Yess....bonus berganda untuk pemain dan rakyat Malaysia hari ini. Berita tersebut ialah kemenangan Chong Wei menumpaskan pemain Jepun Kazushi Yamada. Dan satu lagi ialah kekalahan Lin Dan ditangan pemain Denmark iaitu Jan O Jorgensen. Ikuti berita penuh dibawah....
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri kejuaraan kelapan Siri Super Terbuka Malaysia apabila melangkah ke suku akhir perseorangan lelaki di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, Khamis. Pemain nombor satu dunia itu mudah menewaskan lawannya Kazushi Yamada dari Jepun pada set pertama 21-8 namun kehilangan fokus pada set kedua sehinggamembenarkan Yamada mendahului 12-4. Bagaimanapun, pilihan utama kejohanan itu berjaya bangkit untuk akhirnya memenangi perlawanan dengan mata 21-18.
"Masa set kedua saya sedikit hilang fokus, mungkin kerana ada gangguan 'angin' yang kuat (di gelanggang) jadi saya sedikit takut untuk bermain seperti biasa," katanya kepada media selepas perlawanan. Beliau dijadualkan bertemu pemain Indonesia Taufik Hidayat pada peringkat suku akhir pada Jumaat. Taufik pada Khamis mengetepikan saingan pemain Vietnam Nguyen Tien Minh 21-11,21-14.
Dalam satu lagi perlawanan perseorangan lelaki, Jan O Jorgensen dari Denmarkmelakukan upset dengan mengalahkan pemain nombor dua dunia Lin Dan dari China14-21, 21-15, 21-15. Jorgensen, yang menggambarkan kejayaan itu sebagai 'kemenangan paling besar buat dirinya", berkata mengalahkan Lin Dan adalah lonjakan baginya selepas mengharungi tahun yang agak sukar pada musim lepas.
"Lin Dan adalah pemain yang sangat sukar untuk dikalahkan. Saya kalah kepadanya di China tahun lepas, namun pada kali ini, saya dan jurulatih merancang permainan yang berbeza, dengan memperbanyakkan pukulan tajam di jaring dan cuba menang dalam pukulan rali," kata pemain itu yang mengalami masalah jantung selepas kematian ibunya tahun lepas. Bagaimanapun, Jorgensen mengakui bahawa Lin Dan mungkin keletihan selepas bermain dalam beberapa siri kejohanan sejak tahun lepas. Pemain berusia 25 tahun itu akan berdepan satu lagi saingan sengit pada Jumaat dengan menentang seorang lagi pemain dari China, Chen Jin di peringkat suku akhir. - BERNAMA
Keputusan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, Khamis 12/01/2012
BERIKUT adalah keputusan perlawanan pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 yang melibatkan pemain Malaysia di Stadium Putra.
Perseorangan Lelaki:
Lee Chong Wei (MAS) mn Kazushi Yamada (JPN) 21-8, 21-18;
Perseorangan Wanita:
Juliane Schenk (GER) mn Tee Jing Yi (MAS) 21-18, 21-6;
Beregu Lelaki:
Markis Kido/Hendra Setiawan (INA) mn Mak Hee Chun/Ong Soon Hock (MAS) 21-16, 21-13;
Beregu Wanita:
1. Vivian Hoo/Khe Wei Woon (MAS) mn Anneke Feinya Agustin/Nitya Krishinda Maheswari (INA) (tarik diri)
2. Chin Eei Hui/Wong Pei Tty (MAS) mn Eom Hye Won/Jang Ye Na (KOR) 21-18, 21-14;
azli.afzainizam · 687 weeks ago
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip kereta semasa banjir
Yastro 119p · 687 weeks ago
Bie · 687 weeks ago
My recent post Singgah Town Ke Kampong Ayer
Yastro 119p · 687 weeks ago
chii · 687 weeks ago
My recent post Apa Yang Penting..Kerjasama
Yastro 119p · 687 weeks ago
#Bergu campuran dah kalah dah.... :(
tehr · 687 weeks ago
My recent post Badminton Terbuka Malaysia 2012 | Musuh Baru Chong Wei
Yastro 119p · 687 weeks ago
suri · 687 weeks ago
Yastro 119p · 687 weeks ago
My recent post Bayaran RM500 BR1M Bermula 15 Januari 2012
papabear · 687 weeks ago
My recent post Perception
Yastro 119p · 687 weeks ago
My recent post Bayaran RM500 BR1M Bermula 15 Januari 2012
suri · 687 weeks ago
khairul · 687 weeks ago