Apepun aku rasa Safee Sali pasti memberikan yang terbaik sewaktu latihan disana. Berita terkini mengatakan Safee telah beberapa kali menjaringkan gol sampai dia sendiri tak ingat berapa biji, memberi satu harapan yang agak positif jugak lerr kepada rakyat malaysia. Pasti kami semua mendoakan yang terbaik buat kamu.
Berikut petikan berita tempatan mengenai prestasi terkini Safee...
![]() |
paper sana kot nih..... |
Semalam, Safee sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya mengatasi beberapa pemain pertahanan Cardiff sebelum meledak beberapa gol, dan aksinya itu dikatakan mula menggamit perhatian pengendali Cardiff, Malky Mackay yang kini dikatakan lebih cenderung menguji Safee berbanding penyerang lain semasa sesi latihan tersebut.
Doa ribuan peminat bola sepak tanah air yang mengiringi pemergiannya ke bumi Cardiff sejak Isnin lalu bagi memburu misi sebagai pemain pertama Malaysia beraksi dalam kancah saingan bola sepak England ternyata berbaloi apabila Safee tidak lagi dihantui kecederaan itu.
Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, buat masa ini Safee masih dipantau pengawai perubatan kelab tersebut bagi mengelak kecederaannya bertambah buruk meskipun Safee memberitahu tidak lagi merasa terjejas akibat kecederaan lamanya itu.
"Safee memberitahu dia tidak lagi merasa sakit semasa melakukan percubaan ataupun ketika menggelecek bola, dan ia sememangnya perkara positif apabila dia berjaya menjaringkan beberapa gol hari ini (semalam) dalam sesi latihan setelah kali pertama melakukannya sebaik menjalani sesi latihan Selasa lalu.
"Misi Safee untuk menyarung jersi Cardiff juga agak cerah apabila dilihat lebih kerap diuji berbanding penyerang lain, dan saya harap Safee dapat mengekalkan aksi konsistennya selepas ini," katanya kepada Kosmo!
Dan lagi...
KUALA LUMPUR - Safee Sali semakin menunjukkan bisa di Cardiff City apabila terus meledak gol pada hari ketiga sesi latihan di pusat latihan kelab tersebut, semalam. Bukan sekadar satu atau dua jaringan, sebaliknya penyerang prolifik negara itu meledak banyak gol pada latihan di atas padang besar dan mudah melepasi kawalan pertahanan utama Bluebirds berulang kali tanpa banyak masalah.Pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab.Rahim mendedahkan gaya permainan Safee mula menarik perhatian jurulatih Cardiff, Malky Mackay, yang mahu dia menyertai setiap sesi latihan pasukan itu.
"Mackay cukup tertarik dengan gaya permainan dan kekuatan fizikal yang ada pada Safee dan banyak kali meminta Safee bermain ketika sesi permainan padang.
"Safee memberitahu dia sudah melakukan banyak jaringan, sehingga tidak ingat jumlah yang dijaringkan. Dia mampu mengatasi kawalan pertahanan Cardiff," katanya ketika dihubungi, semalam.
# Lepas ni giliran Syafiq Rahim pulak...harap2 dia bersedia. Stamina tu kasik upp lagiii ehhh.....
azli.afzainizam · 706 weeks ago
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
air balang kawin
tehr · 707 weeks ago
aku makin minat dengan dia ni
My recent post Kelayakan Olimpik 2012 | Jadual Perlawanan Bola Sepak
nurmisnan · 706 weeks ago
My recent post Imbas kembali sejarah Kevin Caster
Yastro 119p · 707 weeks ago
nurmisnan · 706 weeks ago
moga selamat semuanya dan cemerlang..
aku plak bila nak sarung kasut England... hik3 stokin jer ada..
My recent post Imbas kembali sejarah Kevin Caster
chii · 706 weeks ago
tetiba teringt plak iklan kat tv..pasal pemain bola sepak bermain bersama2 rodney :p
suri · 706 weeks ago
Juan · 706 weeks ago
My recent post Tip Menabung
bEe · 706 weeks ago
Takde gosip buruk psl dia :-)
DuluLainSekarangLain · 707 weeks ago
suri · 707 weeks ago
tak kisah apa terjadi popularrkan dia bgus juga sb dia kan anak jati Malaysia heee
My recent post Kerana Cinta Akukah Yang Terluka
Yastro 119p · 707 weeks ago
#Yup...kasi up lagi nama anak mesia....
Bie · 707 weeks ago
My recent post Mood Blogging Ku Seru
Yastro 119p · 707 weeks ago
ZZ Agro@Echam · 707 weeks ago
Koi menyinggoh dan follow aok sekali. Jom follow blog koi pulok...
ZZ Agro @ Echam
My recent post Cendawan Goreng Sejuk Beku
Yastro 119p · 707 weeks ago
Pehhh...cayolah echam...
Semoga berjaya... :)
#Koi dh masuk n polo.....
titan · 707 weeks ago
My recent post Sertai Contest: Review Alexa @ Pacifista.my
suri · 707 weeks ago
My recent post Cây Hướng Dương
Nizam · 707 weeks ago
My recent post Kenduri Anok Sedare Pupu