Sejarah ‘Earth Hour’
Pada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil Jam Bumi. Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak, CEO mahupun ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk mengambil pendirian terhadap kesan perubahan iklim yang ketara ini.
Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia. Oleh kerana kesan hebahan yang hebat Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk 'mematikan lampu' diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.
Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘mematikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim. Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mapan.
Kod Projek : PAB 001
Nama Projek : Earth Hour
Tarikh Langsung : 31 Mac 2012
Hari Langsung : Sabtu
Masa Lansung : 8.30 mlm - 9.30 mlm
Laman web : http://www.earthhour.org
Facebook : http://www.facebook.com/earthhour
Twitter : https://twitter.com/earthhour
# Kempen untuk earthour ini adalah sebahagian dari seorang rakan blogger yang aku sertai iaitu mahumahu.com, kempen untuk kerja2 amal ini masih lagi berlangsung. Kepada yang berminat boleh la pergi ke mahumahu.com untuk berikan butiran blog anda.
Jadi kempen untuk earthhour ni adalah projek pertama yang telah diberikan oleh blogger mahumahu kepada para blogger yang dah menyahut cabaran beliau..he3x!!! So...sapa nak join lagi?
Terima kasih.
Syarat2 nak sertai:-
1) Semua yg ada blog dan juga blog mesti aktif. (tidak di ambil kira alexa atau pun trafik tetapi mesti rajin update blog anda)2) Blogger tempatan sahaja (blogger atau blog Malaysia sahaja yg boleh sertai)3) Tidak kira latar belakang blog anda. (tak kira anda adalah blog politik, blog hiburan, blog travel semua boleh sertai)4) Membuat sukarela tanpa mengharap apa2 bayaran. (Tiada bayaran akan di berikan kepada anda dalam membuat kerja amal ini)Itu syaratnya untuk anda sertai kerja amal ini. Tiada paksaan sapa nak sertai boleh tinggalkan comment anda di entry ini dengan lampirkan perkara seperti di bawah:-Link blog anda :Nama blog :Nama Blogger :Email anda :Cara kerja amal ini adalah sangat mudah seperti dibawah :-- Mah@mahu ada beberapa agensi NGO atau badan berkanun atau badan organisasi swasta yg mahukan hebahan daripada blogger.- Mah@mahu akan dpt beberapa program aktiviti yg telah di rancang oleh mereka untuk di hebahkan kepada semua rakyat Malaysia.- Tugas anda adalah hanya membuat entry untuk hebahan tentang program amal yg telah mereka rancangakan tidak kira bila2 masa sahaja.- Segala bahan dan juga perkara yg di perlukan akan di sediakan oleh pihakMah@mahu dan akan di email terus kepada anda. Jika anda ada sumber lain untuk di masukakan boleh dan digalakkan.- Tiada sebarang hada masa atau tempoh yg di tetapkan dalam membuat entry mahupun mengepost entry anda selagi tidak tamat tarikh program tersebut.- Jika anda minat untuk sertai program mereka secara langsung iaitu turun padang bersama mereka di dalam memberi bantuan adalah di galakan.Jika anda rasa bertanggungjawab dalam memberi hebahan kepada masyarakat tentang kesedaran program amal ini anda adalah peserta yang kami cari. Sebarang persoalan boleh terus hubungi Mah@mahu di alat email akustika83@gmail.com.Mah@mahu akan menyenaraikan semua blog yg menyertai program ini di side bar blog Mah@mahu nanti.