Kiamat?- Satelit Russia Menghempas Bumi

on 15 Januari 2012

Kiamat?- Satelit Russia Menghempas Bumi
Satu berita yang agak mengejutkan bila satelit Russia Phobos-Grunt dijangka akan menghempas ke bumi pada hari ini 15/01/2012. Lokasinya pula tidak diketahui kerana aku difahamkan yang saintis angkasa Russia enggan meramalkan lokasi tempat jatuh Phobos-Grunt itu. Jadi awasilah, objek-objek yang luar biasa yang "mungkin" melintasi ruang udara bumi kita hari ini.- Mintak2 jangan la jatuh kat sini ehhh....
Sumber, Sinar Harian Online...


Phobos Grunt- Semasa didalam peringkat pemasangan
SHAH ALAM - Pakar-pakar meramalkan yang prob Phobos-Grunt bagi misi ke Marikh yang gagal berfungsi akan jatuh semula ke bumi hari ini. Gambaran artis menunjukkan bagaimana bahan api dari tangki bersalut aluminium pada kapal angkasa itu terbakar ketika memasuki atmosfera bumi, kata satu lapor portal Pendidikan Sains Angkasa. Beberapa media asing juga membawa laporan itu sejak semalam.

Kapal angkasa Phobos-Grunt yang terkandas di orbit bumi tidak lama selepas ia dilancarkan pada 8 November lalu yang kemudiannya mengelilingi bumi dalam keadaan semakin rendah dari hari ke hari.  Kata portal itu, pegawai-pegawai dari Agensi Angkasa Russia dipetik berkata yang prob itu akan memasuki atmosfera panas bumi pada hari ini.

“Serpihan Phobos-Grunt dijangka akan jatuh pada 15 Januari 2012. Tarikh sebenar mungkin berubah disebabkan faktor-faktor luaran,” kata Alexei Zolotukhin, jurucakap pasukan tentera angkasa Rusia kepada agensi berita Rusia. Phobos-Grunt adalah sebuah kapal angkasa yang besar dengan berat 14.5 tan.  Sebahagian dari beratnya adalah terdiri daripada bahan api hidrazina toksik, yang menyebabkan sesetengah pemerhati bimbang tentang potensi impak terhadap alam sekitar yang akan muncul ketika proses kemasukkan semula. Pegawai-pegawai angkasa Rusia telah berulang kali menyatakan kebimbangan tersebut, kata portsl itu.
Gambaran Artis
Ia menambah, bagaimanapun bahan api yang bersalut di dalam tangki aluminium mungkin terbakar di atmosfera bumi yang tinggi. Malah menurutnya, kebanyakkan serpihan Phobos-Grunt akan menemui nasib yang sama di mana pakar-pakar meramalkan antara 20 hingga 30 serpihan dengan berat maksimum 400 kilogram akan terhempas ke tanah atau air. "Di mana serpihan-serpihan itu akan terhempas adalah sukar untuk dikatakan pada masa ini kerana penganalisis tidak mengetahui masa yang tepat untuk Phobos-Grunt masuk semula ke atmosfera bumi.
Kiamat?- Satelit Russia Menghempas Bumi
"Sehingga kini, kebanyakkan tempat di bumi adalah mempunyai potensi yang sejajar," kata tulisan portal itu. “Kami hanya mengetahui ianya akan terhempas antara 51 darjah Utara dan 51 latitud Selatan,” kata Brian Weeden, penasihat teknikal di Yayasan Keselamatan Dunia, dipetik berkata. 'Kematian' Phobos-Grunt adalah begitu rapat dengan dua lagi satelit lain yang jatuh secara tidak terkawal baru-baru ini iaitu satelit iklim UARS milik NASA dengan berat 6.5 tan yang masuk semula dan jatuh ke Lautan Pasifik pada September lalu dan satelit ROSAT milik Jerman dengan berat 2.7 tan yang jatuh ke Lautan Hindi sebulan kemudian.

Misi Phobos-Grunt yang bernilai AS$165 juta bertujuan untuk mengambil sampel tanah dari permukaan sebuah bulan planet Marikh iaitu Phobos dan menghantarnya kembali ke bumi. Enjin utama kapal angkasa itu tidak terbakar seperti yang dirancangkan untuk memacu Phobos-Grunt ke planet Merah dan menyebabkan ia terkandas di orbit bumi. Walaupun telah mencuba berulang kali, kata portal itu, jurutera tidak dapat berkomunikasi dengan kapal angkasa berkenaan dan pakar berfikir Phobos Grunt 'mati' dalam air.


Ranking: 5

Comments (16)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
saya sudah membayangkan betapa dahsyat_nya satelit itu menghampas bumi..sungguh yang naas sekali.
My recent post Obat tradisional kanker hati
bahaya nie,,,,harap biar dia terhempas lautan pasifik,,,,
My recent post iPhone, iPad dan iPod Touch : Daftar iCloud dengan iOS 5
1 reply · active 694 weeks ago
Rasanya dh jatuh kat lautan dah... :)
huhu..harap terhempas jauh-jauh dari banting..
My recent post Komisen ke 10 dari 701panduan
moga2 dijauhkan dari kita semua..
My recent post Pengalaman Kena Denda Di Sekolah
Rusia ni macam2 betul la,... masa lancar tak pernah dengar apa berita pun, last2 bila nak jatuh sebab rosak baru nak kecoh2...
My recent post Backlinks Part 1
1 reply · active 695 weeks ago
tu la pasal..ishk..seram plak dibuatnya..tp harp2 bukan di malaysia la kan
My recent post Pengalaman Kena Denda Di Sekolah
jatuh kat laut la ok
aku risau juga coz dah beberapa bulan aku perhatikan satelite
kat area Brunei nih atas kepala jer.. Ni skrg dekat juga atas
bumbung umah... satelite saper punya entah ler.. .
My recent post Khasiat manggis penawar penyembuh ulser perut, mulut dan usus
1 reply · active 695 weeks ago
kalau betul2 jatuh pun, harapnya jatuhlah di tempat yg sepatutnya...kat israel ke, rumah menteri penipu ke...jangan le jatuh kat tempat org2 susah :)
My recent post Video Gersang Kekasih Kepada Kekasih
ntah2 jatuh kat mereka balik..dah benda tu rusia yg punya
jn je tesasar jatuh kat tmpt kita dah..
My recent post Singgah Town Ke Kampong Ayer
kepunyaan rusia, biar la jatuh kat rusia je
My recent post Badminton Terbuka Malaysia 2012
Assalam..minta di jauhkan dari negara kita ..nak jatuh.. jatuhlah di padang pasir tak berpenghuni...
My recent post Bukti ilmiah Terbaru Berkaitan Daging Babi
betul, jgn terbabas kat tempat kita sudah.
My recent post Lee Chong Wei Tahniah
Banyak satelit yang sudah uzur diangkasa lepas tunggu masa untuk menghempas ke bumi.
My recent post Gambar statik yang senyum

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved