Teks Ucapan Raja Dr Nazrin - Persidangan Kongres Majlis Agama Islam Negeri 2011

on 03 Oktober 2011

Teks Ucapan penuh Raja Dr Nazrin pada Persidangan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011 yang bertempat di Putra World Trade Centre baru2 ni ada di LINK yang aku sediakan ini. Terdapat perkara yang menarik minat aku disini...biarlah korang baca sendiri teks ucapan beliau tu....

Sambil tu aku petik beberapa ucapan yang aku kira menarik... Antara ucapan menarik beliau ialah....
Sebak ketika menyampaikan ucapan...
"Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.


Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.


''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.  (aku pernah nampak di Tawau haritu...gereja yg dipapan tandanya rumah Allah...tp syg tak sempat nak snap gamba)


''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda."


Sumber: Merealisasikan Islam yang Syumul (Utusan)
              Islam Diperalat Untuk Dapatkan Kuasa (Utusan)
Kredit to utusan...he3x!! Utusan lagi....


Antara petikan didalam Utusan....

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim pada sesi sama pula mencadangkan peranan institusi wakaf diperluaskan dengan menubuhkan institusi wakaf korporat di peringkat pusat, negeri dan syarikat milik kerajaan (GLC).


Beliau berkata, "peranan institusi itu seperti Waqaf An-Nur Corporation Bhd. yang ditubuh di bawah naungan Johor Corporation (JCorp) adalah untuk menambah nilai, mengawal dan menghimpunkan harta kekayaan yang kemudian digunakan bagi membina barisan usahawan dan eksekutif perniagaan di peringkat global.


Jelas beliau, menerusi penubuhan institusi itu, ajaran dan nilai mulia Islam dapat diterapkan secara langsung ke dalam amalan korporat dan dapat mengelak penularan budaya tamak dan angkuh yang wujud di kalangan syarikat sekarang.


Tambah beliau, sebuah bank wakaf juga perlu ditubuhkan bagi membantu masyarakat berpendapatan rendah yang kini tidak mampu membayar kadar pinjaman terlalu tinggi yang dikenakan oleh bank-bank konvensional yang mengamalkan riba."

#Kini apa yang dikata itu benar2 memang sedang terjadi. Bahkan lag teruk bilamana penghinaan agam Islam itu dilakukan oleh orang2 Islam yang murtad. Orang yg diluar Islam lagi la..dengan dikepalai bapak Zion (US) dan anaknya si Israel, Islam dan negara2 ditekan kiri dan kanan malah dihimpit dengan pelbagai masaalah. Didalam negara juga sedang berlaku perkara ini...perpecahan umat Islam disebabkan berbeza idealogi teramat ketara. Mampukah kita bertahan didalam 10 tahun lagi?? Wallahualam....hanya DIA yang lebih mengetahui.....
Ranking: 5

Comments (7)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
dalam sangat makna titah tersebut........
My recent post Memperbaharui i/c Yang Dah Lapok
Sedih bila melihat umat islam bergaduh sesama sendiri desababkan perkara duniawi tanpa memikirkan negara..
zaman semakin sampai ke penghujung.. manusia kadang2 terlupa akan realiti sebenar..
semoga negara kita akan kekal aman dan makmur selamanya..
My recent post Baby Walker Cute
Kata2 penuh makna dari tuanku. Harap2 yg ditujukan tu, terasa akan pedasnya....
1 reply · active 701 weeks ago
klu pedas siram air kt mulut ar heee..kata nasihat harus d degar tak gtu bro heeee
My recent post Cara Menangani Mimpi Yang Menakutkan
bila berkata kita juga harus peka pd sekeliling huhu..

pas solat hari raya kt ipoh tak nmpk dia plk..tapi ada nampk ayah dia ar heee
My recent post Sayang Bertutup Itu Tetap Indah
Sekarang memang isu agama dan sejarah dipermain2kan , isu yang tak ada diada adakan, penghina agama senang2 je hina pastu diorang selamat takda kena tindakan apa2 pun
My recent post Gambar Persandingan Nabil dan Nazira di I City Shah Alam
sedihnya bila penganut Islam sendiri yang menghina Islam
tak tahu nak kata apa lagi

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved