KD Mutiara Terbakar di Limbungan MMHE

on 15 Januari 2012

KD Mutiara Terbakar di Limbungan MMHE
Satu demi satu kapal milik TLDM menjadi rangka yang tidak boleh lagi digunakan. Terbaru kes KD Mutiara yang terbakar dilimbungan MMHE pastinya menjadi topik hangat di kalangan peminat ketenteraan, blog dan juga paper. Kewajaran aset TLDM ditambah bukan hanya dibaiki terus menjadi persoalan. Mampukah kita hanya memerhatikan sahaja aset -aset yang sudah uzur ini meneruskan perkhidmatan mereka? Selama manakah kapal itu mampu bertahan? 


Aku tahu, kita mempunyai kemampuan untuk membaik pulih kapal lama seperti KD Mutiara ini, tetapi tempoh 35 tahun bukan satu tempoh yang singkat, andainya diukur dengan usia manusia sendiri pun aset ini dah dikira berada ditahap veteran, apetah lagi bagi "besi yang terapung dilautan selama 35 tahun". Bagi aku, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia/TLDM  menetapkan dan menjadualkan pembelian aset~aset baru TLDM bagi menggantikan kapal yang sudah berusia ini. Lagipun banyak kapal TLDM yang telah diserah kepada APMM masih lagi didalam ruang yang lompong. Abaikan kelantangan pembangkang dalam hal2 keselamatan negara!!!




Antara petikan berita yang aku simpan....

@ Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak menolak kemungkinan kebakaran Kapal KD Mutiara yang sedang dibaik pulih di dermaga Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE) Pasir Gudang berpunca dari percikan api kerja-kerja kimpalan.
@ Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar bagaimanapun berkata, punca sebenar kejadian yang hampir memusnahkan kapal pengukuran hidrografi serta oseanografi itu sedang disiasat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama MMHE.
@ KD Mutiara berada di bawah seliaan MMHE selepas dihantar untuk dibaik pulih sejak November lalu. Ia dibaiki bagi meningkatkan jangka hayat kapal yang sudah berusia 35 tahun itu. Tiada krew TLDM berada dalam kapal ketika itu.
@ "Setakat ini kita percaya ia berpunca dari percikan api akibat kerja-kerja kimpalan sebelum merebak dan terbakar. Bagaimanapun, semua peralatan sensitif yang berkait dengan peranan KD Mutiara sebagai kapal hidrografi serta oseanografi telah dileraikan sebelum ini.
@ "Sejauh mana kerosakan dialami hanya dapat dinilai selepas siasatan terperinci selesai tetapi TLDM masih berkeyakinan, kebakaran tersebut tidak merosakkan keseluruhan kapal. Kita percaya KD Mutiara masih boleh dibaiki dan akan kembali melaksanakan tugasnya selepas ini.
@ Dalam pada itu, Abdul Aziz mengakui TLDM kini berdepan cabaran besar kerana kebanyakan kapal yang ditugaskan bagi menjaga perairan negara telah melewati usia 30 tahun dan adalah menjadi keperluan agar kapal perang baru serta canggih diperoleh dengan segera.
@ "Bagaimanapun kami sedar ia bergantung kepada bajet kerajaan dan keperluan mendesak kini lebih kepada bidang lain, justeru TLDM akan bertindak dengan penuh profesional bagi menyelenggara dan menaik taraf kapal sedia ada agar ia tidak mengganggu tugas kita mengawal negara.
@ "Jadi, nasihat saya kepada pihak di luar sana jangan hanya pandai mempertikai setiap kali perolehan aset baru dibuat oleh kerajaan. Lihat juga kepentingan dan keperluan TLDM terhadap aset tersebut demi menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara kita," katanya




@ “Sejurus kebakaran, beberapa pasukan bertindak kecemasan (ERT) dibantu tiga kilang berhampiran bertungkus-lumus membantu memadam kebakaran, namun tidak berjaya mengawal api ketika menunggu pasukan bomba dan penyelamat tiba. “Kapal berkenaan rosak di bahagian depan dan kita masih belum dapat memastikan anggaran kerugian, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan pencemaran berlaku dalam kejadian itu.
@ Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Johor Bahru yang juga Pegawai Operasi Kebakaran, Raja Saiful Iswandi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.00 malam sebelum 12 jentera membabitkan 60 anggota dikejarkan ke lokasi.
@ Pasukan pertama membabitkan dua jentera dari Pasir Gudang tiba 10 minit kemudian manakala selebihnya dari Johor Jaya dan Johor Bahru.“Kami sukar memadamkan api berikutan terdapat beberapa ruang kecil di dalam kapal yang mudah terbakar. “Bagaimanapun, kami mengawal api sekitar jam 11 malam dan memadamkan keseluruhan kebakaran kira-kira jam 3.30 pagi.


Spesifikasi Kd Mutiara.
Displacement: 1905 tons standard, 1949 tons full load
Dimensions: 71.15m x 13.52m x 4.75 m
Guns: Fitted for 1 x 20mm.
Electronics: 2 Racal 1226/1229 Navigation Radar, I Beam, Multi-beam Echo Sounder Atlas Hydrosweep MD 2/30 kHz, Deep Sea Echo Sounder Atlas Deso 25, Sound Velocity Probe 10 Inch, Motion Sensor DMS 3-05, Expandable Bathymetry Thermograph (XBT), 2 X Side Scan Sonar Klein 3000
Propulsion: 2 X Deutz SBA 12M 528 diesels, 1 controllable pitch propeller
Speed: 16 knots, range 8334Km at 16 knots
Crew : 155
Aircraft: platform aft.
Ranking: 5

Comments (11)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
gambar yg dipaparkn ini adakah KD Mutiara? tidak silap sy,KD Mutiara no. pennant 151
Maaf kerana siaran terlewat.....aku ex- RO pernah berkhidmat di KD Mutiara, walaupun usia kapal ni 35thn tapi masih elok berfungsi....tugas utamanya ialah hidrografi. Kalau beli kapal baru pun bagus juga...tapi itu lah...ada je kerajaan beli kelengkapan tentera yang terbaru....puak-puak di sana tu mulalah menyalak..menyalak...menyalak. ....Ingat tak masa kereta nasional mula-mula nak dibuat......puak-puak itu lah yang menyalak kehulu, menyalak kehilir.....last-last sekali mereka juga yang memiliki kereta nasional yang terhebat iniiiiii.
ada terdengar pasal ni...xde gambo terbako ke?huhu...
My recent post Video Gersang Kekasih Kepada Kekasih
1 reply · active 687 weeks ago
Maleh dah aku nak cari.... :)
My recent post DRB Beli PROTON - Kecoh Betul La Web Ni!!
kapal baru atau lama bukan soalnya, kapal baru pun terbakar dan tenggelam kalau tidak diselia dgn betul. selama 26 tahun dlm tldm masalah paling utama ialah ketidakcekapan oleh pihak atasan, sudah tiba masanya PTL letak jawatan dan bertanggung jawab kekerapan kehilangan aset tldm yg kerap ini
terbakar masa sedang baiki ni
mesti ada kat mana2 silap tu
My recent post Badminton Terbuka Malaysia 2012
eeemmm mmg sewajarnya lah dah semua kelengkapan perang kita uzur tu.... kena tukar... yang aku tahu singapore indonesia setiap tahun memperuntukkan bajet untuk ketenteraan nya.. kenapa kita tak bolehhh....

keselamatan negara penting... bagi aku abaikan ajerrr komen-komen pembangkang demi memantapkan pertahanan negara

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
Insurans kenderaan akibat bencana alam

My recent post
kebakaran bukan berpunca dari staf TLDM sendiri, kebakaran berlaku di limbungan pembaikan, maka tanggungjawab sepenuhnya adalah ditanggung pihak yang membaikinya.

My recent post Kemaskini Azam Tahun Baru
blom perang dh terbakar
Boleh buat tukun dah...
My recent post Mimpi 2 : Pencarian Salasilah

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved