Al Fatihah-2 Komando Polis (VAT 69) Terbunuh, 10 Tentera Sulu Terbunuh

on 01 Mac 2013

Al Fatihah- 2 Komando Polis (VAT69) Terbunuh, 10 Tentera Sulu Terbunuh

Al Fatihah-2 Komando Polis (VAT69) Terbunuh, 10 Tentera Sulu Terbunuh | Setelah berminggu kerajaan Malaysia bersabar dalam menangani isu tentera Sultan Sulu menceroboh bumi Malaysia di kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah, akhirnya hari ini diberitakan 3 Komando Polis dari VAT69 terbunuh akibat diserang tentera Sulu.

Berita kematian anggota VAT69 ini telah tersebar dengan cepatnya melalui facebook, web dan akhbar online. Alfatihah kepada dua Pahlawan Negara iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari Unit 69 Komando G/17984 skuad 2/2006. 

Mereka dilaporkan terbunuh di pos kawalan akibat terkena serangan mortar dari tentera Sulu. Selain itu, dikatakan juga dua lagi anggota keselamatan Malaysia mengalami kecederaan kerana serangan Tentera Sulu ketika mereka berada didalam kenderaan. 

Sekeping gambar keluarga anggota VAT 69 tersebut, iaitu allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat telah beredar kini dilaman facebook, tapi aku tak begitu pasti kesahihannya.

# Update terkini dari fb, seorang lagi anggota VAT 69 dilaporkan telah terbunuh, manakala 3 lagi anggota polis mengalami kecederaan.


Manakala dipihak Tentera Sulu pula, dilaporkan 10 orang telah terbunuh (terkini 12) dan ada dakwaan mengatakan salah seorang dari mereka adalah wanita. Pihak Sulu juga mendakwa, Polis dan Tentera Malaysia telah menggunakan "sniper/penembak tepat" terhadap tentera mereka.

Mengulas berita tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengesahkan insiden tembakan memang berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu tetapi beliau turut menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak melepaskan tembakan. 


“Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi ini!” katanya dalam mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan penceroboh bersenjata itu. 



# Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah memberi MANDAT penuh kepada Ketua Polis dan Panglima ATM untuk bertindak terhadap kumpulan ini.




# Bagi aku, kalau benar pihak keselamatan Malaysia telah VAT69 telah diserang terlebih dahulu, sepatutnya tiada maaf lagi untuk puak tentera Sulu ni. Kesabaran kita ada had dan batasnya. Jangan biarkan anggota polis/tentera kita mati tanpa pembelaan..Berikan mereka pengajaran yang pahit sepahitnya agar mereka takut untuk ulangi perkara sebegini dilain masa.

artikel lain - Polis Dan ATM Akan Serang Tentera Sultan Sulu?

Al Fatihah-2 Komando Polis (VAT 69) Terbunuh, 10 Tentera Sulu Terbunuh
~Salam mesra dari yastro~

Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved