Pengganti KD Pari ~ Bila TLDM nak dapat kapal baru?

on 23 September 2011

Semalam masa aku merayau dalam internet, aku terjumpa kisah KD Pari (Penant No 3510) sebuah kapal jenis penyerang (kelas Jerung) yang dikatakan telah mengalami masaalah mekanikal semasa dalam perjalanan untuk membuat rondaan pada 15 September 2011 (khamis) lalu. Namun ada khabar2 angin mengatakan yang KD Pari sebenarnya dalam perjalanan untuk menyekat pencerobohan dari kapal PRC (People Repubilc of China) berdekatan dengan Pulau Layang-Layang. Sebenarnya aku baru je tau kisah ni...minggu lepas aku sibuk sikit menguruskan kereta (Tuah) yang nak masuk perarakan Hari Malaysia.

Kalau tak salah aku, KD Pari telah berusia lebih kurang 34 tahun (23 March 1977) berada didalam perkhidmatan TLDM. Banyak jugak sejarah KD Pari ni, antaranya yang aku jumpa ialah kisah derang merempit dengan KRI Rencong (TNI-AL 622), KRI Singa (TNI-AL 679) dan korvet KRI Wiratno(TNI-AL 879) yang bersempadan dengan Indonesia (Krisis Ambalat). Respek jugak aku, sebab walaupun dah berusia, masih lagi berupaya menunjukkan taringnya kepada kapal2 Indonesia tu. Apepun, berperang bukanlah jalan terbaik...masih banyak ruang untuk membicarakan soal ini.

Pada aku laa...patutnya kerajaan dah boleh pertimbangkan untuk pembelian baru .Namun satu Malaysia tahu masaalah bajet seringkali mengekang TLDM dalam perolehan kapal2 baru. Itu belum masuk dengan tentangan dari pembangkang dan juga kisah2 Jerung Perkasa. (Wallahualam)

Berikut dibawah adalah gambar2 KD Pari dan juga petikan berita mengenainya, dan juga mengenai kapal2 TLDM yang lain. Aku sangat berharap kerajaan menggantikan dengan segera kapal2 TLDM yang dah usang. Bukan setakat kapal yang berharga berjuta-juta ringgit je yang kita nak jaga...keselamatan petugas2 juga perlu diambil kira. Jangan sampai anak muda tak nak masuk TLDM atau mana2 cabang disebabkan peralatan yang agak berkarat udah lerr..

Tapi aku tau...ramai anak2 muda di Malaysia yang sedia bertugas dan berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta ini. Sememangnya perkara ini sudah terbukti...

Gambar KD Pari di jeti Pulau layang2..





KUALA LUMPUR – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pari separa tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada shaft kapal tersebut tertanggal.
Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.
Bagaimanapun, kesemua 9 pegawai dan 27 anak kapal jenis Fast Attack Craft-Gun itu terselamat.
Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Leftenan Komander Masliza Maaris dalam kenyataan di sini semalam berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu berjaya merapatkan kapal itu di Jeti Pulau Layang-layang.
“Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat daripada kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.


Berita dari NST.com;

KUALA LUMPUR: A Royal Malaysian Navy (RMN) vessel, in pursuit of a foreign ship encroaching on waters off Pulau Layang Layang on Thursday, was forced to abandon its operation after its engine room was flooded.
RMN chief Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar said the crew of the Fast Attack Craft-Gun (FAC-G) vessel KD Pari heard a 'loud bang' soon after it had departed the island westward to pursue a China-flagged vessel, believed to be a frigate, spotted at Gugusan Semarang Peninjau in the South China Sea at 2.53pm.

"Initial investigations revealed that the KD Pari sustained a dislodged shaft, which connects the propeller to the engine, and the vessel turned back to its base.

"The professional action of KD Pari's 36 crew members, under the command of Lt-Cdr Abdul Hadi Abdul Malik, managed to steer the stricken vessel towards Pulau Layang Layang's jetty where it became partially submerged four hours later.
"After attempts by the crew to siphon out the fast in-flowing water with portable pumps failed, divers were called in to first seal the huge hole at the stern tube before using air-fillled 'lifting bags' to float the vessel."

He added a second RMN ship, the new-generation patrol vessel KD Pahang was immediately summoned to pursue the China-flagged ship and managed to "shoo it away" after efforts to communicate with it failed.

"A board of inquiry has been established to investigate the incident and assess the damage to KD Pari."

Damage to KD Pari, which reportedly underwent refurbishment in 2009 to the tune of RM12 million, is believed to be in the tens of millions of ringgit.

The assistance of the Royal Malaysian Air Force was also sought to despatch a CN-235 maritime patrol craft from Kota Kinabalu and a C-130 Hercules from Subang to Pulau Layang Layang to ferry additional technical crew and equipment to salvage KD Pari.

KD Pari, pennant number 3510, was built by Hong Leong-Lurssen at its Butterworth shipyard and commissioned on March 23, 1977.

It weighs 244 tonnes, is 44.9m x 7m x 2.5m, can sail at 32 knots and is manned by 36 crew members

The RMN also confirmed that another FAC-G vessel, KD Serang, sustained a small fire from a short-circuit on Aug 31 while minesweeper KD Todak was 'grounded' after a slight mishap with a floating object two months earlier.


Ranking: 5

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
memang patutpn kerajaan beli kapal baru,tetapi si pembangkang bodoh ja yang mainkan isu2 ini.terutama sekali si cina sepet celaka
Susah juga mengharapkan kapal yang dah uzur untuk bersaing negar-negara jiran.
tukar jer la yg baru, aku harap politik x mempolitikkan isu ni, ni utk keselamatan nyawa dan negara
1 reply · active 704 weeks ago
Yup...bila dipolitik habis kacau segala...
dari segi keselamatan negara pun bahaya jugak....takut terdedah kpd anasir2 luar jee...

# keselamatan negara no 1 pada segala2nya....
camner nak bajet beli baru, bini najib asik shoppg besar jer.. hahahahaha... (gelak besar)
1 reply · active 704 weeks ago
Hehehehe...isu cincin tu tah mende laa kisahnya...dh senyap je nampaknya
EEEMMMM Malaysia memang dari segi badjet ketenteraan mmg ciput ajerr... tengok Singapore dan Indonesia mereka berbelanja besar untuk ketenteraan tetapi dari aspek ekonomi negara pun mereka seimbangkan... kesian na aku tengok kapal perang malaysia tu....

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
kesan embun pagi pada kereta

My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
1 reply · active 704 weeks ago
Setuju bro...Indonesia contohnya, beli sukhoi 2/3 bijik dulu...skg dah bape bijik?? x salah aku dh dekat 10 bijik ...kita pun kene alert dgn mende2 ni...singapore lagi laaa...kita jauh ketinggalan...hanya semangat je yg jadikan kita kuat....
kapal yang terlalu lama..
sekarang ni kapal banyak yang berubah dari segi penggunaan radar dan juga ecdis seperti gps ..
semakin canggih kapal tersebut semakin cekaplah cara kendaliannya..
harap diganti dengan yang lebih baik..
My recent post Akhirnya Masuk Perangkap
1 reply · active 704 weeks ago
Ramai rakyat berharap sebegitu...tp ngan bajet ciput yg diberi kerajaan, agak susah sikit larrr
memang dah perlu sangat beli kapal baru ni
kalau dah tenggelam macam ni, dah nak jadi besi buruk ni
1 reply · active 704 weeks ago
Setuju sesangat...Malaysia patut memiliki kapal2 dgn angka yg lebih sikit...maklum la nak gi ke layang2 dh sekian...nk balik ke Lumut dah sekian....
emm..camana leh tenggelam nih..
My recent post Buffered Earning yang ke 22 dari Nuffnang
1 reply · active 704 weeks ago
dah nk jadi...nk wat camne... :(
aku ada baca berita pasal ni gak sebelum ni...tulis dlm tu kejat kapal china.tpi kalau uzur gitu nak kejar mcm mane la.haha...
My recent post Serigala Termasuk Dalam Najis Mughallazah
1 reply · active 704 weeks ago
2009 hrtu kluar dr bilik repair dgn kos 12 juta...sedih lak aku tgk kpl2 TLDM jd camni...
setuju demi negara sanggup berkorban nyawa.....
My recent post KB Lagi
1 reply · active 704 weeks ago
Yeahh...caya arr bie..
#Brunei ader plkn atau kerahan tenaga cam singapore dak bie?

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved