Sesaat sebelum pesawat Red Arrow terhempas

on 12 Oktober 2011


Antara kerjaya yang agak berisiko kat dunia ni ialah menjadi seorang juruterbang. Tak kira la komersial ataupun pesawat pejuang, ianya tetap berisiko tinggi. Sekerap mana pun pesawat itu dijaga dan diselenggara dengan rapi  namun tiada siapa yang dapat menangkis takdir yang telah ditentukan oleh ilahi. Hidup dan mati telah ditetapkan olehNYA, akan berlaku tidak terlambat ataupun tercepat walau sesaat sekalipun. Inilah risiko yang dialami setiap juruterbang tak kira dimana sekali pun didunia ini.


Okeh, lopekan pasal tu dulu. kali ni aku nak kongsi gambar2 pesawat akrobatik Hawk kepunyaan Red Arrow ni beberapa saat sebelum terhempas. Gambar dibawah sekali adalah pancaran cahaya yang keluar dari pesawat Hawk T1 (Red 4) yang dipandu oleh  Flight Let Jon Egging dari pasukan Red Arrow. Red Arrow juga dikenali diseluruh dunia sebagai satu pasukan akrobatik pesawat yang terbaik. Kejadian pesawat terhempas ini berlaku di sebuah perkampungan yang bernama Throop tak jauh dari Bournemouth, England pada 20 Ogos 2011 yang lepas. Peristiwa itu juga turut disaksikan oleh isterinya yang turut berada dilokasi kejadian pada masa itu.

Lokasi pesawat RedArrow terhempas.
Jon Egging
Cahaya/api yang keluar sejurus sebelum pesawat terhempas.


Pesawat Red Arrow, kebanggaan British





Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved