PELANCARAN PROTON PREVE DI MIECC - Terima Kasih Rakyat Malaysia

on 16 April 2012

PELANCARAN_PROTON_PREVE

Malam ini, jam 10.00 di TV1, insyaallah akan berlangsungnya satu majlis Pelancaran Proton Preve bertempat di MIECC [Mines International Exibition & Convention Centre] Mines Resort City, Seri Kembangan. Acara pelancaran Proton Preve, akan dirasmikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dijangka akan bermula dari jam 7.00pm sehingga 11.00pm. Kalau tak salah aku lebih kurang 300 orang staff PROTON sendiri telah dijemput hadir ke majlis ini bagi memeriahkan suasana. Kemungkinan 2~3 ribu orang ramai akan menghadiri majlis pelancaran Proton Preve ini. Aku pun terasa teruja juga...tapi tak dapat join, ada tugas khas sedang menanti disini.


Apapun ucapan terima kasih aku tujukan kepada semua rakyat Malaysia yang selama ini menyokong produk buatan Malaysia ini. Dari era Proton Saga lama sehinggalah ke model yang terbaru ini, pastinya banyak kenangan kalian bersama model2 tersebut. Terima kasih...terima kasih....terima kasih semua...


Opss...sebelum terlupa, aku difahamkan malam ni diseluruh cawangan Proton Edar semuanya akan membuka booth masing2 bersempena dengan pelancaran Proton Preve ini nanti. Mungkin di cawangan yang besar2 akan ada sedikit upacara pelaancaran tersebut. So, boleh la tengok secara live dan test kat dalam kereta tu.


Okeh..Gambar2 ini menunjukkan betapa leganya kami [warga PROTON|design]setelah kereta yang selama ini diselubungi misteri, akhirnya keluar juga menampilkan dirinya dikhalayak ramai. Bukan senang nak menjaga "kerahsiaan" selama beberapa tahun, hanya mereka yang mengerti sahaja akan memahami betapa sukarnya menjaga "kerahsiaan"  tersebut.....sehinggalah ke tahap yang terakhir saat pelancarannya....Ucapan tahniah kepada semua warga PROTON!

# Harapan kami, semoga Preve akan menjadi satu produk yang betul2 terbaik buat rakyat Malaysia, insyaallah.


Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved