia itu menamatkan penampilan sulung mereka dalam perlumbaan selama empat jam itu dengan catatan masa empat jam satu minit 38.151 saat (99 pusingan) diikuti pelumba pasukan Business Rariat & TSR, Kazuhiro Kojima dan Taiki Sato di tempat kedua dengan 4'01:46.340s. Di tempat ketiga pula muncul Shotaro Ogura dan Akihide Sato dari pasukan SP Tado Racing Team dengan 4'02:04.263s.
Selaku pelumba pertama, Azlan memulakan perlumbaan tetapi kerana kurang biasa dengan format permulaan, Azlan terlepas mengambil alih kedudukan hadapan daripada Kojima.
Sepanjang perlumbaan, kedua-dua pelumba Malaysia itu mengekalkan rentak konsisten bagi mengekalkan kedudukan di tempat kedua. Mereka hanya menyerang pada babak-babak terakhir perlumbaan apabila Azlan memintas Kojima pada pusingan kedua terakhir.
Walaupun kepenatan, kedua-dua pelumba itu jelas berbangga dengan pencapaian mereka dan cukup berpuas hati kerana turut berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Selepas berminggu-minggu melakukan persiapan akhirnya kami berjaya memenangi perlumbaan hari ini dan saya cukup gembira! Terima kasih kepada pengurusan Boon Siew Honda Racing Malaysia, mekanik dan rakan-rakan dari pasukan Harc-Pro yang banyak membantu kami. Saya turut berbangga menjadi anak Malaysia pertama menyertai dan memenangi perlumbaan tradisi seperti ini,” jelas Azlan dengan penuh semangat.
Pelumba berusia 27 tahun itu berkata: “Kami datang ke Suzuka tanpa sebarang pengalaman beraksi dalam ‘endurance race’. Bagaimanapun, kami tetap mahu menang dan kami sentiasa memberikan yang terbaik.
“Perlumbaan tadi tidak dapat dinafikan amat mencabar. Tambahan pula, kami terpaksa bersaing dengan ramai pelumba handalan Jepun. Syukur, kami datang bersiap-sedia dengan strategi perlumbaan yang mantap dan ini banyak membantu kami mencatat kemenangan di sini. Antara strategi yang digunakan adalah pelaksanaan enam 'hentian pit', mengekalkan kedudukan sepanjang perlumbaan, menjimatkan penggunaan tayar serta mengelak terbabas.”
# Tahniah buat mereka berdua. Rasanya belum pernah dalam sejarah negara, pelumba negara kita mencatatkan kemenangan di bumi Jepun. Bukan no 3 ataupun no 4 ....tapi no 1 tuuu.... Tahniah sekali lagi dari aku, ternyata
"Harimau Malaya" ada dimana2 jua......
 |
Team Boon Siew Honda Malaysia |
 |
Azlan Iskandar bersama CBR600 |
 |
Meraikan kemenangan di Suzuka Jepun |
Ranking: 5
Recommended Posts
Piala Thomas 2012 - Malaysia vs Jepun
Akhirnya...setelah Lee Chong Wei direhatkan, Hafiz Hashim menggalas tugas pemain pertama, Malaysia tumpas kepada Jepun dengan aggregat 3-0. Begitu juga dengan bergu pertama negara yang direhatkan da ... readmore
Khairul Fahmi [Apek], Safee Sali dan Fadhli Shas dicalonkan sebagai pemain terbaik Asia.Khairul Fahmi [Apek], Safee Sali dan Fadhli Shas dicalonkan sebagai antara pemain terbaik Asia. Zulfahmi kategori penjaga gol, Safee Sali pula pemain terbaik asia, manakala Fadhli Shas untuk ba ... readmore
Malaysia vs Bahrain - Olimpik 2012 Stadium National [Manama] BahrainSalam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam...
Malam ini, pertembungan antara skuad Olimpik Malaysia vs Bahrain di Stadium National Bahrain pada jam 11.30 malam. Siaran langsung dijangka akan disia ... readmore
ALONSO JUARA F1 MALAYSIAN GP 2012
Aksi penuh debaran bagi perlumbaan F1 di Petronas Malaysian Gp telah berlangsung siang tadi di F1 track, Sepang. Si Fernando Alonso adalah juara bagi F1 Malaysian Gp 2012 pada kali ini. Tetapi nam ... readmore
Keputusan Terkini Badminton Terbuka Malaysia 2012 [Jumaat]Keputusan Terkini Badminton Terbuka Malaysia 2012[Jumaat]
Alhamdulillah, Chong Wei berjaya melepasi cabaran dari Taufik Hidayat 21-9, 21-18, di peringkat suku akhir Terbuka Malaysia 2 ... readmore
azli.afzainizam · 719 weeks ago
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip periksa kerosakan san servis radiator
Tahniahhh atas kemenagan da mengharumkn nama negara .. tahniah
Ekal · 719 weeks ago
Ini menunjukkan orang Malaysia Lebih BERANI MATI memecut ke tahap maksimum daripada Orang JEPUN. Ha ha Ha. cayalah korang berdua.
yas · 719 weeks ago
mmg aku pun tabik gak kat derang...terutamanya tuk Azlan sbb ko dh kotakan janji masa aku tgk ko diinterbiew dlm astro tu ko ader ckp target dpt podium...tak sangka mmg betoi ape yg dia cakap tu!!!
DuluLainSekarangLain · 719 weeks ago
My recent post 50 Brilliant Portrait Ideas
yas · 719 weeks ago
DuluLainSekarangLain · 719 weeks ago
My recent post 50 Brilliant Portrait Ideas
yas · 719 weeks ago
Bie · 720 weeks ago
My recent post Selamat Berpuasa Bagi Yang Berpuasa, Yang Tak Berpuasa Boleh Makan Lagi
yas · 719 weeks ago
APAN 106p · 719 weeks ago
My recent post Pengalaman Baru Di Bulan Ramadhan
yas · 719 weeks ago
# Gua banyak keje arrr.....sampai selera kat blog pun udah ilang.... :(