Yuna Terima Bayaran USD 40,000 Nyanyi Lagu The Croods | Tahniah buat penyanyi Malaysia, Yuna kerana dikatakan telah dibayar sebanyak USD 40,000 untuk menyanyikan lagu tema filem animasi "The Croods" yang berjudul Shine Your Way.
Namun begitu, USD 40,000 tersebut yang bersamaan dengan RM120,000 menurut Yuna bukanlah hak milik mutlak dia seorang, sebaliknya sebahagian dari jumlah tersebut diserahkan kepada label musik beliau.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Yuna kerana penampilannya yang semakin mendapat tempat jauh di seberang sana. Nampaknya nama Yuna kini semakin gah dipersada dunia.
Berbalik kepada filem animasi "The Croods" yang bakal ditayangkan di US pada bulan Mac depan, filem tersebut turut mendapatkan khidmat suara pelakon terkenal, antaranya ialah Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Catherine Keener, Emma Stone, Clark Duke, dan Cloris Leachman.
Yuna kini merupakan anak didik kepada David Foster yang merupakan komposer dan penerbit juga merupakan pemilik syarikat rakaman Jazz US yang terkenal kerana melahirkan ramai star2 iaitu Verve Music Group.
Dbawah ini, den sertakan preview/trailer terbaru filem animasi "The Croods" yang bakal keluar pada Mac nanti. Selamat menonton....
Yuna Terima Bayaran USD 40,000 Nyanyi Lagu The Croods
~Salam mesra dari yastro~
khairil · 634 weeks ago
My recent post 10 Senibina Paling Menggemparkan Dunia Yang Terdapat Di Timur Tengah
akubiomed · 634 weeks ago
My recent post Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
TehR · 634 weeks ago
tanpa penampilan seksa seksi juga boleh berjaya
My recent post Pantun Gelisah
Encik Anif 129p · 634 weeks ago
My recent post Perkara Negatif Boleh Berjangkit