Inilah info yang aku dapat semasa melayari f/b tadi. Gerakan mahasiswa di UPSI telah dibelasah oleh FRU dan Polis ketika berdemo untuk menuntut hak kebebasan mahasiswa di malam tahun baru 2012. Ikuti petikan berita dari laman web rasmi gazebodaily.net- Komuniti Media Interaktif Mahasiswa.
Tanjong Malim, 1 Jan : Tatkala seluruh dunia khususnya orang ramai di Malaysia sedang lena dibuai mimpi indah dan bergembira menyambut ketibaan tahun baru 2012 hari ini, lain pula ceritanya sekumpulan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Awal pagi tadi, hampir 100 mahasiswa yang mengambil keputusan meneruskan aksi himpunan aman di hadapan UPSI semata-mata ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli, telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa siswa cedera parah dan luka di badan.
Tragedi berdarah itu menurut sumber berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dan berpunca akibat ‘kedegilan’ kumpulan mahasiswa terbabit bersurai setelah diarahkan berbuat demikian oleh pihak polis. Diberitakan hampir 20 anggota polis dan FRU telah dikerahkan turun untuk mengekang pergerakan mahasiswa selain puluhan lagi ‘Special Branch’ yang berkeliaran sekitar himpunan sejak petang semalam. Dua buah trak FRU juga ditempatkan di sana sejak malam semalam.
Menurut sumber, tragedi berdarah awal pagi tadi berlaku setelah Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dikatakan tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya bersurai. Mahasiswa yang hadir dari sekitar Lembah Klang dan UPSI teguh berdiri di hadapan sekumpulan anggota FRU dan polis dengan mengangkat beberapa kain rentang dan melaungkan beberapa kalimah keramat mahasiswa. Namun, seketika kemudian, setelah beberapa kali arahan pihak polis tidak didengari, pihak polis mula bertindak agresif dan meluru ke arah kumpulan mahasiswa terbabit. Diberitakan kira-kira lapan orang polis dan ‘Special Branch’ telah memukul Muhammad Safwan namun berjaya ditarik keluar oleh rakannya. Safwan, 22, yang juga Timbalan Presiden GAMIS terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pemeriksaan mendapati beliau telah mengalami patah tulang di bahagian kiri pipi.
Safwan kini sudah sedar daripada koma dan sedang dirawat di hospital Slim River ditemani beberapa rakan mahasiswa. Selain Safwan, beberapa siswa juga dilaporkan berdarah teruk dan cedera akibat dibelasah dengan kejam oleh pihak polis. Sehingga kini, dilaporkan hampir tujuh belas mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib, Adam Adli. Antara yang dikenalpasti telah ditangkap polis adalah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Adam Adli (UPSI), Haziq Abdullah, Khalid Ismath, Hilman Idham (KAMI), Syukri Razab, Shazni Munir(SMM), Shukri Kamaruddin, dan beberapa siswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang. Tiada tangkapan dilakukan terhadap mahasiswi namun dikhabarkan ada beberapa provokasi telah dilakukan pihak polis terhadap mereka.- Dilaporkan kesemuanya telah dibebaskan pagi tadi.
Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq dalam kenyataannya jelas kecewa dengan apa yang berlaku awal pagi tadi. “Inilah hadiah tahun baru terbaik dan ‘suprise’ yang pernah saya terima. “Saya kecewa dengan sikap polis yang seperti dicucuk ubat pelali, sangat-sangat bodoh ketika membelasah rakan-rakan saya tadi (pagi tadi). “Dengan tidak sedarkan diri dan tanpa kawalan iman, ramai aktivis berdarah dibelasah dan terpaksa dikejarkan ke hospital. “Mengapa kami diperlakukan sebegini rupa? Adakah kami lebih teruk daripada ribuan lagi rakyat yang sedang berseronok malam ini? Mengapa mereka yang tidak diperlakukan sebegini rupa?”, soalnya yang turut menyatakan kesemua mereka ditahan di Balai Polis Tanjung Malim. Beliau juga menyatakan beberapa wartawan yang sedang membuat liputan juga dipukul walaupun sudah ditunjukkan kad lesen kewartawanan mereka.
Manja bertukar kepada benci
Kumpulan mahasiswa tidak gentar berhadapan dengan sekumpulan FRU. Terdapat juga sesetengah pihak menyifatkan tindakan pihak polis awal pagi tadi adalah kesinambungan kesan daripada himpunan BEBAS 17 Disember lalu di Kuala Lumpur. Ketika himpunan itu, pihak polis terlalu ‘bermanja’ dengan mahasiswa sehingga dikatakan membantu melancarkan perarakan mahasiswa sehinggalah terjadinya kejadian turun bendera di PWTC yang membuatkan pihak polis kebingungan. Mungkin atas alasan itu, mereka tidak mahu kejadian serupa terjadi di UPSI, membelai mahasiswa dengan kasih sayang dan senyum. Sejak awal petang lagi, trak FRU sudah ditempatkan di UPSI dan menjelang tahun baru, jumlah anggota ditambah kerana yakin mahasiswa pasti tidak akan berganjak walaupun amaran sudah dikeluarkan semalam. – Gazebodaily.net
![]() |
Amar Rasyidi |
![]() |
Adam Adli didalam lokap |
# Bila aku tengok video yang didalam youtube ni, Polis sudah memberi arahan untuk bersurai. Namun para pelajar tidak mengendahkannya. Bila tak dihiraukan memang polis akan bertindak. Maka terjadilah perkara2 yang tidak diingini. Punca utama demo ni bagi aku, para pelajar tersebut mempertahankan Adam Adli dari dikenakan tindakan pihak pengurusan UPSI dan membantah AUKU. Setiap tindakan sudah tentu ada akibatnya...jadi bak kata pepatah 'Berani buat berani tanggung laa"
syamsol · 694 weeks ago
azli.afzainizam · 694 weeks ago
semoga hari mendatang lebih baik dan semoga tercapai apa yang diimpikan :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
goodbye 2011 and welcome 2012
My recent post Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
John · 694 weeks ago
kenapa buat malam?
kenapa x buat perjumpaan rasmi dgn pihak UPSI?
kenapa perlu panjat pagar?
nk berpolitik pon sabar jela dulu..
habis kan dulu blaja, cukup masa g mengundi.. senang,,
mak ayah dorg ni tau ke x?
Yastro 119p · 694 weeks ago
Setuju...nak berpolitik pun tgu habis belajar dlu laa...tu tujuan utama derang masuk U...nak kira tak puas ati...sampai mati pun tak puas ati jugak..semua org mesti ada rasa mcm tu...tp fokus derang x lari pun... :)
Err...dah kluar berita camni mesti tau la kan....kompom sedih org tua tu...
shraqs · 694 weeks ago
My recent post Top Commentators Awards – December 2011
Yastro 119p · 694 weeks ago
Mmg kesian pd makbapak yg penat2 hantar gi belaja sampai ke u...last2 buat hal..hapa pun x dapat.
Yup..itu pun satu sbb jugak bro...rasanya 100% melayu malam tu. Dan yg bestnya dlm ramai2 tu 2 ekoq ja budak UPSi...hehehe mana lak pegi yg lain ek?? Awat x nak join?
Bie · 694 weeks ago
My recent post Demam Dah Elok, Shopping Bagaikan Terapi
Yastro 119p · 694 weeks ago
tehr · 694 weeks ago
aku tak suka la kes macam ni
My recent post Disember 2011 Dalam Kenangan
Yastro 119p · 694 weeks ago
titan · 695 weeks ago
My recent post Komisen ke 30 dari Paid-to-Promote.net
Yastro 119p · 694 weeks ago