Wanita DiHukum Gantung Sampai Mati - Hudud di Iran

on 29 Disember 2011

Seorang wanita di Iran dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan bersubahat dalam membunuh suami dan melakukan zina. Inilah berita yang pernah dimainkan oleh pihak barat satu waktu dahulu. Mereka menentang hukuman ini atas alasan "kemanusiaan". Negara2 disebelah timur telah lama mengamalkan undang syariah bagi penganut agama Islam. Gamaknya bila la Malaysia nak melaksanakan hukuman seperti ini yerr. Tapi, harus kita ingat, jangankan nak laksanakan undang2 Islam...kes2 yang berkaitan dengan orang Islam dan agama Islam pun nak dirujuk di Mahkamah Sivil... Ape cerita??[Betulkan jika aku salah]


TEHERAN - Pihak berkuasa Iran, kelmarin, dilaporkan akan meneruskan rancangan menjalankan hukuman mati ke atas seorang wanita atas kesalahan berzina dalam kes yang dicemari campur tangan masyarakat antarabangsa. Namun, Iran mungkin akan menjalankan hukuman itu melalui tali gantung berbanding hukuman awal iaitu rejam sampai mati.

Tertuduh, Sakineh Mohammadi Ashtiani kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan berasingan iaitu bersubahat untuk membunuh suaminya. Iran menangguhkan hukuman rejam ke atas Sakineh, Julai tahun lalu selepas kes wanita itu mendapat perhatian media antarabangsa dan mencetuskan kritikan oleh negara Barat.

Jabatan kehakiman dan undang-undang Islam negara itu sedang mengkaji sama ada hukuman rejam sampai mati yang sepatutnya dikenakan ke atas Sakineh boleh diubah kepada hukuman gantung bagi mengelakkan salah anggap mengenai undang-undang Islam.

Sakineh disabit bersalah atas dakwaan berzina pada 2006 selepas pembunuhan suaminya dan wanita itu kemudian didapati turut bersubahat dalam pembunuhan itu.

Sumber - Sinar Harian


 Sakineh Mohammadi Ashtiani

Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved