Pilihanraya Dah Hampir Dekat, Jangan Lupa Tunaikan Tanggungjawab

on 20 April 2013

Pilihanraya Dah Hampir Dekat, Jangan Lupa Tunaikan Tanggungjawab

Pilihanraya Dah Hampir Dekat, Jangan Lupa Tunaikan Tanggungjawab | Salam dan selamat sejahtera buat semua rakan. Hari ini, seluruh negara akan bersesak terutamanya dpusat penamaan calon. Setiap parti akan membawa penyokong masing-masing untuk memberi semangat dan menunjukkan tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti masing-masing.

Sejumlah 4,996 borang penamaan calon telah dijual oleh SPR. 1,466 borang penamaan calon iaitu Borang 4 untuk Parlimen dan 2,533 Borang 4A untuk Dewan Undangan Negeri (Dun). Selain itu, sebanyak 301 Borang 4 serta 696 Borang 4A telah dijual kepada calon Bebas. Nampak meriah bebeno PRU13 kali ini.

Apapun, tanggungjawab kita sebagai rakyat adalah pada 5 Mei nanti. Jangan ada berlaku kekecohan lagi sudah laa.....cukup la dengan beberapa kes terpencil yang berlaku sebelum ni. Hanya kerana bendera je....

Insyaallah aku pun akan tunaikan tanggungjawab kali ni, alhamdulillah tempat pengundian aku dan wife aku walaupun berubah dari yang sebelum ni tapi tak le jauh sangat. So tak perlu la nak bermudik kehulu atau kehilir semata-mata nak mengundi.

Opss....citer pasal nak pergi mengundi ni, beberapa cerita best dah mula didengari, tapi rasanya tak pelu aku nak ceritakan disini secara detail, cukup la aku kata yang ade kengkawan balik mengundi ni akan dapat saguhati sikit...hahaha - rugi aku sebab ngundi dekat.

Apapun, sekarang ni aku sebenarnya sibuk melayan blog lain sampai blog yang ni pun dah terabai. Penting tetap penting sebab banyak sejarah dengan blog ni. Sayang banget woo....harap2 percaturan aku yang ni menjadi. Insyaallah, jumpa lagi lain kali....banyak bz maaa.....hahaha

Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved