Wabak AGE|Rotavirus - 251 Kes Terbaru DiRekodkan

on 16 Februari 2012

Wabak+AGE+Virus+Rotavirus

Wabak acute gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus Rotavirus telah merekodkan 251 kes terbaru lalu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti meningkat kepada 3,068 orang. Wabak yang dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan dikatakan hanya menjangkiti bayi dan kanak-kanak telah melanda kawasan di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang dan Tapah.

Virus Rotavirus itu dikatakan lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal. Penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal setelah dua orang bayi mati mengejut awal minggu lalu. Virus berbahaya itu menyebabkan bayi yang menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain.

Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas.

Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih.

Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi di seluruh dunia disebabkan Rotavirus. Sebarang pertanyaan mengenai wabak AGE boleh dibuat terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui talian 05-2533489 atau 05-2533012.

Diedit dari pelbagai sumber - yastro
Ranking: 5

Comments (11)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Peliknya napa tempat tu je terjangkit ... tempat lain ok jeee ... macam ada yang tak kena ni :p
My recent post UNCLE BENGIS JUGA SEORANG BLOGGER
1 reply · active 684 weeks ago
Kalau berjangkit ke tempat lain...errr bertambah bahaya la tu nanti...
Kementerian kata terkawal dan sudah kenal pasti punca. Tiap-tiap hari akhbar melapor peningkatan pesakit dan terbaru ujian air di loji negatif. So apa cer?
My recent post Macaron cinta manjanya kamu
1 reply · active 684 weeks ago
Biasala kalau kat kementerian...mesti la tak nak org2 disana panik...apapun angka tu dah menunjukan segala2nya....berhati dan langkah pencegahan adalah yg terbaik.
Ramai juga yg dijangkiti tu
Harap kita semua jaga kebersihan
1 reply · active 684 weeks ago
Betul tu bro...kebanyaknaya bebudak kecik...
Penyakit nie lebih kurang macam demam kepialu, betul tak yastro, takyah risau kejap lagi penyakit ni akan hilanglah. :)
My recent post Buat duit daripada blog? Kenapa tidak…
1 reply · active 684 weeks ago
Insyaallah...tapi tetap berbahaya juga kalau tak dikawal....harap2 semuanya akan reda
My recent post Wabak AGE|Rotavirus - 251 Kes Terbaru DiRekodkan
Bahaya wabak ni.. Ibu bapa perlu lebih waspada. Ikuti langkah-langkah yang disarankan.

My recent post FOREX Haram Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan
1 reply · active 684 weeks ago
Itu yang terbaik...mencegah lebih baik dr merawat
My recent post Wabak AGE|Rotavirus - 251 Kes Terbaru DiRekodkan
takut plak bila mendengarkannya
My recent post Silent Hill 2006 Movie

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved