MALAYSIA TAMBAH "BOM HUJAN" ASTROSS II - ATM BERTAMBAH BISA

on 07 Mac 2012

MALAYSIA+TAMBAH+BOM+HUJAN ASTROSS+II+ATM+BERTAMBAH+Bisa

Terbaca KosmoOnline hari ini...pehh!! Berita gembira buat peminat ketenteraan di Malaysia kerana Malaysia dikatakan akan mendapatkan 18u 'bom hujan", Astross II..jadi ATM semakin bertambah bisa. Hanya peminat ketenteraan je yang akan baca sampai habis entri nih...hehehe


KUALA LUMPUR – Tentera Darat (TD) bakal memiliki satu lagi rejimen sistem pelancar roket berganda (SPRB) jenis Astros II buatan Brazil tidak lama lagi bagi menggandakan kuasa tempur negara.Sebanyak 18 unit SPRB Astross II akan dibeli bagi melengkapkan kekuatan Briged Artileri Roket yang ketika ini mempunyai dua rejimen roket jenis yang sama dan sebuah rejimen artileri pengesan. Rejimen baharu SPRB Astross II itu nanti dijangka ditempatkan di Sabah.

Difahamkan, pembelian aset terbaharu itu telah dipersetujui Tentera Darat (TD) menerusi belanjawan pertahanan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Sumber memberitahu, kontrak perolehan akan dimeterai antara Kementerian Pertahanan dengan pembekalnya pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2012 di sini pada April ini.

“Pembelian ini adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang TD bagi memperkukuhkan kuasa tempur khasnya, Briged Roket. “Ia juga merupakan strategi bagi memperkasakan sistem pertahanan darat dengan adanya dua rejimen roket di Semenanjung dan di Sabah atau Sarawak,” ujar sumber tersebut di sini semalam.

Aku cuba google kelebihan Astross II buatan Brazil ini...

Astross II: Kuasa membunuh digeruni musuh


PERANG Hizbullah-Israel pada 2006 membuka mata semua pihak tentang berkesannya Sistem Pelancar Roket Berganda (MLRS) sebagai senjata strategik yang ampuh. Senjata tersebut bukan sahaja mampu mempengaruhi tempo peperangan tetapi juga meninggalkan kesan psikologi menggerunkan berikutan skala kuasa pembunuhnya yang sukar disekat.

Perang 34 hari itu, menyaksikan ratusan roket Katyusha yang hanya menggunakan teknologi era Perang Dunia Kedua ditembak ke bumi Israel tanpa dapat ditangkis oleh rejim Yahudi walaupun dunia mengakui kekuatan ketenteraan dan payung perlindungan udara negara haram tersebut merupakan antara terkuat dan tercanggih di dunia.

Malah, dalam tempoh 48 jam selepas perang tercetus, sebanyak 130 roket jenis itu membedil hampir seluruh ceruk bandar yang bersempadan dengan Lebanon, membunuh 39 penduduk awam Yahudi manakala ratusan lagi cedera sehingga memaksa rejim itu melaksanakan pelan kecemasan terhadap warganya. Kesan kemusnahan hasil serangan balas yang tidak terduga itu, menyebabkan Israel terpaksa berundur daripada terus mengasak Hizbullah kerana pada masa yang sama negara Yahudi itu turut kehilangan seramai 119 tentera akibat dibedil menggunakan Katyusha selain senjata anti kereta kebal serta diserang hendap.

Mengambil iktibar daripada keberkesanan sistem MLRS yang digunakan Hizbullah, maka pada 3 Julai tahun lalu, Tentera Darat (TD) Malaysia secara rasminya menubuhkan sebuah Briged Artileri Roket yang mengoperasikan 36 unit MLRS, Avibras Astross II buatan Brazil. Astross II sebenarnya telah terbukti berkesan membantu Iraq semasa menghadapi serangan bertali arus tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) semasa Perang Teluk 1991.

Briged tersebut ditubuhkan selepas TD menggabungkan Rejimen Artileri Diraja (RAD) 51 dan 52, iaitu rejimen yang bertanggungjawab mengoperasikan sistem Astross II dengan 53 RAD yang mengoperasikan radar Arthur bagi tujuan mengesan kedudukan musuh secara tepat setiap kali sebelum dan selepas tembakan dibuat.

Gandingan Astross II dengan radar Arthur meletakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai sebuah angkatan yang mempunyai sistem artileri paling ampuh dan digeruni di rantau ini. Ini kerana Astross II yang diberi gelaran Keris oleh ATM memiliki kepelbagaian variasi roket iaitu daripada jenis SS-09 yang digunakan bagi tujuan latihan dengan jarak 11 kilometer (km), SS-30 (35 km), SS-40 (48 km), SS-60 (65 km) sehinggalah roket yang menjadi taring utama TD pada hari ini iaitu SS-80 (90 km).

Berbeza dengan Katyusha yang dicipta pada era Perang Dunia Kedua, roket SS-60 dan SS-80 dengan saiz kaliber 300 milimeter (mm) mempunyai kuasa membunuh yang lebih jitu iaitu setiap satu roket mampu memusnahkan secara total kawasan seluas empat padang bola sepak.

Manakala satu rejimen lengkap sistem itu dipercayai berupaya memusnahkan kawasan seluas 60 hektar dengan hanya sekali tembak secara berturut-turut roket jenis SS-60 dan SS-80 (setiap satu unit Astross mampu melancarkan empat roket berkaliber 300mm serentak). Kemusnahan secara menyeluruh itu berlaku kerana setiap roket tersebut dimuatkan dengan kepala peledak pembawa kargo yang dikenali sebagai Dual Purpose Cargo Improved Munitions (DPCIM).

Setiap DPCIM pula boleh membawa sehingga 64 bom berangkai atau submunisi daripada pelbagai kategori termasuk peledak jenis letupan kuat (HE) sama ada bagi tujuan anti material atau anti landasan terbang. Bagi peledak letupan kuat anti landasan terbang, setiap bom berangkai mengandungi peledak kepala jenis fius tertunda bagi merobek landasan konkrit sedalam 0.5 meter.

Ia bermakna hanya sebutir peluru SS-80 dengan DPCIM secara teorinya sudah mampu untuk melumpuhkan keupayaan taktikal sesebuah pangkalan udara musuh. Pada masa yang sama, roket SS-80 juga boleh digunakan bagi tujuan menyerang kapal. Dalam hal ini, jika Keris dioperasikan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia, ATM mampu menutup terus laluan Selat Melaka.

Astross II (Keris)

Mula memasuki perkhidmatan TD pada 13 Mac 2002. Sebenarnya keputusan kerajaan membeli 18 unit pelancar Astross II (tidak termasuk kenderaan sokongan) dengan kos berjumlah RM791.92 juta, menjadi perdebatan pihak asing khususnya mereka yang tidak senang melihat proses pemodenan ATM.

Ini kerana pembelian itu menandakan buat pertama kalinya TD memiliki sebuah sistem persenjataan ofensif jarak jauh yang mampu menyerang musuh melebihi jarak 50 km berbanding keupayaan meriam medan FH-70 dan meriam howitzer 105 milimeter (mm) yang menjadi taring utama rejimen artileri bagi mempertahankan negara sebelum perolehan Keris dibuat. Kebimbangan pihak asing itu berasas kerana Astross II didatangkan sekali dengan sejumlah 1,000 roket jenis SS-30, 224 buah roket SS-60 dan 576 unit roket SS-80 yang merupakan sebahagian daripada kontrak pembelian tersebut.

Kemudian, pada tahun 2006, iaitu selepas empat tahun TD mengoperasikan Astross II, Kementerian Pertahanan membuat pembelian susulan 18 unit lagi (juga tidak termasuk kenderaan sokongan) pelancar Astross II bagi menjayakan hasrat ATM untuk menubuhkan sekurang-kurangnya dua buah rejimen Keris.

Namun, sesuai dengan perkembangan semasa, TD mengambil langkah lebih ke hadapan apabila menubuhkan Briged Artileri Roket dengan diketuai Brigadier Jeneral Razali Mohd. Regen bagi memantapkan lagi inventori tempurnya. Kemajuan ATM itu menyaksikan Singapura membeli sistem MLRS jenis Himars, buatan AS tetapi pada harga yang jauh lebih mahal daripada Keris.

Mengulas penubuhan itu, Panglima Medan TD, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menegaskan, pasukan itu relevan dan sejajar dengan keperluan strategik pemerintahan Medan TD yang memerlukan satu platform bagi menggandakan kuasa tembak sedia ada.

"Berbeza dengan unit artileri medan, Astross II menyediakan tembakan berselerak (mass) dengan kesan kemusnahan besar sekali gus meningkatkan kuasa tempur TD di medan perang.

"Oleh itu dengan adanya briged roket yang berpangkalan di Kem Gemas, bantuan tembakan dapat dikoordinasi dengan lebih baik, jitu serta berkesan," katanya baru-baru ini.
Pendapat itu turut disokong oleh penganalisis pertahanan yang juga Pengarang Majalah Tempur, Muhammad Fuad Mat Noor kerana katanya, Keris sebenarnya tergolong dalam senjata yang diklasifikasikan sebagai senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

Jelasnya, dengan kemampuan itu, pemilikan Keris oleh TD membolehkan ATM mengatur corak peperangan jika konflik tercetus sama ada bagi tujuan menyerang atau bertahan. Tambahnya, dengan setiap satu roket mengandungi puluhan bom berangkai ia mampu memusnahkan kawasan yang luas kerana corak serangannya adalah bertubi-tubi sehingga tidak mungkin senjata itu mampu ditangkis oleh pihak musuh.

"Astross II adalah senjata strategik yang sangat digeruni kerana corak serangan dan kuasa pemusnahnya. Apatah lagi sistem ini turut memiliki kemampuan mobiliti yang mantap bagi membolehkan ia melarikan diri sebaik sahaja serangan dilepaskan

"Keupayaan mobiliti ini mampu mengelakkan Keris daripada dimusnahkan oleh pesawat musuh dan taktik tembak kemudian lari lebih berkesan dalam persekitaran hutan tropika di negara ini.

"Lebih menakutkan, sistem ini juga mampu ditingkat upaya melalui penggunaan roket pintar yang boleh dipandu bagi meningkatkan lagi jarak serta ketepatan serangan," katanya.

Kesimpulannya, pembelian sistem roket Astros II membuktikan perancang pertahanan negara mengetahui kemampuan senjata itu untuk merobek titik kelemahan musuh khususnya negara yang terpaksa bergantung sepenuhnya pada kekuatan udara dan laut ekoran bentuk muka bumi yang tidak mengizinkan. Apatah lagi, terdapat laporan bahawa pengeluar Astross iaitu syarikat Avibras sudah pun menjual roket-roket termoden daripada jenis TM (Peluru Taktikal) sebagai sebahagian pakej pembelian susulan 18 unit oleh ATM.

Walaupun laporan tersebut gagal disahkan, sekiranya ia menjadi kenyataan, roket jenis itu mampu membunuh sasaran bersaiz kompeni atau seramai 200 tentera dari jarak 150 km. Maka, atas dasar itulah mudah untuk kita memahami kenapa Singapura begitu berminat untuk membeli sistem penangkis mortar dan roket yang dicipta oleh Israel. Tetapi dengan puluhan roket dilancarkan serentak dan ditambah pula dengan ribuan bom berangkai tiada sebarang sistem sebenarnya mampu menangkis ancaman MLRS dengan berkesan.- topix.


p/s: Dengarnya Astross II milik Malaysia dipasang dengan misile jarak jauh. Tapi betul ke? Apapun entri ini bukan nak melaga2kan mana-mana pihak yerr.!!! KEAMANAN ITU LEBIH BAIK DARI PEPERANGAN!!! Video demo tembakan Astross II dari  ATM ada dibawah.



Ranking: 5

Comments (22)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Kalau boleh tolongla pihak2 berkaitan...jgn byk sgt mkn duit...beli heli penyerang dulu la...sbb itu yg penting...tengok kes lahad datu tu...ad ke jet plak yg pegi bom...heli penyerang xde ke....malu la .....bajet yg byk rugi dlm pembuatan 27unit ngpv tu dh boleh beli berpuluh heli pnyerang dr syarikat eurocopter ec665 tiger...rakyat melihat...jgn smpai next pru,kerajaan bertukar plak nnt...tlongla bangunkn ketenteraan kita xsetanding singapura pun cukuplq sekadar lengkap bersedia...sekian..(pemerhati rakyat)
1 reply · active 613 weeks ago
Bajet singapura besar. heli boleh ditembak jatuh dengan mudah oleh singapore.

Kalau u blaja taktik tentera u tahu ini pembelian strategik.
U kena tahu kekuatan singapore bergantung pada air force diaorg.

Astros boleh digunakan untuk menyerang landasan2 air force singapore. Satu roket astros dikatakan mampu meninggalkan kesan letupan lubang yang dalam iaitu sehingga 0.5 meter. If we lancar this roket pada airport diaorng. landasan diaorang akan musnah.. jadi kita dah disable main forces diaorg.
Setakat astross yang ada hanya cukup untuk latihan jer......tembak pun amat jarang kecuali peluru nak expired date.....sepatut nyer malaysia da beli untuk 3 regiment baru la ada mantap bro......1 regiment di sabah/sarawak 2 regiment di semenanjung.setakat baru 1 regiment dan masih ta lengkap kekuatan 1 regiment.....aduhhhhhh..susah bah kalu perang.
1 reply · active 616 weeks ago
Adehh....1 reg pun da semput pak2 menteri nk lepaskan...nk tambah mcm berat je tu gayanya bro...
My recent post Kenapa Harus Jadi Begini? Penumpang AK1455 Teraniaya
Selain dari Astross Atm mesti tambah kan aset ia itu medium Gun.155 mm 2 bateri yang ada pun ta cukup spare parts. terpaksa dismantle patrs dari gun 155mm 2 bateri yang lama.Camna nak perang Bro. gun yang ada ta cukup kecuali gun 105mm saja yang ada 21 bty x 6 gun.155mm cuma ada dan boleh di guna kan cuma 2 bty saja.Itu belum kira peluru yang memang ta cukup. menembak di Asahan dan Kota belud pun amat jarang.Habis kurus Gunnery pun ta ada tembak live lagi cuma guna mulut sebut BOOMM,BOOOMMM.teruk Bro.Harap BN da menang ni,pak pak jeneral arty nie buka la mulut sikit,janagan la asyik kata kt menteri semua OK.Nanya bila berlaku perang.SHORT OF FIRE POWER > nanggis la infantry.
1 reply · active 616 weeks ago
Thanks info bro....menarik sesangat dan satu perkara yg mmg tidak diketahui umum...harap2 pas ni ATM akan dberi lebih perhatian
My recent post Kenapa Harus Jadi Begini? Penumpang AK1455 Teraniaya
pulllll
persiapan yg amat diperlukan demi keselamatan negara...

persiapan bukan utk tujuan memerangi org lain tetapi utk menghancorkan musuh2 negara yg cuba membuat kacau atau lebih senang cuba menjajah negara ini...

mungkin dulu negara ini boleh dijajah sesuka hati tapi sekarang mungkin tidak akan berlaku lagi...

for ATM go..go..go anda perwira negara sejati.. pertahankan negara ini sehingga titisan darah terakhir
astross memang ada mengeluarkan peluru jenis baru.....AVMT 300 - ini dah kategori 'cruise missile' yang boleh dilancarkan dari pelancar astros II...jangkauan jarak 300km bro, konsep yang sama seperti 'tomahawk', bukan berbisa lagi...dah berlebih bisa...kalau TD memlikinya. harganya lebih murah dari tomahawk
My recent post wordless wednesday #07 | combat army game
1 reply · active 679 weeks ago
Tu yang dok musykil tu bro...sbb ada yg kata masih AVMT tu masih dlm dvlpmt lagi...kalau mesia beli yg tuu...pehhhh :D
Takut melihat kemusnahan yang bakal berlaku. :-(
1 reply · active 679 weeks ago
Kalau ada yg nak cuba2 laa....kalau tak kita simpan je sampai usang.... :)
My recent post BINA BADAN - ORANG KERDIL BERSAING DENGAN ORANG BIASA
xtau nape..tp seriusly tgk gambar ats tu..takut plak rasa..
terasa mcm kat negara2 yg sering diserang dgn bom tu..
My recent post Khalifah Ganti Superman
1 reply · active 679 weeks ago
Hehehe...camne Chii nih...kan da penah training masa jd wataniah dulu...apapun kita ttp berharap perang tak akan berlaku di negara yg kita cintai ini...aman damai adalah kuci kejayaan sesebuah negara.
My recent post BINA BADAN - ORANG KERDIL BERSAING DENGAN ORANG BIASA
musuh kita sentiasa akan mencari kelemahan kita. Tindakan TDM adalah satu langkah yang tepat. Tak guna kalau kita mahu membeli pesawat pejuang dengan jumlah yang banyak kerana musuh kita lebih mampu membeli dengan jumlah yang lebih banyak.
My recent post Kanak-kanak perempuan hilang
1 reply · active 679 weeks ago
Insyaallah ATM sentiasa peka dengan keperluan mereka....dan kerajaan pun maklum dengan keperluan yg lain2...tgu masa dan saatnya saja...insyaaallah.
My recent post BEKAS PENGAWAL PERIBADI SULTAN BRUNAI CURI BERLIAN
memang perlu meningkatkan pertahanan negara, selagi belum betul diuji xtau keupayaan sebenar.
My recent post Harga sebuah kelekaan melampau kepada Facebook
1 reply · active 679 weeks ago
Bersedia sebelum terjadinya perkara yg tidak diingini itu mmg perlu...apetah lagi kita juga mempunyai sempadan yg luas...dr semenanjung sampai la ke sabah...
My recent post BEKAS PENGAWAL PERIBADI SULTAN BRUNAI CURI BERLIAN
Fuyooo dahsyat tu... teringat plak zaman2 dok gila main game starcraft / red alert dulu,.. rocket launcher ni lah jd defense yg kuat :)
My recent post Official ICS 4.0 Untuk Samsung Galaxy SII – 15 Mac 2012
1 reply · active 679 weeks ago
Hehehe...kalau men starcraft...terran la yg guna roket launcher...tp ada kelemahan gakkk...hehehe
My recent post KEPUTUSAN STPM - 46,712 LULUS, 12 DAPAT 5A
Cik Shinju's avatar

Cik Shinju · 679 weeks ago

wahhh...bagus tu..
sediakan payung seblom ujan..
Jgn ingat negara yg aman akan aman
selamanye...kena amik iktibar dr negara2
arab sane...
My recent post WalimatulUrus...
1 reply · active 679 weeks ago
Betul tu...keupayaan pertahanan sesebuah negara perlu mantap didalam menghadapi sebarang kemungkinan....disaat aman inilah sebenarnya negara perlu lebih berhati2....

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved