Lima Polis Maut Di Semporna, Dua Lanun Terbunuh

on 03 Mac 2013

5 Polis Maut Di Semporna, Dua Lanun Terbunuh

Lima Polis Maut Di Semporna, Dua Lanun Terbunuh   | Nampaknya isu yang sedang berlaku di Lahad Datu telah berlanjutan di kawasan lain di Sabah. Informasi terkini mengesahkan pihak polis telah kehilangan 5 anggota semalam semasa operasi memburu beberapa lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Berita tersebut telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika sidang akhbar di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Rumah air Simunul Sabah
Perkampungan air di Simunul
Selain kes di Lahad Datu dan Semporna, pihak polis turut memantau sekumpulan lanun Sulu di Kunak yang memakai pakaian seragam tentera dengan 3 dari mereka dilaporkan bersenjata.

Orang ramai cemas di Semporna
Penduduk beratur untuk mengisi petrol di Semporna akibat kejadian tembakan semalam
Penduduk di Simunul, Semporna turut dilaporkan meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan kejadian tembakan yang berlaku semalam.

Pergerakan kenderaan keluar dari Semporna
Kenderaan berderet keluar dari Semporna


# Update: 

# Penduduk kampung di Senallang Lama, Semporna dilaporkan telah memukul sehingga mati seorang anggota lanun yang bersenjatakan M16. PM, Datuk Najib dikatakan telah memuji tindakan penduduk kampung tersebut.

# Pihak polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa.

# Terkini 6 kumpulan penceroboh turut terbunuh, menjadikan kesemua korban dikalangan penceroboh ialah 19.



Lima Polis Maut Di Semporna, Dua Lanun Terbunuh 



Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved