Skim Rumah Pertamaku - Gagal Mencapai Matlamat

on 05 Januari 2013

Skim Rumah Pertamaku - Gagal Mencapai Matlamat

Skim Rumah Pertamaku - Gagal Mencapai Matlamat ! Kerajaan menerusi pembentangan bajet 2013 telah mengumumkan satu skim iaitu "Skim Rumah Pertamaku" khas untuk golongan muda memiliki rumah.

Tetapi dari apa yang aku baca, skim ini sebelum ini hanya mensyaratkan gaji minimum RM3,000 sebulan telah dinaikkan kepada RM5,000 sebulan mulai Januari 2013 ni telah gagal. Bertambah malang apabila separuh golongan muda yang bergaji RM3,000 sebulan dan memohon untuk pinjaman tersebut telah "gagal" menepati kritiria yang pihak bank tetapkan.

Menurut data dari Bank Negara, daripada 1,062 permohonan, hanya 389 (36.6%) yang diluluskan oleh pihak bank manakala 505 lagi pemohon (47.5%) tidak layak. Manakala sejumlah 168 (15.8%) permohonan masih lagi sedang diproses. Menurut pihak bank negara,
”Untuk layak, pemohon perlu menyakinkan pihak bank yang mereka mampu mematuhi syarat pinjaman dan mempunyai rekod pinjaman yang baik.
”Ini bagi memastikan pemohon tidak dibebani hutang yang melampau, hingga boleh menyebabkan mereka diisytiharkan muflis,” kata Bank Negara.
Skim ini dikatakan akan memberikan pinjaman 100% kepada golongan belia tanpa pembayaran deposit 10% nampaknya hanya sekadar pemanis sahaja. [pandangan aku]

Bayangkan berapa kerat gamaknya golongan muda yang bergaji RM5,000 keatas dan berjaya memiliki rumah menerusi skim ini dan bayangkan pula berapa ramai gamaknya pemuda/belia Malaysia [sektor swasta sahaja] yang gagal memiliki rumah kerana karenah dan syarat bank yang terlalu ketat!
Bagi aku, pihak kerajaan kena kaji dengan lebih serius apa juga kemudahan yang nak disediakan kepada rakyat. - Andai kata gaji besar pun, tapi bila bank nilai pembayaran tersebut melebihi komitmen, pinjaman tersebut tetap akan gagal....



Skim Rumah Pertamaku - Gagal Mencapai Matlamat
~Salam mesra dari yastro~

Ranking: 5

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Perumahan Baru di Bandung 2016 Cluster Rancamanyar
Cluster Rancamanyar Hunian Nyaman di Bandung
gaji lebih rm5000?
alahai payah nak jumpa orang yang layak tu, bro
My recent post Menunggu Buah Gugur
haha..sabar ajelah ye..
My recent post Manipulasi dalam sesebuah Contest
tak ramai gajinya RM5000...

My recent post Projek Bloglist 2013 MQ-Network
Tujuan baik untuk golongan muda memiliki rumah sendiri. Tidak dinafika golongan muda juga dibebani hutang kerana gaya kehidupana mereka.
My recent post Projek hujung minggu DIY Soft Box bajet rendah

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved