MUHD ARIF ZULKIFLY,Pemain Bolasepak Malaysia Ditawarkan Bermain di New Zealand.

on 03 April 2012

Muhd+Ariff+Zulkifly

Seorang lagi pemain bolasepak Malaysia yang mungkin agak kurang dikenali namanya iaitu Muhd Ariff Zulkifly telah berjaya ditawarkan ditawar kontrak mewakili kelab Island Bay United (IBU) untuk beraksi dalam Liga Perdana New Zealand Central, liga kedua utama New Zealand selepas ASB Premiership.


Muhd Ariff Zulkifly merupakan seorang pemain bolasepak Malaysia dan juga merupakan seorang kapten pasukan bawah 17 tahun. Beliau juga pernah berlatih di Old Trafford bersama dengan Owen Hargreaves, Park Ji Sung dan Loius Saha ketika mewakili negara di Piala Nike di Old Trafford, England pada 2008.[borakboasepak]

Ariff yang mendapat tajaan RM15,000 dari Mister Potato selepas kisahnya mendapat liputan Arena Metro akan berada di sana selama tiga bulan bagi memikat pencari bakat di kelab itu. Dia yang terpaksa melupakan tugasnya selaku kapten skuad Piala Presiden Selangor, bagaimanapun aksi beliau di liga IBU itu hanya bakal direalisasikan setelah beliau menyelesaikan tugasanya bersama skuad Piala Presiden Selangor hingga Jun ini.
[rtbs.blogspot]

Ariff akan pulang ke tanah air pada 1 Mei bagi berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenai kontraknya itu.

“Saya belum tahu dari segi tempoh dan gaji yang akan diberikan IBU kerana mereka mahu saya menyelesaikan kontrak dengan Selangor terlebih dulu,” kata pemain pertahanan itu yang bercita-cita besar beraksi di England. Selain itu, Ariff juga mendapat perkhabaran gembira apabila ditawar peluang menjalani ujian selama dua hari bersama Liga Conference England, Luton Town FC pada 31 Mei ini.[myMetro]

Muhd Ariff Zulkifly -oldtraffords.com

# Seandainya berjaya Ariff bakal menjadi pemain bolasepak Malaysia yang kedua selepas Safee Sali bermain di luar negara. Dan mungkin juga jejak yang sama bakal diikuti oleh Wan Zack dan Wan Zaharulnizam di Jepun nanti? Satu perkembangan yang bagus buat pemain2 bolasepak di Malaysia sekarang nih.!! Terbaikk!!
Ranking: 5

Comments (26)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
bagus la ni. dapat tingkat prestasi
My recent post Tanaman pokok betik
1 reply · active 673 weeks ago
Tu la...baca kt blog bro baru tau yg dia dh dapat offer main kt sana...
king kong temasik's avatar

king kong temasik · 673 weeks ago

mmg ramai xkenal mamat ni..dari rimau B jump masuk team piala presiden selangor..
biasa la tu kekadang yg trbaik kekadang dia org buat xpandang je...yg dpt geng2 je..
Harap berjaya ambil peluang yang datang
Pemain kita memang ramai yang berbakat
My recent post Kelantan vs Arema | Piala AFC 2012
dah makin maju peningkatan yg amat positif......
Betul kata yastro ... tetapi benjy tak kenal pula dia ni ... apa pun ia satu perkembangan baik untuk pemain2 Malaysia beraksi di luar Malaysia kerana cabarannya lebih luas dan dapat menimba kemahiran yang 0ne step forward ... tahniah buat Ariff (ini bukan blogger Ariff Shah ke ? ... hehehe) :D
My recent post CERITA SUAMI ISTERI - KENAPA SUAMI TIDUR DI LUAR
perempuan2 mesti suka gila ni. haha..
My recent post Gua menang lagi dan lagi..
banyak lak kabo tentang tawaran kpd pemain kita.harap ada hasil la...
pendedahan yg bgus untk bola sepak malaysia..

xla mcm katak bwh tempurung..
My recent post Rumah Baru
good luck utk beliau semoga mendapa tempat dimata kelab luar negara
My recent post Makanan Enak di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands
Tahniah untuk beliau.. semoga terus maju..
buat yg terbaik
moga berjaya diperingkat antarabangsa :)

My recent post The War of Browser | Mana yang Terpantas?
xpernah dgr pon mamat ni sebelum ni..apapon thniah! kembangkan bakat player2 msia ke sluruh dunia.syabas!
My recent post Dah Dapat Sitelink Ke Ni?
terbaik la...skrg ni pemain2 malaysia da mula di pndang org luar :)
My recent post Pengurusan Masa Berkualiti
tak kenal pun sebelum ni.. harap2 pasni dia dapat peluang lebih baik.. dan moga bola sepak negara terus maju..
mungkin satu hari nnti de wakil msia dlm pasukan man u.. haha
Serius, baru tau pasal mamat ni. Kire mmg hensem dan kacak jugaklah...hahaha

Ok. Aku harap, dia dapat pikat salah sorang pencari bakat tu nanti. Main 2-3 tahun, mana tau, ade rezki boleh ke liga hebat2 mcam liga bpl@spain...terbaik!
My recent post Belanja kahwin. Kenapa sampai membazir?
Baguslah pemain muda kita sudah mendapat tempat untuk bermain kelab diluar negara. Pengalaman mengharungi diperingkat antarabangsa mampu meningkat tahap permainan.
My recent post Minum kopi hanya berkesan untuk si pemalas
1 reply · active 675 weeks ago
Betul tu bro..pasti byk perbezaan apabila bermain diluar dan didlm negara...hrp2 ianya mmbawa impak yg positif...
Lepas nih makin terkenal Malaysia di persada bolasepak dunia... aku tumpang bangga
My recent post Angry Birds Nak Buat Animasi Pulak
1 reply · active 675 weeks ago
Betul tu bro...makin ramai yg dpt main kt luar makin bangga pula kita jdnya... :)
Comel agak anda!Saya suka :) senyuman anda
My recent post Glock
1 reply · active 675 weeks ago
Saya pun sukaa...hehehe
Steady la...bagus la camtu...bertambah lagi pemain hebat Malaysia... :D
My recent post Jual makhluk halus di laman terkemuka eBay
1 reply · active 675 weeks ago
Yup...itu yg semua peminat2 mahukan...
Star in the making. :D Harap beliau berjaya disana & membawa impak yang kepada bolasepak Malaysia.
1 reply · active 675 weeks ago
Harap2 begitu laa...makin seronok pula bila ramai yg dpt bermain diluar nih...

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved