Akhir Badminton Terbuka Korea - Chong Wei vs Lin Dan
1. Pertembungan final Terbuka Korea membabitkan Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan hari ini, menjadi pentas terbaik jaguh badminton kita itu meraih suntikan semangat awal ke atas seteru utamanya itu.
2. Chong Wei, 29, mara ke final buat kali keempat berturut-turut pada kejohanan termahal yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3 juta) itu apabila mudah menundukkan naib juara Terbuka Macau, Du Pengyu dari China 21-8, 21-13 dalam tempoh 37 minit.3. Lin Dan, juara dunia empat kali yang membenam Chong Wei dalam empat daripada lima pertemuan sepanjang tahun lalu menewaskan Sho Sasaki dari Jepun 21-16, 21-14 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir sesama pemain kidal yang berlangsung selama 47 minit
4. Apabila Chong Wei dan Lin Dan turun ke gelanggang petang ini, ia adalah pertemuan ke-27 antara mereka dengan bintang China itu nyata begitu unggul memegang kelebihan rekod keseluruhan 18-8 sejak 2004.
5. Gelaran pembuka tirai 2012 di Seoul adalah cukup penting dan tiba tepat pada masanya untuk Chong Wei memberi peringatan kepada kedua-dua jaguh negara tembok besar itu bahawa dia masih merupakan pemain harus digeruni mereka biarpun rekod pertemuan tahun lalu tidak memihaknya.
6. Jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock ketika dihubungi menyifatkan pertemuan itu tetap 50-50 walaupun anak didiknya tewas tiga pertemuan terakhir kepada pemenang emas Sukan Olimpik itu di final Kejohanan Dunia dan separuh akhir Terbuka Hong Kong dan China.
7. Seu Bock juga menegaskan anak didiknya perlu tampil lebih agresif dan lebih kuat dari aspek fizikal kerana pergerakan bulu tangkis yang digunakan agak perlahan yang mengganggu rentak permainan kerana ia sukar dimatikan dan mudah diangkat lawan.
Sumber - Utusan dan Berita Harian
# Apapun pasti semua rakyat Malaysia akan tetap menyokong DLCW di belakang. Berita terkini...rubber set DLCW tgh leading...huhuhuhu