Malaysia Kini telah mengeluarkan kenyataan dari seorang lelaki yang telah ditumbuk di KFC bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng untuk menafikan dakwaan tersebut. Ikuti petikan berita dari Malaysia Kini dibawah.Lelaki Di Tumbuk di KFC Nafi Serang Pekerja Dengan Provokasi
Seorang lelaki yang didakwa diserang oleh kakitangan sebuah restoran Kentucky Fried Chicken pada Isnin lalu menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman ke atas pekerja kedai makanan segera itu sehingga menyebabkan pergaduhan.
Danny Ng, 26, ketika menceritakan semula insiden tersebut berkata, beliau berasa marah kerana menunggu lama di dalam barisan pelanggan, tetapi kemudiannya diberitahu bahawa makanan yang ditawarkan itu telahpun habis.
Beliau seterusnyna memarahi pekerja berkenaan dengan suara yang kuat, tetapi beliau tidak menggunakan kata-kata kesat ataupun yang bersifat perkauman, katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beberapa pengguna Internet yang menonton rakaman insiden berkenaan mendakwa Ng telah menghamburkan kata-kata bersifat perkauman kepada pekerja berkenaan sehingga menyebabkan lelaki itu diserang oleh pekerja restoran tersebut.
Ng memanggil sidang media di pejabat ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng untuk menafikan dakwaan tersebut.
"Ada yang dakwa saya telah mengatakan perkara yang menghina agama dan kaum. Saya tidak pernah kata begitu.
"Ada yang tuduh saya mabuk pada malam itu tapi saya tidak mabuk. Saya tidak minum (arak)," katanya lagi.
Sementara itu, KFC Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata syarikat tersebut masih menyiasat insiden berkenaan.
Sebaik saja siasatan selesai, syarikat itu akan mengambil tindakan sesuai untuk menangani apa-apa pelanggaran ke atas tatacara pengendalian dan piawai khidmat pelanggannya, menurut kenyataan itu lagi.
# Nampaknya isu ni seperti akan berpanjangan. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal terjadi nanti....KFC oh KFC!!! Lelaki Di Tumbuk di KFC Nafi Serang Pekerja Dengan Provokasi
azli.afzainizam · 685 weeks ago
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pasang soundproof kereta
My recent post Diy Pemasangan Carpet merah & Soundproof Kereta
nuriz · 685 weeks ago
My recent post Video Kanak-kanak 4 tahun dipaksa lari dalam kesejukan
Yastro 119p · 685 weeks ago
My recent post Liga Singapura - Harimau Muda Menang!!
Encik Anif 129p · 685 weeks ago
Yastro 119p · 685 weeks ago
My recent post Liga Singapura - Harimau Muda Menang!!
akubiomed · 685 weeks ago
My recent post Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri
Yastro 119p · 685 weeks ago
My recent post Aurora Borealis - Pemandangan Indah Ciptaan Ilahi
suri · 685 weeks ago
JebengOtai™ · 685 weeks ago
PakMail · 685 weeks ago
chii · 685 weeks ago
My recent post Menghadapi Kebingungan dan Kegelisahan
Yastro 119p · 685 weeks ago
My recent post Aurora Borealis - Pemandangan Indah Ciptaan Ilahi
suri · 685 weeks ago
Yastro 119p · 685 weeks ago
My recent post Aurora Borealis - Pemandangan Indah Ciptaan Ilahi