Keputusan Malaysia Vs Laos AFF Suzuki 2012

on 29 November 2012

Keputusan Malaysia Vs Laos AFF Suzuki 2012
Safee meraikan kejayaan menjaringkan gol
Keputusan Malaysia Vs Laos AFF Suzuki 2012 ! Alhamdulillah...syukur sesangat kerana akhirnya pasukan Malaysia berada dilandasannya kembali untuk bersaing dalam Piala AFF Suzuki Cup 2012 ini dengan menewaskan Laos 4-1.

Tahniah pertamanya aku berikan buat coach, Rajagobal yang akhirnya berjaya melegakan perasaan resah aku dan juga seluruh peminat bolasepak tanahair. Nampaknya kali ini para pemain pun lebih komited berbanding perlawanan pertama kita menentang Singapura.

Namun aku tau, Rajagobal pasti memandang serius apabila pada separuh masa pertama para pemain khususnya penyerang gagal memberikan gol yang lebih walaupun percubaan banyak dibuat dengan serangan yang bertali arus ke bahagian pintu gol Laos. Nampaknya separuh masa pertama tu para pemain seakan "kelam" dengan  hilangnya pintu gol pasukan lawan, melainkan gol si Safiq.

Separuh masa kedua juga aku kecewa pada mulanya, namun akhirnya semua kekecewaan itu terbalas dengan gol dari Safee, Wan Zack dan Khyril Muhymeen. Jadi 4-1 tu kira okey la pada aku, dan penonton yang hadir pun rasanya boleh tidur lena dan terasa pembelian tiket yang berharga RM30 itu berbaloi.

Namun, selepas ni perlawanan Harimau Malaya menentang Indonesia pastinya lebih sukar. Indonesia yang mulanya hanya mampu seri dengan Laos menunjukkan satu peningkatan juga  apabila berjaya menewaskan Singapura dengan gol 1-0. Harap2 Rajagobal memiliki senjata ampuh untuk menewaskan mereka, kerana setiap kali bertemu Indonesia, perlawanan pastinya sangat sengit!!!





Keputusan Malaysia Vs Laos AFF Suzuki 2012
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5

Comments (13)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
lepas tgk separuh masa ke2, lega sikit sakit jantung aku..

harap2 harimau teruskan cara permainan mantap sebegini..!

B)
My recent post Gempar!!! Penemuan Terowong Rahsia 100km Di Palekbang Tumpat Kelantan !
apa-apa pun malaysia dah menang. sekalung tahniah buat rajagobal dan pemain Malaysia..momentum kemenangan harus diteruskan
My recent post Mana Hilangnya Taring Harimau?
tahniah kepada pasukan Malaysia.. moga menang lagi jumpa Indonesia nanti.
My recent post Don’t worry about tomorrow
Jom support Harimau Malaya! Pastikan kita layak ke Semi!
Harap kita menang lawan Indonesia!
harap menang lagi dengan indonesia nanti..
My recent post Tahniah Malaysia! Tahniah Harimau Malaya! Benam Laos (4-1)
Kena menang dengan Indon pula. Jika tidak persembahan cemerlang malam tadi tiada maknanya. Come on Harimau Malaya...
My recent post Top 8 Tips For Building A Great Website!
Tahniah Harimau Malaya... :D perlawanan semalam telah dapat menebus maruah negara...harap perlawanan seterusnya perkukuhkan lagi...sebab benteng pertahanan masih lemah lagi....
My recent post Penipuan internet kerja sambilan di rumah
Indonesia hanya mampu seri dgn laos yabg dibelasah Malaysia 4-1, tapi Indonesia juga mampu menang 1-0 ke atas Singapura yang kalahkan Malaysia 3-0....sama2 kita tengok hehe
My recent post Tempat Menarik Di Melaka Zoo Melaka
Tanniah buat skuad bimbingan Datok Rajagobal. Semangat inilah yang kita cari ia adalah transformasi Harimau Malaya.
My recent post Piala AFF Suzuki 2012 layu pagi Isnin bersama Harimau Malaya.
Malam td mmg milik malaysia. Cuma ralat jugak sbb banyk peluang utk gol tak gol.
Harap striker dapat tajamkan penyudah sebelum nak lawan indonesia sabtu ni.

Apa2pun, ambe yakin yg Malaysia boleh menang lawan indonesia dengan syarat, main mesti kena macam malam td...marking kaw2 punya...macam yg indonesia buat kat player singapura...

My recent post Malam Lelaki Kacak!
Wah... tak sangka 4-1. Terbaiklah MALAYSIA!!! Keep it up. Kalau macam ni la. Saya rasa memang Malaysia boleh masuk olimpik nye...

( Lama tak masuk blog tuan... hehe :D )

Ikhlas, http://danialde4.blogspot.com/
My recent post MTUC: Membuat Tajuk Halaman Blogger Mesra Carian
Tahniah Harimau Malaya kerana berjaya menyempurnakan misi.. Perlawanan seterusnya tentu lebih sukar!
My recent post Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2012 - Malaysia vs Laos
1 reply · active 643 weeks ago
Yup..pastinya selepas ini bertambah sukar

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved