Suka Duka Harimau Malaya Piala AFF 2012

on 26 November 2012

Suka Duka Harimau Malaya Piala AFF 2012 ! Sedih sekali....sungguh sedih dengan keputusan penuh perlawanan Malaysia menentang Singapura dalam saingan Piala AFF Suzuki 2012 sebentar tadi.

Group Harimau Malaya Piala AFF 2012

Tewas 0-3 kepada Singapura bukanlah perkara yang menggembirakan hati. Aku tahu pemain kita dah berusaha penuh, tetapi masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.

Pasti bukan aku saja yang akan berkata begitu....ramai penganalisis luar padang yang tak bertauliah sama seperti aku pun akan sama berpandangan begitu.

Apapun, aku harap coach kita Datuk K Rajagobal akan dapat atasi perkara ini secepat mungkin. Mungkinkah pisang mampu berbuah dua kali. Siapa tahu?

Tetapi jangan dikenang sangat kejayaan lalu ketika di Indonesia dimana perlawanan pertama juga kita kalah dengan teruk tetapi akhirnya Harimau Malaya pulang dengan bangga apabila menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 itu.

Suka Duka Harimau Malaya Piala AFF 2012

Tang penyokong pula aku memang respek dengan Ultras Malaya...teruskan sokongan korang, memang antara yang terbaik. Stadium tadi pun nampak agak penuh juga..harap2 lepas ni suasana dan pemandangan serupa akan dapat dilihat lagi walaupun Harimau Malaysia baru saja tewas kepada jiran sebelah.

Apa yang penting sekarang ni, harap2lah para pemain dan coach dapat tingkatkan lagi corak permainan pasukan. Aku dah suka hati sikit dah pada separuh masa kedua dengan cubaan2 yang agak kerap berbanding separuh masa pertama. Cuma ralat bila tengok pertahanan leka sehingga kuda tua mereka berjaya menjaringkan gol ke 3.

Adios Harimau Malaya, bangkit dengan segera, masih ramai yang berada dibelakang anda semua!!!!!



#Baru aku perasan tadi, ramai juga yang masuk cari keyword "Live Streaming Malaysia - Singapore"......rugi x buat entri...hahahaha



# Minta Tolong Semua Kawan2 atau pembaca untuk "Bantu Aku Klik Butang G+1 ", Ianya amat Penting Kerana aku sekarang ni sedang BERTARUNG untuk CONTEST iPhone 5 GAJET IMPIAN ini.... Bagi rakan2 blogger yang join, just inform aku dan insyaallah aku akan kembali dgn kadar segera utk beri G+1 utk korang pula......Terima kasih.

Suka Duka Harimau Malaya Piala AFF 2012
~Salam mesra dari yastro~




Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved