Intro Pengalaman Kena Dende di Sekolah - Blog Titan|Earncent.com

on 10 Januari 2012

Start dari tadika yang telah berlalu berpulu-puluh tahun dahulu. Aku...seorang lelaki yang pendiam, malahan agak pemalu. Di situ lah bermulanya Pengalaman Aku Kene Denda di Sekolah. Hard disk dalam kepala aku berputar laju, mengimbau kenangan-kenangan yang berlalu begitu lama, satu kenangan yang harus aku kongsikan disini kerana ianya bukan saja untuk tatapan rakan blogger ataupun silent reader malahan ianya juga bakal menjadi tatapan untuk anak-anak dan juga cucu cicit aku dimasa akan datang. Insyaallah.

Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah blog Titan earncent
Gambar ni bukan untuk contest Pengalaman kene denda di sekolah ekk...

Tapi, sebenarnya aku memang tak dapat ingat langsung peristiwa kene denda kat sekolah semasa di tadika dulu. Apa yang aku ingat ialah perjalanan pergi dan balik sekolah jer, pas tu pergi jenjalan kat KL. Masa tu dapat pergi KL pun macam dah pergi ke oversea dah..ha3x!! Seperti biasa, aku hanya berjalan kaki sahaja ke tadika yang jaraknya lebih kurang 1 kilometer dari rumah aku. Sekali sekala jika arwah abah aku habis kerja awal, dia akan datang dengan vespa yang sangat klasik tu. Jauh? Ehhh...kalau zaman aku dulu, biasa beb!! Kami semua lasak sebab terdedah dengan aktiviti fizikal yang mencabar. Permainan zaman dulu juga susah kita nak tengok bebudak zaman sekarang main. Malah hampir tiada lagi rasanya. Sedih gak ni beb....Tapi, kenkadang ade jugak yang kreatif dengan membuat/mereka bentuk permainan zaman dulu disesuaikan dengan sentuhan baru pulak mengikut citarasa terkini...ha3x!!! Kenkadang nampak lawak jugerr.

Kembali ke Pengalaman Aku Kene Denda DiSekolah dulu, kita tinggalkan kisah aku masa di tadika tu. Nak bercerita camne kan kalau dah tak hengat, baik aku cerita pengalaman kene denda semasa di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Haaa...bila masuk time dah beso sikit ni, baru la "hard disk" aku boleh ingat sikit-sikit. Tu pun dalam jelas ngan tak jelas jerr...he3x!!

Kisah kene denda semasa di sekolah rendah, ade...tapi aku tak nak kongsikan disini. Sedih pun ada rasanya..Memang ada satu pengalaman yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila, kerana ianya membabitkan orang lain yang telah tiada. Tak tahu la di masa akan datang aku nak bercerita pulak kisah kene denda masa tu.


Jap...jap...sejak kebelakangan ni,  aku memang suka kepada SEO, walaupun aku bukan pakar SEO. Cari, tanya dan belajar...walaupun sikit insyaallah korang yang baru2 ni pasti akan berjaya. Sebab tu kalau kengkawan blogger semua tengok posting dalam blog ni laju semacam jer. Ye la, dah masuk tahun ke 3 YastroOnLine ni di alam maya. Aku kene ubah sikap aku dari hanya tunggu trafik ciput, kepada trafik yang lebih berdengung. Bila trafik berdengung, baru la rasa syoknya blogging. Saat itu baru la tahu, nikmatnya SEO dan juga SERP...aku cuma tahu sebut jer, tapi aku tak tahu nak hurai. Nak tahu lebih lanjut, sila la korang search sendiri...contoh  nak bermain/bertanya dengan SEO ni ialah Forblogger.net yang dikendalikan oleh bro Shah. Tapi aku cuba juga jaga dan kawal diri aku dari terlebih-lebih, bahaya juga tu. Seronok sangat bila trafik berada di first pagekan....dan itulah tujuan sebenar kita berblog. Kita jerr??...Sama juga keadaannya bagi orang lain, tak kira la blog info ke, blog politik ke, blog agama ke atau blog personal...kecuali kepada beberapa individu yang tidak memasang ads/iklan dalam blog mereka. Hahaha...yang tu memang terkecuali.

Bila bermain dengan SEO, aku suka cara rakan blog si titan yang kacak tu. Nak-nak kene lawan keyword dari blog dia...pehhh lagi susah wooo. Aku tahu, calon utama untuk pertandingan keyword Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah kat blog Titan ni bakal di  kuasai oleh pakar-pakar SEO, Contohnya si Titan sendiri, Cik Tom, Bluedianthus dan beberapa nama yang lain...he3x!! Tapi aku tak kira, aku nak jugak cuba dengan entri intro Pengalaman Kene Denda Di Sekolah, contest yang dibuat oleh Titan yang Kacak nih. Errr...ada lagi tak kengkawan yang nak join? Setakat ni aku tengok dah ada 6 orang yang join contest Pertandingan Pengalaman Kene Denda di Sekolah nih. Insyaallah, lepas ni akan ada entri sebenar Pertandingan Pengalaman Kene Denda di Sekolah oleh blog Titan, earncent.com
Adiozzz.....aku nak rehat jap....banyak tul aku membebel hari nih...hahahaha
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved