7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati

on 08 Mac 2012

7_Perkara_Yang_Saya_Akan_Buat_Sebelum_Mati

Makk aihh...Saspen gak aku melihat tajuk begini. Ye laa...mati itu pasti.. cuma bagaimana , bila dan tempatnya dimana je yang kita tak akan tahu. Semuanya kerja2NYA...hanya dia sahaja yang mengetahuinya. Okey, sebenarnya entri "7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati" aku telah ditag oleh rakan blogger Yayansmum. Oleh kerana tag yang ni agak berbeza, aku suka akan kelainannya. Kalau nak ikut hati memang dah tak berapa nak lalu dengan tag yang biasa2 ni. Okey, kita teruskan...


1. Mengerjakan Haji - insyaallah.

2. Memastikan anak-anak aku mendapat pendidikan yang cukup dunia dan akhirat

3. Pastinya juga aku nak hutang2 keliling pinggang aku dilangsaikan dahulu.

4. Tinggal didalam suasana perkampungan atau ditepi laut dan tak lagi dihimpit kebisingan.- senang nak   mancing tepi laut...:)

5. Cuba mendapatkan bekalan kewangan yang kukuh sehingga pencen - tak yah kerja lagi dahh

6. Menambahkan dan menumpukan ilmu keagamaan dan amal ibadat dengan tenang hingga ke akhir hayat.

7. Berharap mati dalam keimanan dan ketakwaan dalam Islam.- insyaallah.

Itu sahaja rasanya "7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati" nak tag kengkawan yang lain aku rasa tak berapa nak sedap....Apapun aku cuba shortlistkan dulu nama2 nih, dengan harapan korang nak buat "tag" yang lain dari yang lain ni. Chii Arissa, Tehr, Akubiomed, Nurmisnan dan Apan, terpulang kepada korang samaada nak buat atau tidak aku tak memaksa....tapi kalau buat lagi bagus kan...:)


# Tetiba teringat aku kat entri kisah dan tauladan aku nih....
Ranking: 5

Comments (9)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Subahanallah... sama-sama kita tunaikan
1 reply · active 681 weeks ago
Insyaallah...semoga semuanya dipermudahkan....
Aduhai, berat tanggungjawab ini. Bimbang pula disalah tafsir nanti.
1 reply · active 681 weeks ago
Mmg berat juga bro...jenuh nk cr idae gak nih....
apply keje atas platform la...lagi senang :)
1 reply · active 681 weeks ago
Hahaha...jauh dr org bro...kang bosan lakkk asik tgk laut jerr... :)
cukup ke 7 sahaja??
My recent post Kekacakan Ultrabook Toshiba Portege Z830
sedang leke membaca..tetiba nampak nama sendiri..eheh..insya Allah ada masa nnt chii settlekan k

//..part dok kwsn kampung atau tepi laut...chii suka gak..sebab suka suasana yg damai dan jauh dr hiruk pikuk bandar :)
My recent post Khalifah Ganti Superman
1 reply · active 681 weeks ago
Okey...thanks Chii...duk tepi laut mmg idaman yas dah dr dulu...ingat nk cr kat Banting...x tau la dpt ke idaknya

#Makk aihh, hari ni chii betul2 serang blog yas nih...thanks Chii... :)

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved