Kerajaan Ayah Pin Di Warta Sesat

on 25 April 2012


Pagi tadi berita Kosmo melaporkan kerajaan negeri Terengganu telah mewartakan "Kerajaan Ayah Pin" atau nama sebenar beliau Ariffin Mohamad sesat. Erkk...terkedu kejap aku, takkan bebaru ni jer nak diwartakan sesat? Selama ni kerajaan Terengganu tak mewartakan apa2 ke keatas "kerajaan ayah Pin" nih?

Okey, sebenarnya sejak tahun 2007 lagi kerajaan negeri Terengganu telah mengharamkan yang ajaran Ayah Pin sesat.
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyenaraikan empat ajaran sesat termasuk ajaran 'Kerajaan Langit' Ayah Pin bertentangan dengan ajaran Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata, tiga ajaran lain ialah Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam yang dibawa Ashaari Muhammad, ajaran Azhar Abdul Wahab dan Syarikat Rufaqa' Corporation dan rangkaian syarikat-syarikat gabungannya yang masih membawa Aurad Muhammadiah.
"Sehingga kini, Jabatan Agama Islam negeri telah mendakwa seramai 52 orang yang terlibat dengan ajaran sesat Ayah Pin termasuk pengasasnya, Ariffin Mohammed.
"Bagi tiga lagi ajaran sesat itu, belum ada pendakwaan dibuat," kata Khazan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.


Ajaran Ayah pin adalah sesat, menyeleweng dan membawa kepada kerosakan akidah. Oleh yang demikian, hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya. 
Fatwa:
Oleh yang demikian,untuk menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan Fatwa berikut:

1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.

2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut.
Tarkih Pewartaan: 4 Disember 1997. 


Keterangan yang dikatakan sesat:
1) Beliau mengaku tidak belajar agama
2) Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan syarak
3) Beliau pernah mengatakan bahawa “ Tidak ada orang lain selain saya dan nabi Muhar salah
dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina syarak
4) Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pegangannya adalah sesat dan bertentangan
5) Mesati jumpa dengan Allah dan Rasul dahulu baru boleh mempercayainya.
6) Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur, Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7) Membongkar Al-Quran terdahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8) Setiap kali sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan
9) Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10) Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerimanya.
11) Beliau mendakwa bahawa di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia.
12) Nyawa manusia yang ada diatas bumi ini adalah duduk ditangannya
13) Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih baik daripada berzikir.
14) Semasa mengucap dua klimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15) Percaya sesuatu perlu mesti lihat dahulu, sekiranya tidak melihat maka tidak boleh
mempercayainya seperti didalam rukun :
 a) Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
 b) Beriman kepada rasul ialah dengan cara berjumpa dengan rasul-rasul.
 c) Kitab al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
 d) Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
 e) Ayah Pin tidak percaya bahawa adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada
hari kiamat.
 f) Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua , dapatlah Qada’ dan Qadar masing-masing


Anda juga boleh merujuk disini [dibawah] tentang fatwa pengharaman Ajaran Ayah Pin ini.

http://www.jheat.terengganu.gov.my/ajaranSesat.php

Sempat Kahwin lagi sebelum lumpuh...he3x!!!
Antara isteri2 Ayah Pin
Ranking: 5

Comments (20)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Hidup lagi ke dia ni?
Rasanya JAKIM pun dah lama wartakan haram pertubuhan ini sebagai ajaran sesat.
My recent post Blogtalk challenge: Malaysia coin card
yang membuatkn chii tertnya2, mcm mana golongan pngkut ayah pin boleh terpengaruh. adakah mereka telah d jampi atau d guna2. sedangkan da terang lg bersuluh,apa yg d ajarkn,ternyata jauh dr landasan islam
mungkin dia nak jadi firaun.. bertaubatlah selagi nyawa belum sampai di kerongkong
Bila sebut orang tua ni. Bengang aku dibuatnya !
1 reply · active 674 weeks ago
he sabau jelah ada2 yang pelik d buatnya
kosmo ni terlewat ke belakang kot hehe
My recent post Shila Amzah Dikecam Kerana Tarian Ghairah Dalam Mania
Sorry lama tak ziarah kat blog bro...

eeemmm heran kan baru je nak warta sesat..... tapi tu lah ayah pin dah lumpuh sempat cari getah muda tuuuu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
sport rim rs watanabe

My recent post Sport Rim RS Watanabe
di manakah manusia ni ?
tak boleh blah betul dia ne....menyempat pula kawen lagi sebelum lumpuh...hahaha.

semoga tiada lagi yang terpengaruh dengan kesesatan ini....
tak boleh blah betul dia ne....menyempat pula kawen lagi sebelum lumpuh...hahaha.

semoga tiada lagi yang terpengaruh dengan kesesatan ini....
Apa bila diwartakan sesat harap pengikut-pengikut ayah Pin akan insaf dan kembali ke pangkal jalan.
My recent post Wordless Wednesday – #Undi AkuBiomed DiGi WWWOW Awards 2012
Moga2 dijauhkan bala ini dari kehidupan kita semua
Sesat lagi menyesatkan
My recent post Jenama Barang Nama Allah
mungkin isu evergreen ayah pin ni...sebab ramai nak baca. terang2 dari dulu sepatutnya da sesat. huhu...

'ok2' gak bini dia. tpi bangang sebab percaya ngan laki camtu....
My recent post Rabu Yang Bisu #40 - Pegawai PTPTN
salam..
heran juga..dah terang lagi bersuluh sesatnya
tapi ramai pula pengikut...khabarnya sapa join
boleh jadi kaya raya..betul ke..?agaknya kerana
duit manusia jadi sesat..wallahualam
My recent post Lelaki Kacak Adalah Zulkbo
Assalam..
Lama kes ni, sejak saya masih di IPT lagi.
Rupanya muncul pulak..
My recent post Teruja Main Kaki Sendiri: Wordless Wednesday
rasa mcm nk sepak2 jer muka die..huhu
My recent post Wordless Wednesday : Ilusi
huh dulu x sesat lagi yek
sekarang baru diwartakan sesat...
memang menyesatkan orang ni
Kalau sudah terang lagi bersuluh sesat, kenalah kita berhati2 dgn macam2 helah dan taktik licik manusia sekarang ni...

moga kita kekal di jalan yg diredhai Allah...ameen
My recent post Jika…
ooo...kau main-main ye sekarang nak jadi tuhan ye...nanti kau dah mati ko tahulah akibatnya...sesal tak berguna..kalau hukum hudud dah lama kena pancung kepala
My recent post Apabila isteri hamil
Kalau boleh cari dan dakwa mereka yang berkenaan ini secepat mungkin!
My recent post Mozilla Firefox 12.0

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved