Bantulah Adik Ini - Tabung Harapan Annisa dan Annur

on 28 Disember 2011

Bantulah Adik Ini - Tabung Harapan Annisa dan Annur!!

Terima kasih kepada Pangkin4rest yang telah mewar2kan maklumat ini. Serius...aku tak tahu apa2 pun tentang adik ini. Bila aku masuk ke blog http://www.hope2walk.blogspot.com/, baru lah aku tahu dan faham cerita sebenar. Rasa sedih bila melihat anak2 kecil berjuang untuk meneruskan hidup. Aku harap kawan2 aku, silent reader atau sesiapa saja yang mampu dapat memberi atau menghulurkan sedikit sebanyak bantuan bagi merealisasikan Tabung Harapan Annisa dan Annnur ni. Tq.

ANNISA ‘PERGI’ SEBELUM SEMPAT KE HOSPITAL ERKANG
(dikeluarkan pada media pada 22hb Disember 2011)
Bantulah Adik Ini - Tabung Harapan Annisa dan Annur
Setelah hampir sebulan, kempen ‘Hope2Walk’ iaitu Tabung Harapan Annisa dan Annur dilancarkan bagi mengumpul dana RM500,000 untuk membawa sepasang cahaya mata aktivis gerakan massa dan kartunis, Ronasina (Mohd Affandi Ramli), hari ini salah seorang anak istimewa yang mengalami kecacatan Cerebral Palsy (Brain Injury / Lumpuh Otak) adik Annisa menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat mendapat rawatan pemulihan awal di Hospital Erkang, Beijing, China.

Adik Annisa, 10 tahun dan adik Annur, 8 tahun dijangka diterbangkan ke hospital pakar di China untuk mengikuti program pemulihan fisioterapi dan latihan intensif selama 18 bulan sebelum menyambung rawatan pemulihan dan persekolah khas di Neuro Developmental Treatment Charity (BIRD), United Kingdom. Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Jamek Kajang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang selepas waktu zohor.

Perjuangan adik Annisa dan adik Annur mendapat sokongan meluas di laman sosial termasuk facebook, twitter dan blog. Media massa dan elektronik turut memberikan liputan khas dengan kemunculan pasangan istimewa ini di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada sebalah pagi tadi dan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada jumaat lalu. Duta ‘Hope2Walk’, pemain bola sepak kebangsaan yang juga Kapten Pelita Jaya, Indonesia, Safee Sali akan pulang ke Kuala Lumpur dari Jakarta esok (23 Disember 2011) bagi menziarahi pusara adik Annisa. 
  
Bagi memastikan adik Annur dapat menyambung perjuangannya dan kakaknya Annisa untuk dapat bergerak seperti kanak-kanak normal yang lain setelah terlantar sejak lahir bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik, pasukan sukarelawan ‘Hope2Walk’ yang dianggotai oleh ibubapa pesakit Cerebral Palsy, aktivis masyarakat, karyawan, budayawan, sasterawan dan ahli media merayu sumbangan segera untuk mencukupkan dana yang hanya terkumpul sebanyak RM35,000 setakat hari ini supaya rawatan adik Annur dapat disegerakan selewat-lewatnya bulan Januari 2012. Pihak yang berminat untuk menyumbang boleh mengubungi sukarelawan Nashita Md Noor di talian 013 209 6373.


Allahyarhamah Adik Annisa

# Aku harap akan ada pihak2 korporat yang dapat membantu meringankan beban adik Annur sebelum terlambat. Sila masuk ke laman web yang aku linkkan diatas untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved