KEKEJAMAN MYANMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA

on 03 Julai 2012


KEKEJAMAN MYANMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA ! Ibarat Gajah didepan mata tak nampak, kuman seberang laut jelas kelihatan. Itulah yang aku rasa ke atas kekejaman bangsa Myamar ni pada bangsa Rohingya yang beragama Islam. Tertindas tanpa bantuan sesiapa pun...gamaknya apa yang sedang kerajaan kita lakukan terhadap mereka? Bantuan jenis apakah yang hendak di hulurkan??

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA
KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA 

Siapakah umat Islam Rohingya?


Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?


Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.


Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA
Siapa lagi yang akan membantu mereka melaikan kita saudara seislam....
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.
Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :
1-Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.

2-Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.

3-NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.

4-Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.

5-Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.


KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA
Kekejaman Terhadap Orang Islam semakin menjadi2 kebelakangan ini...Mampukah kita dgn melihatnya shj?

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
Hadith riwayat Muslim

KEKEJAMAN MYANMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA 

-salam mesra dr yastro-
Ranking: 5

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
maggot violet's avatar

maggot violet · 659 weeks ago

ini tidak adil bgi ,nilai nyawa makin murah ..
kita dah ambik 25,000 rohingyan sejak 1991 di bawah unhcr.. kalau jumpa bangla yang sebut dia warga myanmar di negara ini, itulah rohingya.. banyak mereka kerja di pasar borong selayang dan memegang kad unhcr. jangan sembarangan sebut kita tak buat apa. itu fitnah.. yang penting, kita perlu menggesa negara serantau menekan myanmar dan kalau boleh pakatan ketenteraan perlu ambil tindakan..

dan juga, bangladesh perlu ditekan kerana melarang dengan cara menembak mati pelarian rohingya yang memohon perlindungan di negara tersebut walaupun hanya dipisahkan sungai, tentera bangladesh menghalau beribu pemohon perlindungan, di mana mereka akhirnya dibunuh beramai-ramai oleh myanmar.. menulis biar ikut fakta, bukan hati,
gaaraMedzu's avatar

gaaraMedzu · 661 weeks ago

besar Hati ingin membantu mereka...
Ya Allah mengapa Umat islam sampai segitunya diperlakukan....

PErcayalah Allah itu Maha Adil
bersabarlah
aku hanya bisa membantu dengan DOA...
semoga kalian dilimpahkan kesabaran, diberikan kemudahan.....
Bro itu hari komen dari unhcr aku pastekan dekat sini ya
petikan dari http://ric-malaysia.weebly.com/
Rohingya Refugees The Muslim Rohingya population of Burma has been consistently persecuted by the Burmese government. In 1982, the Burmese government passed a law which effectively stripped citizenship for the Rohingya. Further, they have very limited freedom of movement, no freedom of religion, and frequently experience land seizure, forced labor and arbitrary arrest. The Rohingya are currently excluded from the resettlement programs for Burmese of other ethnic minorities from the Thailand-Burma border camps. An estimated one million Rohingya have fled Burma by boat, often paying unscrupulous people smugglers, and the refugees now live in Malaysia, Bangladesh, Thailand, and the Middle East.

menurut http://www.unhcr.org.my
As of end April 2012, there are some 98,100 refugees and asylum-seekers registered with UNHCR in Malaysia.
- Some 89,900 are from Myanmar, comprising some 34,430 Chins, 22,840 Rohingyas, 10,480 Myanmar
Muslims, 10,510 Rakhines, 3,780 Mons, 3,250 Kachins and others from other ethnicities from Myanmar.

- There are some 8,200 refugees and asylum-seekers from other countries, including some 4,480
Sri Lankans, 1,090 Somalis, 790 Iraqis and 440 Afghans, and others from other countries.

71% of refugees and asylum-seekers are men, while 29% are women. There are some 20,000
children below the age of 18.

There are also a large number of persons of concern to UNHCR who remain unregistered.
Refugee communities themselves estimate that the population of unregistered refugees and
asylum-seekers to be some 10,000 persons.

nak tolong? contact terus ke
UNHCR Representative
United Nations High Commissioner for Refugees
570, Jalan Bukit Petaling
50460 Kuala Lumpur

Tel: 603 2141 1322
Fax: 603 2141 1780
Email: mlslu@unhcr.org
My recent post Wordless Wednesday : I like
2 replies · active 661 weeks ago
gaaramedZu's avatar

gaaramedZu · 661 weeks ago

besar Hati ingin membantu mereka...
Ya Allah mengapa Umat islam sampai segitunya diperlakukan....

PErcayalah Allah itu Maha Adil
bersabarlah
aku hanya bisa membantu dengan DOA...
semoga kalian dilimpahkan kesabaran, diberikan kemudahan..... ^_^
ok bro...thanks
buat masa ni mungkin doa yang terbaik buat mereka. moga Allah jaga sahabat kita disana.
pendapat aku bro, ini bukannya masalah kita sesama kita x menerima mereka, jgn pandang dari satu sudut, ada pelbagai lagi halangan, bukan mudah kita nak menerima mereka, kita menerima mereka org islam akan tetapi menerima mereka secara 100% kemalaysia dan diiktiraf bakal menimbulkan masalah lain. Jika itu berlaku maka akan berlaku hijrah besar besaran yang melibatkan jutaan manusia ke Malaysia. Kita seharusnya bantu mereka dari segi wang dan makanan, malah kita sepatutnya perhebatkan kekuatan warga negara rohigya iaitu myamnar, dengan itu akan wujud warga MYANMAR yg ISLAMIK, iainya suatu yang baik walaupun bukan sekarang tetapi utk masa depan,
My recent post Cik Ika Yang Pandai Main
kene perhalusi sebenarnya perkara ini..mungkin ada sebabnya kenapa Malaysia mendiamkan diri..

salah satu antaranya ialah adaptasi dalam masyarakat setempat..budaya mereka lain dgn budaya kita..pada sy jika hulurkan bantuan @ wang kita tiada mslh..ttp utk membina kem pelarian ia adalah masalah yg lain..

pendapat sy shja..
My recent post Wordless Wednesday : Machinchang
Saya tidak senang melihat yang satu ini, saya akan berdoa untuk bangsa ini. Saya tahu Tuhan akan memberkati negeri ini.
My recent post בני ברוך
Murah nilai harga seorang manusia. :-(
My recent post Wordless Wednesday – # Jurugambar tegar
drpd yg pernah aku baca sebelum ni pun, isu ni mmg da lma berlaku...tp senyap je...nasib baik ada posting baru2 ni pasal ni. tau gak la ada saudara kita tertindas kat sana...ramai yg dah terbunuh...yg hidup jd pelarian...nak setel mmg kena guna kuasa pemerintah di negara2 jiran myanmar. kita yg kononnya negara islam contoh kena la berani bersuara...jngn pilih bulu...
My recent post Terlanjur Bersama Kekasih Gelap Dari Bangladesh

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved