Keputusan MALAYSIA VS INDONESIA AFF Suzuki 2012

on 02 Disember 2012

Keputusan MALAYSIA VS INDONESIA AFF Suzuki 2012

Piala Suzuki AFF 2012 - MALAYSIA VS INDONESIA ! Alhamdulillah....akhirnya keputusan memihak kepada Malaysia bila bertemu dengan musuh tradisi Indonesia dengan keputusan 2-0 di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Puas juga hati aku walaupun hanya menonton siaran Suzuki Cup tu dari rumah sahaja, nasib baik separuh masa pertama pemain kita berjaya menjaringkan gol walaupun peluang tu tak banyak berbanding perlawanan dengan Laos tempoh hari. Respek aku buat Wan Zack, memang dia antara yang paling menyerlah pada perlawanan Malaysia Vs Indonesia tu tapi tak juga sumbangan buat pemain lain....korang memang mantap beb!!!

Analisa aku untuk game malam tu sempoi jer, ada gol, kita menang dah kira bagus la walaupun separuh masa kedua kita digasak hebat oleh team Indonesia. Pemain cilik diaorang memang memberi banyak masaalah pada pertahanan team Malaysia, bagaimanapun alhamdulillah kita berjaya juga. Tahniah diucapkan buat seluruh team Malaysia, pengurus,pemain dan yang lain2.

Apapun, Piala AFF Suzuki 2012 ni masih belum tamat lagi, selepas ni team Malaysia bakal bertemu pula dengan Thailand. Satu lagi musuh tradisi negara. Tak salah aku, 9 Disember 2012 ni perlawanan Separuh Akhir akan dimulakan di Bukit Jalil manakala Singapura akan bertemu Filipina di negara Filipina (betulkan jika aku silap). yang penting, kita doakan Malaysia berjaya......buktikan Harimau masih hebat mengaum seperti dulu!!!!!!!




- Jersi baru tu tuk away saja ker? tak nampak lagi depa pakai.......




Keputusan MALAYSIA VS INDONESIA AFF Suzuki 2012
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
tahniah untuk harimau malaya, tak sabar pulak nak tunggu lawan thailand
Tahniah kepada pasukan Malsysia berjaya mengalahkan Indonesia.
cabaran sebenar nanti bila jumpa thailand
malaysia boleh!
My recent post Piala AFF Suzuki 2012 | Malaysia Ke Separuh Akhir
Harimau Malaya steady....hebat seperti dulu....malam tadi Mahali paling hebat mempertahankan.... :D
My recent post Pertama kali terjah I-City Shah Alam
Rasanya pihak lawan minta tidak menyangka pemain muda mampu menyerlah dan menjaringkan gol.
My recent post The Grand Finale Samsung AppStar 2012
always support HM.. diorang memang mantap sebenarnya brother..
sekali gagal bukan bermakna gagal seterusnya..

Orang melayu ni sekali gagal nak kutuk gila2.. relax ler...
My recent post iPhone 5 gadget impian

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved