SENYAP!! - Vol #1.1 Altimet Feat Bro Framestone

on 05 April 2012


Salam semua sahabat, ini bukanlah Projek 100 blogger bersama bro Framestone, tetapi ini adalah satu projek dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia khas untuk belia ataupun pemuda pemudi di Malaysia. Senyap #1.1 adalah satu kesinambungan dari program yang sama yang pernah di anjurkan oleh kementerian di PWTC sebelum ini. Sebelum tu aku perkenalkan apakah maksud senyap ni. SENYAP merupakan singkatan dari ( Social Enforcement For National Youth Awareness Program) dimana sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan  merapatkan jurang antara blogger dan Kementerian.

Untuk pendekatan yang berlainan, SENYAP 1.1 akan menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET  dimana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon (MY ICON)  dan juga  Bro Framestone (Senyap Blogger).  Kedua-dua ikon ini akan ditemubual diatas pentas yang santai lagi rileks buat pertama kalinya di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Vyrec memperkenalkan My Icon Bean Bag Talk Show.Kepada semua Belia-Belia diluar sana (Untuk yang berusia 15-40 Tahun)
Kepada belia-belia yang berminat untuk menghadiri program ini sila lengkapkan borang penyertaan anda dan sahkan kehadiran anda di capaian yang disediakan  dibawah. Jangan lepaskan peluang ini kerana hanya 200 peserta yang pertama sahaja akan dipilih. - Rugi kalau korang tak nak join sebab tempat yang terhad tuu.

Registration Form : Capaian
RSVP : Capaian
Program ini akan diadakan pada 11 April 2012 jam 9:00 malam sehingga 10:00 Malam bertempat di aras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya. Tarikh tutup penyertaan pula pada 9 April 2012. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan di page vyrec.
Ranking: 5

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Nak sangat join program macam ni tapi jauh nak pegi tu.. baca update dari rakan lain je nanti :)
My recent post Lepak Sekejap di Tanjung Simpang Mengayau
1 reply · active 677 weeks ago
Tak pe la bro...klau dh jauh sgt bg sokongan kt rakan2 blogger yg lain pun dh cukup bagus sgt dh tu...
Wah, nampak bagus tu
Tapi aku kena tunggu orang update kat blog je la untuk tahu apa2 cerita
My recent post Lelaki Kacak Dari Lubnan
1 reply · active 677 weeks ago
Tah sapa la yg akan join nanti....aku pun lom pasti lagi bro, numpang bc kt blogger lain la kot
My recent post [GAMBAR] MITSUBISHI EVO 10 ZIZAN RAJA LAWAK
semua free termasuk makan
x nak tau la
apa nak kata :)
syyyyyyyyyyyyyyh tapi kena kecoh...
My recent post Betaria vs Pahang | Liga Premier Malaysia 2012 | Keputusan Terkini
1 reply · active 677 weeks ago
Hehehe...apsal bro inform cepat sangat...penuh la nanti...hehehe
Ramai yang sudah war-warkan program SENYAP ini.
My recent post Pinjaman pengajian PTPN diminta mansuhkan
1 reply · active 677 weeks ago
Yup...rasa2nya bro pun terlibat juga kan.... :)
aku tak pegi. dah habaq kat dia awal2.. kau tak pegi ke brother??
1 reply · active 677 weeks ago
Aku pun tak kompom laie...tu je yg aku bagitau kt dia...keje banyak skg nih...semuanya dlm keadaan terdesak... :)
Bagus program ni, bila dibawah kementerian kemungkinan ada peruntukan dr segi kewangan dll.
My recent post Proton Preve kereta Nasional terkini
1 reply · active 677 weeks ago
Gaya2nya begitu la bro DH, harap2 apa yg ditargetkan itu tercapai... :D

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved