Nasa Mahu Tempatkan Stesen Di Thailand ! Argh....seperti ada udang di sebalik batu je aku tengok derang nih. Pe hal tetiba je NASA berminat nak tempatkan kelengkapan derang tu disana, apa kes??
Aku takut semuanya projek serampang dua mata, bukannya boleh percaya sangat derang nih. Kekonon nak kaji iklim serantaulah, itu lah ini lah.. last2 maklumat ketenteraan negara lain pulak yang derang hantar kat US sana.
Btw, aku rasa mende ni pasti akan di perhati secara "rapat" oleh negara China, silap2 negara China ni nanti yang bakal jadi pembangkang terkuat penempatan NASA di sana andainya Thailand bersetuju menempatkan kelengkapan NASA di negara mereka.
Apa pun kita tunggu dan lihat dulu keputusan dari kebinet Thailand nih.....
NASA MAHU TEMPATKAN STESEN DI THAILAND
-salam mesra dari yastro-
Aku takut semuanya projek serampang dua mata, bukannya boleh percaya sangat derang nih. Kekonon nak kaji iklim serantaulah, itu lah ini lah.. last2 maklumat ketenteraan negara lain pulak yang derang hantar kat US sana.
![]() |
(X Planes) NASA/Boeing X-48B/C |
![]() |
X-43A Hypersonic Experimental Vehicle |
Kerajaan Thailand belum memutuskan permintaan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) untuk menggunakan pangkalan udara U-tapao di Rayong sebagai pangkalan tetap bagi kajian iklim serantau serta operasi bantuan bencana dan kemanusiaan, meskipun tarikh akhir berbuat demikian ialah Selasa depan.
Perdana Menteri Yingluck Shinawatra memberitahu pemberita di sini hari ini sebuah jawatankuasa masih mengkaji permintaan itu.
Yingluck berkata beliau tidak tahu sama ada kajian itu akan siap pada masa itu dan dibentangkan kepada mesyuarat Kabinet Selasa depan.
NASA telah memaklumkan ia akan menarik balik permintaan itu jika Thailand gagal memberi jawapan menjelang Selasa depan kerana pihaknya perlu membawa masuk peralatan yang berkaitan sebelum kajian iklim dijalankan Ogos ini.
Isu itu menjadi kontroversi apabila pembangkang, Parti Demokrat, mendakwa kerajaan Thailand bersetuju dengan permintaan tersebut sebagai pertukaran untuk visa masuk ke Amerika Syarikat kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh pentadbiran Yingluck.
Pihak yang menentang projek itu juga khuatir ia mungkin melanggar kedaulatan wilayah Thailand dan mendakwa perkara tersebut memerlukan kelulusan Parlimen, manakala sesetengah lagi berpendapat projek NASA mungkin menimbulkan kebimbangan berhubung pengintipan terhadap jiran Thailand kerana membabitkan penerbangan beraltitud tinggi.
Memandangkan banjir teruk melanda satu pertiga negara ini tahun lepas, Kementerian Luar berpendapat Thailand akan memperoleh manfaat saintifik daripada projek itu kerana ia boleh membantu meramalkan keadaan cuaca.
"Saya percaya Amerika Syarikat akan memahami amalan kerja di Thailand meskipun NASA telah menetapkan tarikh akhir," katanya.
NASA MAHU TEMPATKAN STESEN DI THAILAND
-salam mesra dari yastro-
azli.afzainizam · 665 weeks ago
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy paintless dent removal
My recent post Diy Paintless Dent Removal (PDR)
timesx · 665 weeks ago
Candice Michelle · 665 weeks ago
My recent post custom glock accessories
Simon Reyes · 665 weeks ago
Tujuan USA menempatkan NASA di Thailand juga, ingin mengawasi huru hara politik di negara terkenal dengan AMAN DAMAI iaitu negara kesayangan kita, MALAYSIA. Sumber ini saya dapat melalui "NASA insider" sendiri semasa saya belajar di Harvard U cambridge, massachusetts dulu. Katanya minat USA terhadap Malaysia memang daripada dulu lagi kerana Malaysia ni adalah ketua pakatan damai antara negara-negara islam.
Sebab tu Malaysia tidak dibenarkan campur tangan terhadap apa yang berlaku di IRAQ, PALESTIN, PAKISTAN, SOMALIA dan negara-negara islam yang lain kerana Malaysia telah berjaya mendamaikan pejuang GI ISLAM di philliphines dengan kerajaan mereka.
Atas dasar itu, USA merasakan MALAYSIA adalah salah satu negara ancaman bagi mereka, sebab tu ada FUNDING SOURCE yang SANGAT BESAR yang diberikan kepada MALAYSIAKINI, SUARAM dan YAHOO MALAYSIA.
Ini semua bertujuan untuk memecah belahkan kaum-kaum di Malaysia dengan membangkitkan kes-kes yang lama dan mereka cipta kes baru seperti KES LIWAT ANWAR IBRAHIM, KES SCORPENE NAJIB, KES CINCIN BERLIAN ROSMAH dan kes kes pemimpin di Malaysia ni.
Actually, pada pendapat saya, kes-kes sebegini HARUS diselesaikan secara baik di kalangan kalangan rakyat dan pemimpin Malaysia bukan dengan memanggil pihak luar masuk campur dan mengkhabarkan kes kes ini ke media massa luar.
Sekarang USA makin dekat dengan MALAYSIA, adakah negara Malaysia adalah negara yang akan menjadi huru hara seterusnya? Sama samalah kita berdoa.
My recent post Eyriqazz vs Denaihati
tehr · 665 weeks ago
memang ada2 je nak menyusahkan orang lain
My recent post Buat Duit Online
azrinbme 71p · 665 weeks ago
My recent post Glitz & Glam Bloggers Party oleh Apac Aventure
chii · 665 weeks ago
titan · 665 weeks ago
My recent post Eyriqazz vs Denaihati – Part 2
iza · 665 weeks ago
Mungkinkah Thailand tempat strategik untuk memerhati jiran2 sekelilingnya?
My recent post Eyriqazz vs Denaihati
Jebeng Otai™ · 665 weeks ago
tp muskil nper die nk letak kat thai..
My recent post Eyriqazz vs Denaihati
nurmisnan · 665 weeks ago
Makcik ingat musti dia cuba nak tackle makcik nih yang dok kat Mesia... hik3
APAN 106p · 665 weeks ago
My recent post Buatan Malaysia: 10 Ragam Pemilik Kereta (Bahagian 2)
nurmisnan · 665 weeks ago
yayansmum · 665 weeks ago