SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan

on 26 Jun 2012

SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan ! Model terbaru Galaxy S III yang dikeluarkan oleh Samsung bakal mendapat sambutan yang hebat di pasaran.

SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan
SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan Hangat di Pasaran
Samsung Electronics Co (Samsung) mengunjurkan jualan sebanyak 10 juta unit Galaxy S III pada Julai ini, lalu bakal menjadikannya model telefon pintar terlaris dipasaran. 

Penjualan Galaxy S III yang telah dilancarkan pada hujung bulan lalu, disasarkan dapat menyaingi produk Apple iPhone bakal meningkatkan perolehan Samsung pada suku kedua berbanding suku pertama tahun ini.


SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan Hangat di Pasaran

Keadaan ini agak bertentangan dengan unjuran pasaran, kekangan pengeluaran dan kelemahan ekonomi global yang di katakan akan memberi tekanan kepada perolehan syarikat itu.
Saham Samsung jatuh lebih 4 peratus kepada paras terendah dalam 4 bulan setengah, selepas broker menurunkan unjuran keuntungan suku tahunan akibat kebimbangan berhubung perniagaan telekomunikasi dan cip syarikat itu. 



Penanda aras indeks KOSPI jatuh sebanyak 1.6 peratus. 

“Keadaan pasaran keseluruhan adalah mencabar berikutan isu zon euro dan bekalan komponen yang terhad, namun keputusan suku kedua kami akan lebih baik daripada suku pertama,” kata JK Shin, ketua bahagian mudah alih Samsung. 

Keuntungan bahagian mudah alih Samsung berjumlah AS$3.6 bilion (RM11.5 bilion) pada Januari hingga Mac, merangkumi 73 peratus keuntungan operasi kumpulan. 


Samsung melancarkan jualan global bagi Galaxy S III pada 29 Mei, tetapi penghantaran terjejas berikutan kekurangan komponen seperti selongsong telefon bimbit itu. 

“Bekalan kekal terhad berikutan permintaan kukuh dan kekurangan komponen, namun kami menjangkakan bekalan keseluruhan akan dipertingkatkan mulai minggu depan,” kata Shin. 
Pihak Samsung berkata [April lalu] telefon Samsung Galaxy S III bakal menjadi penyumbang prestasi kewangan suku kedua syarikat. 

Penganalisis menurunkan unjuran penghantaran telefon pintar Samsung pada suku kedua beberapa minggu lalu, dengan jangkaan jualan model terbaru Galaxy akan menyebabkan penurunan lebih ketara beberapa produk terdahulu.


SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan Hangat di Pasaran


Mereka juga menyandarkan unjuran itu kepada bekalan terhad Samsung Galaxy S III dan saingan sengit daripada pengeluar telefon murah seperti Huawei Technologies dan ZTE Corp. 

JPMorgan mengurangkan unjuran bekalan telefon pintar Samsung pada suku kedua 10 peratus kepada 50 juta unit. 

Samsung telah berjaya menjual 44.5 juta telefon pintar pada Januari hingga Mac, bersamaan hampir 21,000 unit setiap jam sekali gus membolehkannya menguasai 30.6 peratus pasaran. Apple pula telah menjual 35.1 juta iPhone, dengan 24.1 peratus pasaran. 

Samsung telah memperkenalkan siri pertama Galaxy pada 2010, tiga tahun selepas iPhone melancarkan iPhone, bagi menyaingi kejayaan pelancaran telefon pintar Apple.



-entri cuba memujuk iklan Samsung Galaxy III melekat lebih lama di sini...:D

SAMSUNG Galaxy S III Dapat Sambutan
-Salam mesra dari yastro-
Ranking: 5

Comments (27)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
This is really great information you shared with us. Your research and collection of information really appreciable. I hope that you will come with the latest and useful information in future. Good and keep it up with your work.
My recent post Top 5 Best Android Call Recording Apps Download Free Apk
makin lama makin canggih..tunggu je la wat masa ni..guna dulu apa yg ada :p
My recent post Peminat Misteri
Teringin sangat nak beli, sebab kat Mesir ni pun diorang dah start promote2 jenama Samsung ni tapi bila tengok harga #tetiba "bila nak kayaaaaaaaaa niii!" haha
My recent post The New Era of Misr, Allahu Yubarik!
Samsung...dulu saya pandang sebelah mata sebab design yang agak hampeh tahun 2000-an. Sekarang, Samsung adalah jenama kesayangan, jenama pilihan saya.
My recent post Raub – Hopeless 90′s
bila jenama pengeluar smart phone bersaing sesama sendiri utk keluarkan model terkini dgn ciri yg semakin maju...hoho

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy paintless dent removal

My recent post Diy Paintless Dent Removal (PDR)
bro gambar atas sekali, lain dr S3 sebenar rasanya. spesifikasinya hebat.
S3 tak mampu milik. Mahal~
xtau kenapa, jenama samsung x mampu tarik perhatian aku, still support sony, hehehe
My recent post Eyriqazz vs Denaihati
err dengan iphone mana satu lebih berat
My recent post Wordless Wednesday : cemil-cemilan
Memang ngetop Samsung Galaxy S3 ini. :-)
My recent post Wordless Wednesday – # Hak golongan OKU
Kalaulah samsung buat yang power mcm nie tapi mampumilik kan baguuzzz~
My recent post Eyriqazz vs Denaihati – Blogger Hebat Dilaga-Lagakan
1 reply · active 665 weeks ago
Yup...klau mcm tu setuju sgt2 ehhhh....tak pun bg diskau kt blogger then blogger kasik promote laa... :)
mahal. tapi kalau tengok kat nuff tu macam nk klik je kan. haha
My recent post Wordless Wednesday #15 : Tarikh Bulan Puasa Ramadhan 2012
1 reply · active 665 weeks ago
Hahaha....tu la bro, niat utama bukan kt entri sebenonya.... :D
salam Bro..
wahh..dah beli domain name baru nampak?
TAHNIAH ..moga terus berjaya dalam berblogging

Hosting sendiri ke Bro?
My recent post Entry Blog PR 3 Tapi Blog Utama Hanya PR 2 Dari Google
1 reply · active 665 weeks ago
Yup bro...domain baru...rasanya hari senin hrtu kot... :) , terima kasih bro.

Hosting?? Errr...yg tu kemudian je laa....maleh nk hosting2 ni...byk mende yg nk kena pikir lagi... :D
ada juga terniat nak memilikinya..
ehehehehee
My recent post Wordless Wednesday #16 MMHE Pasir Gudang
1 reply · active 665 weeks ago
Mula dgn niat...pas tu kumpul rm pas tu.....grab je laaa.... :D
aku tunggu s iv je
tu pun kalau sempat kumpul duit
haha
My recent post Tak Jumpa Pintu Pagar
1 reply · active 665 weeks ago
Hahaha....selalunya payah nak nyempat2 nih... :)
memang menarik
tapi belum ada keperluan utk memilikinya :)
My recent post Portugal vs Spain | Semi Final EURO 2012 | Live Streaming
1 reply · active 665 weeks ago
lebih kurang sama je kita ni bro...hehehe
sekali jual puluh2 juta unit..huhu dsyt2
My recent post Eyriqazz vs Denaihati : Tema SEO Thesis
Peranti yang paling menakjubkan yang pernah saya dimiliki
My recent post tactical military gear
kenapa aku tengok model S3 ni macam tak berapa menarik yer.. sama ja macam S dan S2. ataupun aku ni tak pandai menilai ...
muka hadapm jam cantik ada awan..ada mlm2 heeee
nipis je..... smart plak tu....
tp tak mampu nk miliki lg.....
My recent post Dr. Muhammad Mursi Presiden Mesir yang Baru Selepas Revolusi.

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved