Kelab Khairul Fahmi KKFCM - kene bayar RM250?

on 10 Januari 2012

Satu lagi berita sensasi dari pemain ternama negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Kali ni berkenaan dengan berita tentang penubuhan kelab peminat beliau iaitu Kelab Khairul Fahmi Che Mat [KKFCM]. Satu usaha yang bagus untuk merapatkan tali silaturrahim antara pemain dan peminat, cuma satu jer yang tak berapa sedapnya bila...........


Rasanya tiadalah ahli sukan yang lebih ‘famous’ dan glamour dewasa ini kecuali penjaga gol kebangsaan kita, Khairul Fahmi Che Mat.
Dia bertunang, heboh satu Malaysia…apatah lagi bila dia putus tunang.
Lebih kecoh bila kisah ‘skandalnya’ terdedah dalam internet.
Khairul Fahmi yang dikenali sebagai Apex juga menjadi rebutan majalah-majalah yang ada di pasaran.
Mungkin disebabkan itu, sebuah kelab peminat ditubuhkan atas namanya iaitu Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM).
Namun yang membuatkan penulis tersedak, mereka yang berminat perlu membayar sebanyak RM250 untuk menjadi ahli kelab tersebut!
Mereka dibawah 18 tahun pula RM150.
Difahamkan setiap penyertaan akan disediakan sijil penyertaan, baju kelab, topi, pelekat kereta dan insuran perlindungan diri.
Penulis tak tahulah sama ada penubuhan kelab itu dibawah pengetahuan Apex atau tidak tetapi rasanya yuran itu agak tinggilah.
Zaman sekarang ini kerajaan dah suruh kita berjimat cermat tau.
Tetapi penulis yakin, bagi peminat yang ‘hardcore’, RM500 pun mungkin mereka sanggup.
Apapun diharap janganlah ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas populariti Apex itu.
Dan Apex sendiri, sekiranya dia memang setuju dengan penubuhan kelab ini, diharap dapatlah berbuat sesuatu agar yuran itu dapat direndahkan lagi.
Tapi kalau dia sendiri pun beriya-iya nakkan RM250, nak kata apa lagikan? – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Bagi aku la...minta maaf dulu eh, kalau tersalah bahasa, usaha ni sebenarnya usaha yang bagus tetapi dengan cara yang begini aku rasa, ianya agak merugikan KKFCM sendiri. Hanya peminat2 sejati sahaja yang akan masuk dan join aktiviti kelab ni. Kos yuran juga agak membebankan sedikit. Kecuali pada mereka2 yang memang dah bekerjaya dan tak ada masaalah dengan kewangan. Sedikit info tentang kemasukan dan kelebihan menjadi ahli kelab KKFCM ialah.....


#Tambahan kepada pakej rm250 Gold itu ialah RM150 untuk pakej Platinum dan RM60 pula untuk pakej Silver. Mak aihhh...siap ada pakej lagi tu....Setiap penyertaan akan disediakan baju kelab, topi, sticker kereta, dan insuran perlindungan diri. Antara aktiviti lain yang dikatakan akan dijalankan dimasa akan datang;
1.  Pakej Umrah Bersama Khairul Fahmi Pada Pertengahan Bulan Febuari 2012.
2.  Pakej Kembara 1Malaysia Bersama Khairul Fahmi Pada Awal Bulan Mac
3.  Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Dan Mengumpul Dana Bagi Madrasah Darul Furqan  Bersama Khairul   Fahmi


Bila ada khabar2 angin mengatakan kemungkinan Khairul Fahmi sendiri tak tahu menahu langsung tentang penubuhan kelab ni, aku pun cuba check di senarai staff kelab tersebut, hasilnya seperti dibawah....
Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat


# Agak ramai jugak staff kelab KKFCM ni..bagi aku mustahil bila kita nak kata Khairul Fahmi tak tahu menahu langsung tentang isu ini...tapi tak tau la kalau2 ade orang guna nama beliau jerr....
# Aku - Sokong dari jauh je dah laa....:)


Sumber - MyNewshub
Nak join Kelab Khairul Fahmi Che Mat? - http://www.mykhairulfahmi.com/
Ranking: 5

Comments (16)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
eemmmm Khairul Fahmi mmg popular tapi nak jadi ahli club macam tu mahal mmg tak joint lahhh aku ni.... banyak benda lain aku nak buat dengan duit sebanyak itu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip tersalah isi minyak kereta

My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
1 reply · active 689 weeks ago
Hehehe...betul bro...keutamaan kpd keluarga lg penting wooo... :D
Biar betul! Apek tau ke pasal ni? Entah2 ada yg nak ambil kesempatan
My recent post Google Melancarkan GMBO Untuk PKS Tempatan
1 reply · active 689 weeks ago
Entah la bro...tak bape pasti pulak aku...
aku lebih kpd x menyokong kelab ni...kaki club bolehla nak byr mcm tu...tengok pe jadi nanti.haha...
My recent post Rabu Yang Bisu #26 - Bluetooth & Wi-Fi
1 reply · active 689 weeks ago
Hehehe....aku mmg x dpt bg komitmen pd mende2 cam ni...same gak arr bro... :D
jgn ada yang menyalahgunakan nama sudah la ye..mcm kes yg berlaku pada tiz zakiyah baru2 ni
My recent post Kesilapan Usahawan Melayu
1 reply · active 689 weeks ago
tiz zakiyah...rase cam ade denga...tp x bape jelas sangat laa... :)
Tak apa lah kita sokong dari jauh sahaja sebab banyak perkara lain perlu difikirkan. :-)
My recent post Pengalaman anak jatuh sakit
1 reply · active 689 weeks ago
Yup bro...keluarga, kerja...hrmpp....tak sempat la nak layan kelab2 mcm nih.... :)
takpelah..tak mampu..bukan leh selalu join aktiviti kelab pun..
My recent post Keputusan terkini Liga Super 2012 – Selangor seri dengan Negeri Sembilan.
1 reply · active 689 weeks ago
Sama la bro...byk xtvt lain yg perlu diberi perhatian selain kelab2 mcm nie... :D
aku baru tahu juga ni, yas
rasa macam mahal je
My recent post Duit Syiling Baru Siri Ketiga
1 reply · active 690 weeks ago
Tu la sokong dri jauh je jawabnya hehe...
My recent post Tekena Infection
1 reply · active 690 weeks ago
Hehehe...same la kite Bie.... :)
My recent post Batu Emas DiKg Melayu Majidee

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved