Kekalahan tipis Harimau Muda keatas Bahrain tempoh hari bukanlah pelemah semangat kepada skuad Harimau Muda. Sebaliknya mereka telah menunjuk belang ke atas Liga Singapura pada perlawanan pertama semalam dengan kemenangan ke atas Gombak United FC, 2-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura. Semalam hanya 2 perlawanan sahaja yang belangsung. 1 lagi perlawanan adalah Hougang FC bertemu Tanjung Pagar dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Hougang. Tahniah diucapkan keatas skuad Harimau Muda,
HARIMAU Muda bermula garang dengan mengungguli persada Liga Singapura selepas mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Gombak United FC dalam aksi pertama Liga Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.
Walaupun tampak keletihan selepas baru pulang dari Manama, Bahrain mengharungi kempen kelayakan Sukan Olimpik, barisan anak didik Ong Kim Swee masih mampu beraksi dengan corak permainan pantas.
Ia terbukti tatkala aksi baru memasuki tempoh lapan minit, skuad Harimau Muda A sudah memperoleh tiga sepakan sudut namun agak malang apabila kesemua sepakan itu masih belum mampu mencemaskan gawang Gombak United FC.
Hanya pada minit ke-13, bermula daripada gerakan Nazmi Faiz Mansor yang bijak melorongkan bola kepada Wan Zack Haikal hampir memecah kebuntuan, namun rembatan pemain sayap itu terkena kaki penjaga gol, Zaiful Nizam.
Serangan bertali arus Harimau Muda terus mengancam kubu Gombak United FC dan pada minit ke-15 hasil sepakan lambung Mohd Irfan Fazail dari kawasan tengah padang menyaksikan A Thamil Arasu pantas menyambar bola sebelum bertindak merembat leret memerangkap Zaiful yang tergamam di gawang sendiri.
Tersentak dengan jaringan awal Harimau Muda A, Gombak United FC yang diperkuatkan dengan tiga pemain import mula mengatur serangan namun benteng pertahanan barisan muda negara gandingan Mohd Fadhli Saas dan Amer Saidin kental mengekang asakan itu.
Bersambung babak kedua, Harimau Muda A tampak mengawal rentak perlawanan dan hampir menambah jaringan pada minit ke-76 selepas bola rembatan Gary Steven Robbat dari luar kotak penalti terkena pertahanan Gombak United FC.
Namun pemain gantian, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria memastikan kemenangan buat Harimau Muda pada minit ke-84 selepas menolak bola sepakan percuma kapten Mahali Jasuli untuk memastikan tiga mata milik barisan muda negara.
- Walaupun Apek tak de, Nampaknya pengganti beliau iaitu Izham Tarmizi berjaya dalam ujian pertama menentang Gombak United. Alhamdulillah...."Liga Singapura - Harimau Muda Menang!
azli.afzainizam · 685 weeks ago
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pasang soundproof kereta
Yastro 119p · 685 weeks ago
hafizmd · 686 weeks ago
pe2pun, ni baru permulaan dan langkah kanan kirenye ni..
keeper malaysia nampak kecik, tp power jugak malam tu...moga terus berjaye skuad HM
My recent post Benarkah cinta itu buta?
Yastro 119p · 686 weeks ago
Kita terus mengharap kekanan jerrr...x mo kiri2 lagi dah... :D
Betul laa....sbb tu pepatah kata, jgn pandang org pada badan dia...hehehe
#Hentam sendiri je bro pepatah tu... :)
My recent post Aurora Borealis - Pemandangan Indah Ciptaan Ilahi
Encik Anif 129p · 686 weeks ago
Yastro 119p · 686 weeks ago
My recent post Aurora Borealis - Pemandangan Indah Ciptaan Ilahi
APAN 106p · 686 weeks ago
My recent post Cerita Di Sebalik Gambar Pasangan Berkepit Di Tanah Suci
Yastro 119p · 686 weeks ago
My recent post Aurora Borealis - Pemandangan Indah Ciptaan Ilahi
suri · 686 weeks ago
Yastro 119p · 686 weeks ago
My recent post Aurora Borealis - Pemandangan Indah Ciptaan Ilahi
suri · 686 weeks ago
Yastro 119p · 686 weeks ago
My recent post Aurora Borealis - Pemandangan Indah Ciptaan Ilahi
akubiomed · 686 weeks ago
Yastro 119p · 686 weeks ago