Keputusan untuk Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM] bakal keluar pada minggu hadapan, 26/01/2012 bersamaan hari Khamis. Calon-calon yang telah mengambil peperiksaan STAM pada tahun 2011 yang lepas, pastinya dalam keadaan yang sangat berdebar. Tekanan kini sudah berada di peringkat terakhir, segala usaha dan penat lelah akan terjawab tak lama lagi.
Suka, duka
Apapun keadaannya, tabah lah menghadapi tarikh tersebut. Insyaallah, dikatakan pada jam 10 pagi [tarikh tersebut 26/01/12] sejumlah 8,499 orang calon sudah boleh mendapatkannya di sekolah masing-masing. Itulah kenyataan dari Lembaga Peperiksaan Kementerian Malaysia pada hari ini.
Dari 8,499 orang calon tersebut, sejumlah 3,782 calon dari Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2,569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri dan 649 calon Sekolah Agama Rakyat. Kenyataan itu turut menyebut 1,462 calon persendirian dan 37 calon sekolah menengah swasta yang menduduki STAM akan menerima keputusan masing-masing melalui pos atau mereka juga boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan keputusan masing-masing.
Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM [angka giliran] dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan mulai 10 pagi, 26 Jan ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam, 1 Feb 2012.
Penghantaran mesej ini dikenakan caj iaitu 15 sen penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan dengan keseluruhan kos 35 sen.
BERNAMA
Update: Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM] 2012, 30 Januari 2013
# Teringat kepada rakan2 aku [first badge] di Sekolah Agama Al Falah Batu Talam, Raub, Pahang. Lama betul tak jumpa derang nih...selalunya aku je yang agak sibuk...hrmphhh.. Tahniah kepada mereka yang telah menjayakan penubuhan dan pendaftaran alumni sekolah tersebut. Semoga Allah S.W.T meberkati usaha kalian semua. Aminn.