PERWIRA DIKENANG, JASA DIJULANG ! begitulah satu ungkapan khas terbaik buat para perwira negara satu ketika dahulu. Aku juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih buat mereka yang telah berjuang demi agama,bangsa dan negara satu ketika dahulu.
Berjuang dengan gigih, tanpa merasa jemu memberi satu ruang keselesaan kepada generasi seterusnya seperti aku dan juga generasi datang. Entri ini, hanyalah satu penghargaan kecil dari aku buat mereka semua.....terima kasih.
SHAH ALAM, 10 Mac – Kesayuan dan kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah bekas-bekas Polis yang pernah berkhidmat di Zaman Darurat sekitar tahun 1948 hingga tahun 1960 apabila mendengar tiupan ‘last post’ daripada peniup bugler pancaragam PDRM di Mess Pegawai Kanan Polis Ibu Pejabat Polis kontinjen Selangor diakhir majlis penyerahan Cek Sumbangan Sagu Hati Khas kepada mereka hari ini.
Cek bernilai RM 3 ribu itu, disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar kepada 64 bekas-bekas Polis termasuk pewaris yang tinggal di kontinjen Selangor sepertimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu.
Acara lain turut diselitkan dalam majlis yang dijalankan antaranya acara gimik kayuhan basikal membawa beg yang mengandungi sampul cek mengelilingi Dewan Mess yang digunakan Polis pada Zaman Darurat semasa menjalankan tugas penghantaran dokumen telah mengusik kenangan para bekas Polis. Selain itu, beberapa anggota polis berpakaian Polis lama turut ditujukkan.
Dalam sidang media yang dijalankan, Ketua Polis Negara berasa gembira dengan kehadiran bekas-bekas Polis ke majlis yang dianjurkan dan berharap mereka dapat memberikan memberikan sumbangan dalam mendidik generasi muda supaya cintakan negara. Selain itu, Ketua Polis Negara turut menyatakan sambutan Hari Polis ke- 205 tahun ini akan diadakan di Dataran Merdeka dengan membawa kelainan iaitu sambutan akan dijalankan pada malam 24 Mac 2012. Sambutan ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada masyarakat dan mengetahui fungsi-fungsi PDRM selain daripada menjaga ketentaraman awam. Ketua Polis Negara menjemput masyarakat supaya menghadirkan diri di Dataran Merdeka bagi memeriahkan sambutan tersebut.
kredit - Polis Selangor F/B
azli.afzainizam · 680 weeks ago
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pemasangan sticker bomb kereta
akubiomed · 680 weeks ago
My recent post Wordless Wednesday – #Aksi panas dedah tubuh
yayansmum 53p · 680 weeks ago
Yastro 119p · 680 weeks ago
My recent post UPDATE ~ PROTON POWER OF 1
amzar94 50p · 680 weeks ago
My recent post Video Penuh Iklan Luna Maya Yang Diharamkan
JebengOtai™ · 680 weeks ago
My recent post Top 5 Homestay in Langkawi
cheqna · 680 weeks ago
My recent post a * star *...
cheqna · 680 weeks ago
hairulhiss 47p · 680 weeks ago
My recent post Anak Meningalkan Ibu Lumpuh Terjawab
tehr · 680 weeks ago
Manusia mati meninggalkan jasa
My recent post Kelayakan Olimpik 2012 | Perlawanan Keenam Malaysia vs Syria