Memaparkan catatan dengan label DuNia KiTa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DuNia KiTa. Papar semua catatan

[Video] Lelaki Ditanam Hidup2 Oleh Tentera Syria

on 28 April 2012

[Video] Lelaki Ditanam Hidup2 Oleh Tentera Syria

Semalam melalui link mana ntah, aku terjumpa satu video yang memaparkan kekejaman tentera Syria keatas penunjuk perasaan ataupun mungkin juga penentang kerajaan Syria. Kelihatan 2 orang lelaki dipijak di kepala dan badannya oleh tentera Syria tersebut.

Tetapi hari ini, satu lagi peristiwa kejam dilakukan oleh tentera Syria...satu video yang aku share ini bakal memaparkan betapa kejamnya mereka keatas orang awam disana. Video seorang lelaki ditanam hidup2 sangatlah menyayat hati aku. Korang juga boleh mendengar ucapan terakhir lelaki tersebut....dan paling penting sekali bezakan ucapan balas tentera Syria tersebut keatas lelaki malang itu...korang tengok sendiri video yang mungkin bakal di tapis/dibuang oleh pihak youtube...

Tag :

Gambar Hotel dan Taman Legoland di serata dunia

on 27 April 2012

Masa kecik2 dulu pernah tak korang bermain dengan permainan yang dipanggil "Lego"? Rasanya pernah kan...aku juga tak terkecuali. Sampai zaman sekarang ni, permainan Lego ni masih ada.

Perbezaannya?Rasanya tak banyak sangat dengan Lego yang dulu2..cuma diberi nilai tambah dengan beberapa design dan model baru, kini Hotel Legoland yang ke 4 dan pertama di Malaysia akan dibuka. Woww....nampak menarik jerr, insyaallah kalau dah siap nanti aku ingat nak lepak kat sana juga laa..
SHAH ALAM - Pengusaha tarikan pelancongan global, Merlin Entertainments Groups (Merlin) dan LL Themed Hotel Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama di antara Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) dengan Iskandar Harta Holdings Sdn Bhd memeterai perjanjian pengurusan membangun dan membina Hotel Legoland pertama di Asia Tenggara, dan keempat di dunia.
 
Dalam satu kenyataannya, syarikat itu berkata, Hotel Legoland itu akan dibangunkan di Nusajaya, Johor adalah cawangan ke empat dan pertama di Asia.
 
"Kerja-kerja asas pembinaan bermula sebulan lalu. Hotel seumpama itu telah dibina di Billund (Denmark), Windsor (United Kingdom) manakala yang ketiga di California, Amerika Syarikat pada 2013," katanya.
 
Hotel tema seluas 1.2 hektar itu dijadualkan dibuka pada pertengahan 2014, terletak bersebelahan dengan Taman Tema Legoland Malaysia milik Merlin yang akan dibuka pada suku ke empat tahun ini.
 
Pengarah Urusan Destination Resorts and Hotels, Nadziruddin Basri berkata, DRH teruja dapat bekerjasama dengan Merlin dalam projek ini dan menawarkan pengalaman unik bersama Hotel Legoland.
 
“DRH berusaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelawat daripada dalam dan luar negara dengan mewujudkan tarikan baru dan inovatif sebagai tawaran pelancongan bersama aktiviti percutian," katanya.
 
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst, ketika berucap bagi pihak Merlin pula berkongsi kegembiraan dengan DRH kerana lego adalah antara permainan paling popular di dunia dan mempunyai ramai peminat di Asia.
 
"Pengumuman ini tepat pada waktunya, tambahan pula, Hotel Legoland adalah hotel pertama yang direka bentuk mengikut sudut pandangan mata kanak-kanak," katanya.
Hotel Legoland Malaysia



Legoland Di Johor











Tag :

Lelaki Subur Pupus - 2062.

on 23 April 2012

Satu tajuk akhbar Berita Harian telah membuatkan aku berasa tertarik hari ni. "Lelaki Subur Pupus - 2062". Walaupun masa tu agak jauh lagi, saintis diserata dunia sudah mula mengkaji akan kemungkinan hal ini...wolawehhh!!
Aloo gengg..habis la generasi "Lelaki Kacak" selepas nih....ha3x!!! Jom ikuti sedutan dari BH ini...
Sperma mikroskopik berkurangan akibat obesiti, tekanan

MUMBAI: Dunia berdepan masalah ketiadaan lelaki subur dalam tempoh 50 tahun lagi berikutan bilangan sperma mikroskopik yang semakin berkurangan kerana peningkatan tahap tekanan, obesiti dan pencemaran udara.

Akhbar Times of India melaporkan, lebih membimbangkan apabila anggaran menunjukkan kekurangan itu mencecah 50 peratus sejak 50 tahun lalu.
Pegawai yang bertanggungjawab mengusahakan garis panduan India untuk membantu teknik reproduktif, Dr P M Bhargava, berkata aliran pengurangan sperma dikesan sejak pertengahan tahun 1990-an di Barat.
“Beberapa doktor di India percaya keadaan itu juga berlaku di negara ini. Kajian di Barat menunjukkan bilangan itu menurun dua peratus setiap tahun. 
“Pada kadar ini, tiada lagi lelaki subur antara 40 hingga 50 tahun lagi,” kata Bhargava yang dianggap antara saintis terkemuka India.

Beberapa tahun lalu, kajian di Scotland terhadap 7,500 lelaki yang mengunjungi Pusat Kesuburan Aberdeen antara 1989 hingga 2002 menunjukkan purata sperma berkurangan hampir 30 peratus. 

Kajian lain dari Copenhagen pula mendapati mendapati punca utama masalah itu ialah penyalahgunaan alkohol, merokok dan obesiti.
“Banyak bahan yang digunakan setiap hari seperti plastik atau botol susu membebaskan kimia yang sama dengan estrogen, hormon wanita,” kata Bhargava.
Kata saintis, pendedahan kepada kimia seperti hormon wanita boleh mengurangkan sperma pada lelaki. 

Penggunaan racun serangga seperti DDT dan dioksin juga antara punca masalah itu.

Namun, sebahagian saintis tidak bersetuju. Pakar kesuburan, Dr Aniruddha Malpani, berkata gangguan yang disebutkan cuma satu daripada teori tidak dibuktikan untuk menjelaskan mengenai pengurangan sperma.

“Ia teori paling terkenal tetapi belum terbukti lagi. Kadar ketidaksuburan ialah masalah lelaki dan wanita disebabkan mereka lewat berkahwin serta bertangguh untuk melahirkan anak,” katanya.

Seorang lagi pakar, Dr Anjali Malpani, memberikan statistik bagaimana sperma menurun sejak berdekad lalu.

“Ketika menubuhkan bank sperma pertama di Mumbai dua dekad lalu, kami mudah mendapat 40 hingga 60 juta sperma setiap satu mililiter,” katanya.

Namun pada akhir tahun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyemak semula definisi bilangan sperma normal kepada 20 juta setiap mililiter. 

Jadi, bank sperma cuma menolak penderma yang bilangan sperma tidak sampai 15 juta setiap mililiter.

“Pada 1950-an, WHO sendiri mengikat bilangan normal pada 113 juta setiap mililiter,” katanya.

“Dua dekad lalu, apabila kami menubuhkan bank sperma pertama, kami ditanya bagaimana mahu menggunakan perkataan itu secara terbuka. 

“Sukar mendapatkan sumbangan kerana lelaki tidak mahu seseorang yang kelihatan seperti mereka berjalan-jalan di bandar 20 tahun akan datang,” kata Malpani. – Agensi

# Err..orang lelaki terutamanya yang belum kahwin tu, korang jaga2 lah sperma mikroskopik korang yerr, jangan disepahkan merata2 pulak. Ye la kan...zaman moden dan canggih la ni, ramai sangat yang "redah" undang2 Islam walaupun dah tahu perbuatan tu salah. Kalau korang baca entri ni mesti korang akan terasa gerun juga...mana  nak tahu, kuasa Allah.. apa yang dikaji saintis tu tetiba je menjadi kenyataan satu hari nanti...he3x!!

Lelaki+Kacak+SEO
Tag :

HUTAN MAUT - Aokigahara, Jepun

on 12 April 2012



Hutan Aokigahara sebuah hutan tebal, terletak di kaki gunung Fuji di Jepun. Apa yang misterinya ialah hutan ini merupakan tempat paling popular di Jepun untuk membunuh diri. Setiap tahun, lebih 100 mayat dijumpai disini. Jadi, tak hairanlah jika aku gelarkannya [Hutan Aokigahara] sebagai "HUTAN MAUT". Punca sebenar mereka ini membunuh diri masih lagi menjadi misteri, namun aku tak rasa hairan sangat kerana Jepun merupakan antara negara yang mengamalkan "kematian mulia" seperti kamikaze dan harakiri. Kebanyakan mangsa disana membunuh diri dengan "menggantung" diri sendiri.

Jika korang tengok video dibawah...terdapat sebuah kereta yang telah ditinggalkan dan kelihatan seperti sudah lama disitu. Didalamnya ada sebuah peta, dan dipercayai pemandunya telah mengembara kesitu hanya dengan satu tujuan...mati!! Terdapat satu papan tanda di hutan tersebut untuk mengingatkan kepada bakal mangsa bunuh diri supaya berfikir tentang keluarga dan anak2 ianya tidak pernah menghalang orang ramai kesitu dengan tujuan asal mereka..okeh..korang layan gambar dan video2 dibawah ni dulu.




Papan tanda peringatan utk "bakal" mangsa hutan Aokigahara

Asuza Hayano sdg memberi nasihat kpd bakal mangsa, seorang lelaki!!

kredit - dailymail
Tag :

Akibat Menyahut Cabaran Yang Bodoh...

on 10 April 2012


Seorang wanita [mungkin bersama pasangannya] kelihatan berdiri memegang pagar dan mengadap ekor pesawat, dimana tujahan angin dari enjin pesawat tersebut keluar dan tepat mengenai mereka. Bayangkan kuasa turbo enjin pesawat keluar dan mereka hanya memegang pagar untuk menyahut cabaran tujahan enjin tersebut. Aku kata, ianya hanya tindakan bodoh yang sangat berbahaya dan akhirnya ianya benar2 terjadi. Perempuan tersebut terlepas pegangannya dari pagar lalu melangkah kebelakang [akibat tujahan angin yang kuat] dan kepala beliau terus terhantuk ke tembok pejalan kaki yang dibina. Tak pasti sejauh mana kecederaan yang beliau alami, tapi apa yang di lakukannya ini memang satu tindakan bodoh yang bermula dari hanya tabiat suka-suka.

Kejadian ini berlaku di sebuah pulau yang bergelar Maho Beach, terletak di kepulauan Carribean dan merupakan antara pulau yang mempunyai jarak landing dan take off pesawat yang terpendek didunia. Lapangan terbang tersebut dikenali dengan nama Princess Juliana International Airport dengan jarak take off 2180 meter sahaja.








kredit - Dailymail
Tag :

AKHIRNYA DON SAMMONS MENGALAH JUA....

on 09 April 2012

pekan+kecil+iaitu+Buford

Hari ni [semalam] aku terbaca di Utusan Malaysia Online, kisah sebuah pekan kecil iaitu Buford yang dijual dengan harga yang tinggi dalam masa 11 minit sahaja. Kisah ni sebenarnya pernah aku paparkan di entri "Don Sammons rela sendirian...". Tak sangka akhirnya beliau mengaku kalah juga...tapi memang elok lah tu, beliau pun bukannya berusia muda lagi. Mungkin jiwa dan hatinya muda, tapi usia dan fizikalnya bukan lagi dahh. Lagi pun bila duduk sendirian ni dalam usia sebegini pastinya banyak menimbulkan masaalah. Pe pun meh kita baca berita yang aku cakap tu...
Sebuah pekan terkecil di Amerika Syarikat (AS) dijual pada harga AS$900,000 (RM2.7 juta) kepada seorang pembeli dari Vietnam selepas 11 minit dilelong dalam internet, semalam.Pekan Buford, terletak di tenggara Wyoming antara Cheyenne dan Laramie, hanya mempunyai seorang penduduk, telah menarik minat ramai pembida daripada 46 negara semasa ia mula dilelong.Firma jualan lelong di Oklahoma, Williams & Williams berkata, pembeli tersebut yang dirahsiakan namanya, berlepas dari Vietnam ke Wyoming untuk membeli pekan terbabit yang mempunyai kawasan seluas 1.6 hektar dan turut mempunyai kemudahan kedai, stesen minyak dan rumah.
“Memiliki harta di AS merupakan impian saya,” kata pembeli terbabit dalam satu kenyataan.
Satu-satunya penduduk di pekan itu, Don Sammos, berpindah bersama isterinya, Terry ke Buford dari Los Angeles pada 1980.Pada 1992, enam tahun selepas kematian isterinya, Sammons membeli pekan terbabit dan menukar nama pekan berkenaan, Interstate 80 kepada Buford, sempena nama pegawai tentera Perang Saudara AS, Jeneral John Buford.Lelaki berusia 61 tahun itu memutuskan untuk menjual pekan tersebut kerana mahu berpindah dekat rumah anak lelakinya di Colorado.
“Keluarga saya tiada lagi di sini. Tujuan saya berpindah ke sini telah selesai dan kini saya mahu mencuba cabaran lain,” katanya. – REUTERS


Tag :

Seksanya Nak Pergi ke Kuil Buddha ni

on 07 April 2012

Gambar dibawah menceritakan bagaimana "dugaan" dan seksaan nak pergi ke sebuah kuil Buddha yang terletak tinggi diatas gunung. Sorry aku tak de simpan  info mengenai kuil nih, gambar dah lama...yang aku tahu kuil ni terletak kat China...itu sahaja.











#Puhhh...Akhirnya sampai jugak...tapi balik nanti nak kena turun gunung la pulak....seksa belum habis lagi wooo.....
Tag :

[PIC] MENARA [ BAKAL] TERTINGGI DIEROPAH TERBAKAR

on 04 April 2012

Sebuah menara  berkembar di Vostok,Moscow Russia terbakar ketika dalam pembinaan. Kebakaran bangunan tersebut berlaku di tingkat 65. Bangunan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 2013. Pihak bomba terpaksa menggunakan 2 buah helikopter dan mengambil air sungai yang berdekatan untuk memadamkan api. Manakala anggota bomba yang lain terpaksa menggunakan tangga bangunan untuk sampai ke tempat kebakaran disebabkan ketiadaan lif.- kompom penat giler ni weii..h33x!!! Apapun meh kita layan gambar yang telah di google oleh aku.


















Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved