Pehhh...tenang je atas keta mainan sambil hembus asap keatas. |
Sebelum ni entri aku ade mengisahkan seekor Orang Utan merokok. Tapi kali ni tentang seorang budak pulak. Tak jauh mana pun...seberang tu je haaa....Citer pasal tabiat merokok ni, kalau dah lepas sekolah dan mampu cari RM sendiri tu kira okeh laa...tapi kalau merokok sejak kecik, camne lak tu? Mak bapak lak boleh melayan kehendak budak kecik tu?? Pehhh.....kalau aku laa........
Rasanya ramai dah tau tentang kisah budak ni. Pernah keluar kat TV3 dan juga paper haritu. Ardi Rizal (Palembang) merokok sejak umur 2 tahun. Kisahnya turut mendapat liputan dari media antarabangsa seperti ABC dan Daily Mail.
Ditemuduga waetawan ABC |
Teruknya ketagihan budak ni merokok sehinggakan dia boleh merokok 2 kotak dalam satu hari (kalah aku siott, pas tu kompom rokok tu jenis Gudang Garam). Sapa yang ajar dia merokok aku pun tak tau, mungkin dia tiru dari kelakuan bapak dia kot.
Ada berita mengatakan dia telah berhenti merokok, namun menurut bapak dia...Ardi pernah mengugut akan merokok kembali jika tidak dibelikan mainan. Menurut bapak dia lagi, Ardi juga pernah "terkantoi" merokok (mase tu dah berhenti merokok) kerana diberi oleh orang kampung. (Huh...tak boleh pakai punya org kampung)
Kat bawah ni ada klip video time dia isap okok ....aman damai siottt...hehehe!!
#Gamaknya salah sapa yerr dalam kes nih?