Tahniah S2000..Tahniah REEV..Tahniah Exora Star

on 12 November 2011

1. Satria Neo S2000 dan juga Satria Neo Cusco Rally Team yang berlumba rally di dalam kategori APRC dan juga IRC telah menunjukkan pencapaian yang memuaskan. Satria Neo S2000, merupakan juara bagi APRC 2011 dengan pemandunya Alistair Mac Rae. Manakala Akira Bamba dari Jepun yang menggunakan Proton Cusco Rally Team pula berjaya mendominasi kategori Junior Asia Pasifik 2011. Boleh kata keseluruhan APRC, kereta buatan PROTON adalah juaranya. Tahniah. IRC pula, Satria Neo S 2000 hanya berjaya menduduki tempat ke 7 (dari 8 keseluruhan) bagi kategori pengeluar dengan 41 mata ketinggalan 5 mata dibelakang Honda.




2. Tahniah juga aku ucapkan kepada team REEV (Range Extender Electric Vehicle) yang juga merupakan rakan2 aku dari RND PROTON (Green Tech Dept-GTD) kerana berjaya dengan Exora REEV mereka. Kemenangan kali ke 2 mereka...Tahniah geng!!
LONDON 6 Nov. – Kereta elektrik jarak tambahan nasional (REEV), Proton Exora REEV berjaya dua tahun berturut-turut memenangi anugerah pada Cabaran Kereta Masa Depan Brighton ke London RAC (FCCBTL-RAC) semalam.
Lebih menarik, Exora REEV bukan hanya memenangi anugerah Kereta Pelbagai Guna Cekap Tenaga terbaik, malah ia juga turut berkongsi anugerah Kenderaan Elektrik Jarak Tambahan (E-REV) keseluruhan terbaik dengan jenama terkemuka pembuat kereta global, Toyota. Kejayaan kali kedua itu turut menjadi lebih manis selepas Jurutera Perisian Bahagian Komponen dan Pentauliahan, Jabatan Teknologi Hijau Proton, Rozadatul Intan Safrina Che Rus berada di dalam kenderaan yang sama tahun lepas untuk memenangi anugerah berkenaan buat kali kedua. Menurut Rozadatul Intan Safrina, beliau tidak menyangka dapat memenangi anugerah tersebut selepas perlumbaan tamat semalam ekoran mengalami masalah teknikal di peringkat terakhir perjalanan sebelum melintasi garisan penamat.
Beliau yang terkejut dengan kejayaan itu berkata, masalah itu turut menyebabkan Exora REEV yang dipandu jurutera Frazer-Nash Research Limited (Frazer-Nash), Pavol Biro berhenti secara tiba-tiba kira-kira beberapa kilometer dari garisan penamat yang menyebabkan kerugian masa. Kereta berhenti secara tiba-tiba. Cubaan untuk menghidupkan kereta tidak berjaya namun selepas 10 minit, ia berjaya dihidupkan untuk kami meneruskan perjalanan ke garisan penamat. Ketika itu perasaan berbaur sedih dan hampa kerana yakin tidak dapat mempertahankan kejayaan 2010 ekoran masalah tersebut, katanya kepada media Malaysia selepas majlis penyampaian anugerah FCCBTL-RAC di Bangunan Kelab Automobil Diraja United Kingdom (RAC-UK), di sini semalam.
FCCBTL-RAC yang kini sudah berusia 115 tahun sebelum ini hanya menjadi medan cabaran perjalanan bagi kereta vintaj sejauh 92 kilometer dari Brighton ke London, namun diperluaskan bagi pembuat kereta global dan persendirian untuk mempamerkan produk dan prototaip kereta elektrik dan jimat tenaga sejak tahun lepas.Pada edisi pertama 2010, Proton Exora REEV berjaya memenangi anugerah Kenderaan Elektrik Jarak Tambahan (R-EV) keseluruhan terbaik pada cabaran yang disertai oleh 63 pembuat kereta.
Selain Exora REEV, pada cabaran edisi 2011 yang disertai oleh 70 peserta itu, Proton Holdings Bhd. (Proton) turut mempertaruhkan buat kali kedua kemampuan kereta elektrik (EV), Proton Saga EV termasuk Proton Persona Elegance REEV.Lebih menarik, keseluruhan komponen elektrik dan perisian Pesona Elegance REEV dipasang sepenuhnya oleh jurutera tempatan Proton. Sementara itu, Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan menyatakan rasa amat gembira dengan kejayaan yang dicatatkan Exora REEV itu.Kata beliau, selepas berjaya tahun lepas, pihaknya tidak mengambil mudah kejayaan akan datang lagi dan berusaha lebih keras untuk meningkatkan kemampuan jentera. Kejayaan merangkul dua anugerah ini merupakan kemampuan luar biasa bagi Proton. Lebih mengejutkan, jentera kita berada sama taraf dengan jentera jenama terkemuka dunia.
Ini secara tidak langsung menunjukkan kemampuan dan standard Proton dalam industri kini diiktiraf dunia permotoran antarabangsa, katanya sambil mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jurutera tempatan yang berjaya membangunkan Pesona REEV hasil kerjasama teknikal jangka panjang dengan Frazer-Nash Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengarah Projek Hijau Proton, Datuk Zainuddin Che Din berkata, pihaknya kini turut menunggu mengenai keputusan cabaran bagi Proton Pesona REEV disebabkan terdapat masalah teknikal di pihak penganjur.- UTUSAN




3. Tahniah juga diucapkan kepada pengedar Proton Exora Star di Indonesia (baseline di Malaysia)  kerana Exora berjaya menggondol anugerah bagi kategori Small MPV di Indonesia, menyambung kemenangan dari negara Asean yang lain seperti di Thailand sebelum ini..Sumber-Okezone.
JAKARTA - PT Proton Edar Indonesia (PEI) tersenyum sumringah kala Proton Exora Star berhasil menyandang gelar Best Small MPV dalam ajang Indonesian Car Of The Year (ICOTY) 2011.

"Ini membuktikan bahwa Proton merupakan kendaraan yang memiliki value for money yang sangat tinggi. Kami berterimakasih kepada dewan juri yang telah melakukan penilaian kepada mobil-mobil terbaik Indonesia dan para kustomer loyal Proton," ungkap GM Marketing PEI, Mazlan Mohd. Zain dalam keterangan resminya kepada Okezone.

Proton Exora Star membuktikan kehandalannya kala mengikuti pengujian ICOTY 2011 yang berlangsung di Bukit Sentul dan Sirkuit Internasional Sentul pada 13-18 Oktober 2011 lalu. Sementara pengujian city orientation digelar di wilayah Sentul, Cibinong dan Bogor.

Proton Exora Star dilengkapi power steering, double-blower air conditioner, central door lock, front & rear power window, radio with CD, MP3, WMA & Bluetooth, alarm system, driver seat height adjuster dan fitur lain seperti tinted glass, side body molding, mud guard dan door visor.

Proton Exora Star bertransmisi manual dipasarkan dengan harga Rp154 juta dengan pilihan warna hitam, silver dan putih.
Ranking: 5

Comments (28)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
tahniah...moga2 dgn kejayaan ini dpt menaikkan kembali nma Proton
1 reply · active 698 weeks ago
Insyaallah dan terima kasih bro.. :)

#Sori lmbt reply, komen bro masuk kt dlm spam...bru check td..
Yuppppp membanggakan negara... Tahniah pada semua.... rasanya dah mula satu persatu Proton makin kehadapan.... banyak kejayaan yang dikecapi..... untuk dikongsi bersama

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy hydro fuel system kereta

My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
1 reply · active 698 weeks ago
Insyaallah...semoga doa bro afzainizam menjadi kenyataan.... :)
Bila Proton hendak memasarkan kereta-kereta keluaran Hibdrid kerana R&D sudah lama sangat?
1 reply · active 698 weeks ago
Buat masa skg, keta2 hybrid ni ditest oleh kerajaan mesia melalui jabatan2 kerajaan di PutraJaya...setakat ni klau tak slaah aku dlm 30 unit keta2 hybrid sedang diujikaji disana...
wahh..tahniah buat team proton...mmg satu pencapaian yang membanggakan..=)
.
My recent post Resume Lawak yang diterima oleh pihak MAS
1 reply · active 698 weeks ago
Ye..ye...tahniah2 buat team Proton....
yas cuma kasi up je lagi... :D
Siapa kata kereta Malaysia tak power? Kawe bangga jd rakyat malaysia dan guna brg buatan Malaysia.
well done Proton..well done Malaysia!
My recent post Blogger Serius
1 reply · active 698 weeks ago
Alhamdulillah...
Aku juga bangga jika lebih ramai rakyat mesia yg berfikiran spt bro DLSL nih...
Pehh memang sedap eik bawak rally. Tahniah2x... Harap lepas ni ada juga kereta Malaysia RWD tuk drift pulak., biar mencuba dalam pelbagai arena agar lebih seangkatan dengan pertaruhan jenama lain macam nissan toyota and etc. harap sangat perkembangan itu, Amin..
My recent post Backlink Comment - Dofollow High PR
1 reply · active 698 weeks ago
Keta yg buat drift tu mmg pernah ada...tp mmg kene jumpa geng2 R3 laaa....sbb depa je yg ada kemampuan tuk buat mende2 ni semua...
Takniah proton.........
Tak dapat disangkal lagi proton memang terbaek dah setanding dengan jenis2 kereta2 yang lain!!!!
My recent post Now
1 reply · active 698 weeks ago
Terima kasih Bie...
Insyaallah...Proton akan terus berkembang dan cuba bersaing dgn produk2 yg dh lama di market...
bangga la orang proton.haha...
My recent post Penyakit Dan Ubat Pada Sayap Lalat
1 reply · active 698 weeks ago
Hahaha...siot tol la ko apan...
terasa macam nak try bawak lak keta tu wat jalan2 kat highway haha
My recent post Teh Ais and Teh O Ais
1 reply · active 698 weeks ago
Hahaaha....ko jgn Rojakkk....kang kene saman sajer jerrr
sy suka kereta stria nmpk sport..stria yg biasa2 pun potogan dia mmg menawan hati..
My recent post Muzium Mumia Yang Ngeri
1 reply · active 698 weeks ago
Yas suka tgk jerr...nak miliki jenis2 yg sport ni mmg bukan idaman la jawabnyaa... :D
sy bangga jadi ank melaysia heee..produk kita ada bgus2 jugakan..
My recent post Muzium Mumia Yang Ngeri
1 reply · active 698 weeks ago
Yup...kita juga boleh...kita dh buktikan tp biasak laaa.... :(
aku ni exora biasa2 pun belum pernah bawa
hanya pernah naik je,
My recent post Cuti Keputeraan Sultan Kelantan
1 reply · active 698 weeks ago
Tak pe la bro...naik je apa yg ada, aku sendiri pun tak mampi nak miliki keta2 proton yg baru... :)
wohooo.... Tahniah Proton..

Brother.. itu keta Projek Sepang tuh mesti power.. Balik termimpi2 ler kau
Aku suka drift.. Pantang jumpa jalan bengkang bengkok.. itu yg best,,
Tapi make sure drive sorg2.. ada org aku alim bagai.. har3
My recent post Rawatan penyakit usus buntu atau appendix
1 reply · active 699 weeks ago
Ohh hooo...itu nak kata power sangat tak juga, tp cc dia 2.0 turbo ada cut off...wahhh dasat gak ko sis, suka layan drift...tengku djan, aku rasa ko mesti tau sapa dia kan....
Hehehe.....bahaya tu sis...penah buat safety driving tak? cara layan oversteer/understeer...safety emg brake...slalom ...iskk....merapu lak aku nih..."D
My recent post Tahniah S2000..Tahniah REEV..Tahniah Exora Star
Salam lama tak singgah sini
Tahniah Proton sebab berjaya mendapat tempat yang baik :)
Dalam hati ni teringin juga nak bawak Exora tapi tak berpeluang. huhuhu
Mesti yas dah macam2 jenis kereta dah bawak ni,
Smart! Satria NEO S2000 tu, (not bad dapat no.7)
My recent post Freelancer vs Makan Gaji – My Heart is Stereo.
1 reply · active 699 weeks ago
Salam kembali bro SNG...
Thx...bro...bab bawak exora tu aku pun bole kira dgn jari je bape kali aku bawak...tapi mmg ada sikit la pengalaman bawak kete2 Proton yg belum keluar, nak keluar, tak jadi keluar....tinggal lagi jarak dekat atau jauh jerr... :D

#Kenangan manis aku...pernah test keta Sepang Project sampai ke JB...engine vauxhall, la ni depa panggil Lotus Europa S.

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved