Status permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya boleh diketahui mulai hari ini.
Keputusan permohonan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pula boleh diketahui mulai 12 tengah hari esok, demikian menurut kenyataan akhbar ketiga-tiga universiti itu yang dikeluarkan di sini hari ini.
Semakan boleh dilakukan melalui laman web http://www.um.edu.my/kemasukan, http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran dan http://www.smp.upm.edu.my/tawaran bagi program Asasi Sains, Asasi Pengajian Islam di UM, program Asasi Pintar di UKM dan program Asasi Sains Pertanian dan diploma di UPM.
Calon yang berjaya boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) masing-masing untuk membuat pengesahan dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula esok hingga 15 Mei ini.
Tarikh pendaftaran penuntut baru ke program Asasi Pintar UKM adalah pada 23 Mei bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi, program Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam UM pada 27 Mei, manakala program Asasi Sains Pertanian pada 17 Mei di UPM, Serdang dan diploma pada 7 Jun di UPM, Kampus Bintulu.
Bagi calon yang gagal, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.
Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 18 Mei dan keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua Jun 2012.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Seksyen Kemasukan dan Rekod, Bahagian Akademik, UM di talian 03-79673448/3440/3502, Bahagian Pengurusan Akademik UKM di talian 03-89215336/5041/4126 atau Pusat PERMATA Pintar Negara ditalian 03-89216265/7507 dan Bahagian Akademik UPM di talian 03-89466059/6060/6056.
# Semoga berjaya buat semua calon2 SPM yang memohon kemasukkan ke ipt ini.
chii · 672 weeks ago
My recent post Wordless Wednesday #22 – Pak Andam
azli.afzainizam · 673 weeks ago
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair seat kereta berlubang
My recent post Diy Repair Fabrik Seat Kereta Berlubang
hatiputera · 673 weeks ago
My recent post LELAKI KACAK UPDATE SPONSOR
Yastro 119p · 673 weeks ago
suri · 673 weeks ago
Yastro 119p · 673 weeks ago
Norizwan · 673 weeks ago
My recent post Kedai makan burger "Serangan Jantung"
Yastro 119p · 673 weeks ago
arifiaman 51p · 673 weeks ago
Yang berjaya tahniah! yang tidak berjaya, jangan sedih sangat, mungkin ada laluan lain untuk masa depan kamu :) fikir fikir fikir.
My recent post Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Yastro 119p · 673 weeks ago
tehr · 673 weeks ago
belajar rajin2 ya
yang mana gagal, usah putus asa
masih banyak peluang untuk berjaya di sekeliling kita
My recent post Kelantan vs Ayeyawady United | Piala AFC 2012
Yastro 119p · 673 weeks ago
mie · 673 weeks ago
banyak peluang sebenarnya untuk meneruskan pengajian..
xsemestinya di IPTA..
semoga berjaya
hehhee
My recent post Red Velvet Cupcakes Percuma Dari OvenAyesha
Yastro 119p · 673 weeks ago
Encik Anif 129p · 673 weeks ago
My recent post Bila Tiba Musim Peperiksaan
Yastro 119p · 673 weeks ago
akubiomed · 673 weeks ago
My recent post Merisik model baru Proton Preve’ di bilik pameran Proton Edar
Yastro 119p · 673 weeks ago
Oncit · 673 weeks ago
My recent post Magnet Block
Yastro 119p · 673 weeks ago
JebengOtai™ · 673 weeks ago
My recent post Puasa